Popia Bantal Oh Mieraa

Assalamualaikum,

Aku nak update cerita Raya Qurban hari tuh tapi adek aku, Anggie, g rembat camera pergi Melaka tanpa meng-transfer dulu pic aku ke dalam hard disk. Tekanan aku. Maka entry raya kita hold okeyy. Elok dah ter-save dalam draf. Tunggu pic yang tak seberapa baru aku nak publish. Pic itu perlu okeyy. Aku tau korang suka tengok pic kan.? Aku pun suka tepek muka aku kat sini. *gila*

Okeyy. Itu mukadimah entry nama dia. Sebenarnya aku nak cerita kejayaan aku meng-jahanam-kan dapur malam semalam. Aku bukan laa gadis yang suka bekerja di dapur. Aku suka pergi dapur bila ada makanan je. Nak suruh aku masak.? Maap. Bukan malas cuma aku tau kalau aku masak, kompom hancur. Tapi semalam aku kelaparan walaupun dah melantak sepinggan nasi dengan paprik ayam. Yea, aku tau nafsu makan aku semakin menjadi jadi. =_=

Gambar selingan. Kau nampak tak muka aku makin kembang.? Arghhh

Niat nak buat popia nieh da lama cuma well, aku kan busy (busy adalah nama lain bagi malas dalam kamus hidup aku) so asik tertangguh je hajat nak buat popia nieh. Semalam ntah kenapa rajin aku datang, so aku turutkan je nafsu serakah aku buat popia pukul 9 malam.

Tadaa. Ini inti popia aku sebelum aku tabur cheese. Pic aku rembat dari instagram diri sendiri. Meh follow instagram aku - @mieraahandayani

Inti dia nieh senang je. Kau ingat aku rajin ke nak buat benda complicated. Ahaks ! Apa ada kat peti ais rumah aku, tuh laa yang aku campak dalam kuali nak buat inti.

Daging cincang
Bawang putih
Bawang merah
Blackpaper
Carrot
Sos tiram
Garam
Mozarella cheese

Kau jangan tanya aku berapa sukatan sebab aku main campak ikot selera hati aku. Ala, kalau kau dah terer masak kompom kau tak perlukan sukatan kan. Ikut rasa sedap hati perut itu lebih sedap. Haha. Aku guna daging cincang tapi aku rasa kalau guna ayam cincang lagi sedap kot sebab aku lagi suka ayam. Stok ayam cincang aku dah abis laa pulak so guna jelaa apa yang ada. Kalau kau guna ayam cincang, nak tabur sikit serbuk pati ayam pun bole. Lagi sedap kott.

Cheese tuh kau tabur last sekali lepas daging semua dah masak. Nanti bila nak letak inti atas kulit popia, kau tabur lagi cheese. Baru laa heaven !

Pic lipat popia tade sebab tangan aku berminyak. Tade assistant nak tolong snap-kan gambar. Sob sob sob. Tak pe. Korang tau kan camne nak lipat popia. Kalau korang nak tau, inilah first time aku lipat popia. Baru aku tau kesusahannya. Aku tamak so aku letak laa inti banyak banyak then dah gelabah nak lipat pastri tuh takut koyak. Dats why laa nama popia aku popia bantal sebab popia aku gemuk gemuk gebu macam bantal. Double heaven di situ.


Makan panas panas dengan sos memang sedapp ! Kau bayangkan aku letak cheese punya banyak so kalau kau gigit tuh siap bole main tarik tarik macam makan pizza. Triple heaven di situ !

Now aku dah lapar bila ingat balik popia bantal aku nieh. Fine, aku nak pergi makan now.

Till then,

Bubbye !

Paranormal Activity 4

Assalamualaikum,


Last Monday (22/10/2012), aku dapat tiket Premiere Screening of Paranormal Activity 4 daripada Churp Churp. Oh thanks Churp Churp. Actually aku bukan laa peminat cerita horror suspens jerit jerit sound effect kebaboom nieh. Aku lagi prefer cite macam The Vow ke, Confession of The Shopaholic ke. Haa. Nampak tak betapa geli-gurly nya aku. Okey, aku benarkan kalian muntah sekarang.

Berbalik ke cerita Paranormal Activity 4 nieh, for those yang memang follow cerita nieh mesti tau yang dalam Paranormal Activity 2 kan last dia budak nama Hunter tuh kena culik dengan Aunty Katie kan. So in Paranormal Activity 4 nieh dia cerita apa jadi lepas lima tahun Hunter kena culik.

Cerita overall kunun kunun dari sudut webcam yang Alex dan boyfriend dia, Ben pasang kat almost every sudut kat rumah Alex nieh lepas anak jiran dia yang nama Robbie datang tumpang tidur rumah Alex sebab mak Robbie, Holly, masuk hospital. Since Robbie tuh datang rumah Alex tuh laa macam macam jadi. Robbie tuh sebenarnya Hunter yang tengah cari mangsa baru which is adik Alex, Wyatt.

Cerita lebih kurang sama je macam Paranormal Activity yang lain.

For those yang minat cerita horror horror nieh bole laa tengok kat pawagam start besok (25/10/2012). Kalau korang enjoy sekual yang sebelum sebelum nieh, maybe korang enjoy laa kot yang no.4 nieh. Maybe laa sebab aku bukan layan pun kan.

Before masuk muka happy. Keluar pawagam sebok merengek suruh orang teman pergi carpark dengan alasan takut Aunty Katie culik. Gila !

Aku bagi overall 2 out of 5 je sebab aku tak minat cerita seram. Haha

Nota kechik chumel : Thanks for those yang follow blog aku. 


Till then,

Bubbye !

Shop and Style with Maria Elena

Assalamualaikum,

Hari sabtu lepas (20/10/2012) Maria Elena ajak 15 followers dia shopping dekat Tesco Mutiara Damansara. Dia siap bagi Tesco voucher so boleh shopping free ! Weehuuuu.


Actually sorang dapat voucher RM 100 je tapi disebabkan a few orang tak dapat datang. So time tengah syok syok shopping tuh, tetiba dengar Kak Maria (Kak okeyy, iolss kan baru 21. Dangg) jerit :

"Amiraaa, sebab you lucky, you another RM 50 voucher ! Yeaah !"

Maka menjerit kegembiraan laa kami di situ. Buat gaya macam itu Tesco kami yang punya. Haha. Well, when Maria Elena with you, dia akan spread aura gila gila dia with you. Dia sangat easy going. Boleh masuk dengan semua orang. Even my mama suka dia. I guess kau campak laa Maria tuh kat mana saja, kompom dia boleh hidup aman damai.

Oh, aku tak citer lagi aku pergi dengan sapa kan. Takkan laa aku pergi sorang kan. Nampak sangat forever alone di situ. No no. Jangan tunjuk sangat. Ahaks.


Bab shopping, bawak my mama adalah pilihan bijak. Dia punya sense of fashion sangat laa hebat. Oh well, anak mana yang tak puji mama dia. Haha. Kami pergi berdua je. Feeling anak tunggal sehari suntuk. Cakap je nak apa, semua mama layan. I love youu muaahh muaah laa ma !

Ok, now jom kita layan gambar jap.






Baju baju F & F dekat Tesco nieh semua best best. Materials soft je. Warna cantik cantik. Yang penting sekali harga not more than RM 40 for one piece. Hebat bukan. Ada orang kata macam apa kelas shopping baju kat Tesco kan.?

Maria Elena cakap : Yang penting how we style baju tuh.
My mama cakap : Buat apa membazir kalau takat pakai ikut trend. Bila dah outdated simpan dalam stor jugak.

I agree with both of them. Buat apa bayar lebih kalau dengan harga yang rendah tapi still boleh nampak high fashion. Kan.? Beli baju mahal mahal but end up dengan fashion disaster pun tak boleh jugak aku rasa.

Hasil shopping sakan.

Maria and Tesco bagi voucher RM 150 je tapi nak tau my mama and aku spent sampai berapa.?

RM 336 sebelum tolak voucher.

RM 190.90 selepas tolak voucher and ditambah dengan satu paket wet tissue.

Hebat bukan. Overall thanks to Maria Elena and Tesco Mutiara Damansara. My mama and I happy gila. Ahaks !

Mereka yang datang hari tuh.

Muka happy.

Till then,

Bubbye !

Comment Box and Reply Button

Assalamualaikum,

Aku tengah rajin nak godek godek tutorial hari nieh. Eh, korang perasan tak hari nieh memang hari rajin aku. Baguskan. Haha.


Itulah hasil daripada aku menggodek godek segala tutorial yang ada. Dats the simplest one. Kau tunggu aku rajin lebih nanti baru aku comel comelkan lagi comment box tuh. Buat masa nieh, itulah yang paling rajin aku buat.

Nak tau tutorial mana yang telah menjadi cikgu aku.? Meh aku kongsi.

Klik sini untuk tutorial Comment Box
Klik sini untuk tutorial Reply Button

Till then,

Bubbye !

Segmen : Follow Sampai Pening

Assalamualaikum,

Aku tengah bersenang lenang kat opis nieh dan tatau nak buat apa. Abis semua blog aku terjah buat blogwalking. Rajin kan aku.? Aku tau tuh. Haha


Jalan punya jalan punya jalan, ternampak blog nieh yang buat Segmen : Follow Sampai Pening. Dah elok laa aku pun tengah bersenang lenang maka apa salahnya aku mem-pening-kan diri dengan join segmen nieh kan.

One of syarat nak join segmen nieh adalah kita kena state berapa ramai follower kita siap kena print screen tunjuk bukti. Oh myy. Segan saya. Aku kan baru buat blog nieh so follow ada sorang tuh je laa. Thanks Bihah sebab jadi my first follower ! I love you muaah muaah laa :)


Segmen segmen macam nieh sangat bagus untuk bloggers especially yang baru buat blog macam aku (eh, aku kira baru ok dalam arena blogging nieh. Blog lama tuh tak kira.) sebab kita boleh tambahkan followers, traffic and so on. Selain tuh boleh juga tambahkan kenalan. Oh i like !

So sapa nak join boleh klik sini okeyy. Join jangan tak join !

Till Then,

Bubbye !

#ChurpOut2012 Part 3 : Others

Assalamualaikum,

Eh eh, tetiba ada part 3 pulak. Harituh kata ada dua part je. Okey. Tayah nak gelabah sangat. Biasa laa aku nieh. Bila bosan tatau nak buat apa, godek godek album sekali tengok ada banyak lagi pic yang aku tak kongsi. Maka terhasil laa part 3 nieh haa. Aku kan suka berkongsi gambar supaya ada yang jeles. Hakhakhak

Ok, berbalik kepada nawaitu sebenar aku nak taip entry nieh. Lepas je main games kat luar Publika tuh, kitorang masuk mall balik sebab lapar gila weyh. Tapi sebelum turun tingkat bawah tuh sempat lagi snap snap pic ala ala meroyan. (p/s : entry nieh penuh gambar je aku rasa)

Ini untuk kempen kanser serviks.

Kasut kat Shoes Shoes Shoes nieh lawa tapi bajet aku dah lari. Pity me !

Okeyy. Part nieh taley blah. Benda alah nieh comel gila babeng pulak.

Aku rasa nak bawak balik buat teman tidur. Ketara forever alone di situ. Ok, diam !


Kat tingkat yang sama dengan #ChurpOut2012 tuh ada jugak pameran Out Of The Carton. Cartons tuh dieorang susun-lipat-gam-gunting so jadilah bahan pameran. Lawa ok. Kreatif gila. Suka aku tengok.


By the way, kerusi kat Publika nieh comel comel kot. Contoh macam yang kat atas nieh haa. Adek siap sangkut handbeg lagi. Multipurpose kan. Hahaha

Tengah jalan jalan nak g area foodcourt nampak pulak Daiso. Apa lagi. Shopping time ! Weee

 Melayan dua orang tuh shopping memang penat weyh. Nasib ada cermin nieh haa. Kawan setia aku.

Takpe, adek belanja katanya. Untungg laa. 

Keluar Daiso nampak benda alah nieh. Singgah jap.

Ok laa. Dah puas shopping walaupun kat Daiso je pun, kitorang pun gerak nak topup tenaga = food !

Strawberry Pudding Au-Lit Chatime terbaiikk ! 

Kitorang makan benda alah nieh buat alas perut sebab nak dinner benda lain sebenarnya.

Meroyan seketika sebab dah lapar sangat.

Sesungguhnya meroyan budak nieh lagi terok aku rasa.

Rasa ok laa. Shrimp dia sedap. Udang gemok gemok.

Selesai alas perut. Lets go to the place where we want to get our dinner ! Wuhuuu

Bubbye Publika. Ada rezeki, umur panjang kita jumpa lagi. Ok, over.

Dinner of the day. 

Dah berkurun benda alah nieh launch, baru laa minggu lepas aku dapat rasa. Ketinggalan betul. Aishh. Lepas rasa benda nieh, aku macam nak compare pulak KFC Zinger Double Down nieh dengan Mc Donald Samurai Burger.


Double Down nieh sedap. Sebagai peminat tegar ayam op kos laa aku cakap sedapkan. Dengan cheesy sos dia. Perghh wa cakap lu.

Tapi lepas rasa Samurai Burger nieh. Aku rasa Samurai nieh lagi best. 

Samurai lagi better mengikut tekak aku. Tekak aku bukan tekak kau.

Tetiba cite pasal burger pulak. Nampak tak lari topik di situ. Maafkan saya. Saya pasal makan nieh eksited dia gila sikit. Bukan sikit. Banyak rasanya. Hoho.

Dah siap makan, apa lagi. Balik laa kan. Sekarang aku rasa aku ada hobby baru laa. Hobby snap pic meroyan dalam kereta.


Ok. Abis dah sehari suntuk attend #ChurpOut2012. Kat bawah nieh aku tunjuk apa hasil yang aku dapat dengan meng-kopak-kan poket sendiri.

Preloved items Maria Elena. Hoodie, Necklace and Ring. RM 11

Toujours Skin - Pure Collagen Dust yang Hanis Zalikha jual. RM 160

Shawl from aku-lupa-nama-butik. RM 23

Barang barang Daiso. RM 40.

Total : RM 234 tak termasuk melantak. Dah laa. Aku tak mampu menaip dah. Rasa  nak pengsan tengok total amount tuh. Cukuplah.

Till then,

Bubbye.

#ChurpOut2012 Part 2 : Games

Assalamualaikum,

Nieh akibat nak menang #CelcomNote2 punya pasal so aku cepat cepat buat part two nieh. Kalau tak memang harapan laa aku nak buat part two secepat ini. Paling awal aku buat pun mungkin minggu depan. Paling lambat.? Tahun depan ! Haha

Kenapa aku gila meroyan sangat nak Samsung Galaxy Note 2.??

Sebab lepas aku tengok demo and pegang sendiri Note 2 tuh, aku rasa dia sesuai dengan aku. Macam dia tercipta khas untuk aku laa. Over.? Eh, suka hati laa ! Haha.

Kau bayangkan ek, aku nieh suka berjalan and try something new. So bila time aku snap snap pic untuk mengabadikan kenangan terindah aku tuh, kadang kadang bila balik rumah nak review balik kat blog mesti aku lupa. Eh, gambar nieh tadi snap kat mana ek.? Haa sudah. Terbantut dah semangat aku nak update blog sebab lupa punya pasal. Tapi dengan Samsung Galaxy Note 2, every pic yang aku snap, aku bole conteng conteng kat belakang pic tuh, like caption laa, so that aku tak laa lupa lagi. Aku nieh kan mak nenek sikit. Sokmo lupa. Huu.

Itu baru salah satu yang best pasal Note 2. Overall aku really need Note 2 sebab dia macam buku nota dan handphone in one device. Senang, mudah dan pantas untuk aku yang pelupa, lalai dan khilaf. See, macam mana laa aku tak kata aku dan Note 2 nieh memang ditakdirkan bersama. Haha

Bertambah tambah best kalau dapat Note 2 as my bufday prezen. Wink wink

Ok, cukup pasal Note 2. Jom sambung cerita pasal #ChurpOut2012. As aku dah mention last entry, event nieh ada indoor and outdoor kan. Yang indoor aku dah cite so now aku nak story yang outdoor pulak.

Nampak tak adik aku tunjuk kad redemption tuh.?

Diaorang bagi card nieh masa register. Kau kena dapatkan 5 cop dekat 5 stesen games and lepas tuh kau boleh redeem satu hadiah ! Ohsem bukan.? Sapa tanak hadiah free. Kau takat main games je pulak tuh. Tapi jangan ingat dia senang senang je nak bagi kau hadiah. 5 games tuh mencabar kau tau.

First game

Aku lupa nama games nieh apa. Haha. Sorry laa. See. Kan aku dah kata yang aku nieh pelupa. Kalau ada Note 2 mesti aku boleh tulis kat gambar apa nama games nieh. Gimme Samsung Galaxy Note 2 plisshhh *insert cute face*

Nieh pulak second game

Korang kena masukkan bola dalam lubang yang last skali tuh. Susah ok. Bola tuh golek golek terus jatuh. Bengang pulak aku. Huh !

Third game

Dulu selalu tengok kat Istana Takashi je main electric rod nieh. Then mesti marah marah contestant sebab tak lepas. Sekali aku main, amek kau. Gigil ok ! and yeah, aku pun tak lepas main game nieh. Sila gelakkan aku sekarang.

Forth game

Game nieh sama je macam gamekat funfair. Comel je aku rasa. Haha

Last game

Mesti korang curious game nieh macam mana kan. Haa. Kau tengok bawah nieh



Abaikan muka berlagak pakcik tuh. Berlagak lebih. Bape saat je dah tergolek. Tak mampu nak bertahan duduk atas bull tuh. Haha

 Done with 5 games ! Yeah !

Kalau dah dapat 5 cop nieh, dah boleh dah redeem hadiah tapi kalau kau tamak nak Samsung S3, boleh laa try Whatchuwant Dunk and Draw Celcom.

Aku hanya mampu snap pic je. Tak mampu nak main sebab .............................


Mula mula kau kena duduk kat pelantar tuh. Then sorang kawan kau akan baling bola at one point until kau ..............

Jatuh dalam bekas air tuh !

Dan lenjun.

Aku ingat takat basah basah manja je so aku bawak baju spare jelaa. Tak bawak pun seluar. Sekali amek kau, lenjun weyh. Memang tak laa aku nak join. Aku tak rela jalan masuk mall dengan spender basah. Haha

Takpe laa. Dapat pendrive 2GB Churp Churp nieh pown happy dah kan. Haha

Lepas main games, aku try main dart dekat booth Bcard pulak.

 Dan dapatlah sebuku voucher. Sebuku ok ! Aku tatau laa camne nak abiskan tuh.

Time nieh pown dah pukul 6 lebih rasanya. Badan dah penat dok gelak-teriak-gelak main games so kami pun masuk mall balik. Makan, shopping again and again pastuh balik !


Overall aku happy gila join event nieh. Sebagai one of churpers, aku really hope Churp Churp akan buat event nieh as event tahunan. Gempak seyh ! Kompom tiap tiap tahun aku join tanpa jemu !


Selain boleh shopping, do charity and try lucky draw, event event macam nieh pun boleh mengeratkan kasih sayang sebab time event macam nieh laa kau nak jumpa bloggers and churpers lain. Kalau tak kau dok laa jumpa kat alam maya tuh je haa. Mana syok. Jumpa depan depan kan lagi ohsem. Boleh peluk cium apa sume. Eh ! Haha

Overall aku happy gila sehari suntuk tuh. Thanks to Churp Churp sebab organize this ohsem event. Thanks to Nisa sebab nak teman aku. Thanks to Shahir sebab sudi drive, angkat beg, amek gambar and layan ke-gila-an. Terima kasih semua !

Dah macam ucapan pemenang dah aku rasa. Eh, belum menang Samsung Galaxy Note 2 lagi nieh. So to my deary Celcom, please hadiahkan saya Samsung Galaxy Note 2 kerana Note 2 akan lebih ohsem on Celcom sebab coverage Celcom yang meluas and with the best deal ! I like it ! Yeah !

Aku akhiri entry kali ini dengan muka gembira-penat-bahagia kami bertiga.

Till then,

Bubbye !