#sks1

Assalamualaikum,

Sks1 stands for Sekolah Kebangsaan Sentul (1) and yes, aku still contact dengan kawan kawan skolah rendah. Ohsem bukan.? Friendship dah 15 years and still counting. Selalu kitorang reunion once a year and selalu time raya puasa sebab time tuh semua cuti. Al maklum laa semua pakat study jejauh so nak jumpa pon payah.

Tahun nieh rekod sebab aku dah tiga kali reunion.

From left : Teha, Remy, Afiq Zul

From left : Azai, Dayah, Me myself, Teha.

Ini kitorang punya first meeting. Raya kebape aku dah lupa. Huahuahua. Time nieh tengah lepak dekat Hayaki, Danau Kota lepas pegi open house rumah Yka. Kau mampu lepas pegi open house pastuh sambung makan. Gila betol dakdak nieh. Time pergi open house tuh ramai jugak yang ade tapi sebab open house abis lambat (salahkan waze bongok yang buat aku and Nazhif sesat!!) so tujuh orang nieh je yang ade time lepak. Eh, tujuh.? Pic ade enam orang je.? Yea, muka Apis Othman takde sebab dok jauh sangat tak muat nak masuk frame and dia malas bergerak. Sekian cerita first reunion of the year.

Next.............!!!!!!!!!


Yess !! Bertiga je and aku sorang je perempuan !! Beria laa ajak reramai siap aku buat hebahan kat twitter, last last muka si Azai and Remy nieh jugak aku hadap. Stress okey !! Aktiviti waktu tuh just tengok wayang cite Psiko : Pencuri Hati and lepak minum kat Dome jee... Oh cite psiko tuh kitorang tengok sebab si Remy nieh peminat tegar cite melayu. Aku dengan Azai hanya mampu menurut perintah lepas tuh merungut rungut sambil tengok screen. Cite tuh tak best macam cite KIL. I is kechiwa :(

Reunion paling latest....16/10/13..

Muka yang sama kecuali ade tambahan muka Fafa yang depan Azai tuh.

Kenapa muka sama je yang ade.? Sebab dah tawar hati malas nak ajak yang lain. Kang ajak reramai tapi balik balik aku ngadap muka Azai ngan Remy je baik tayah. Hahahaha.. Yang ada nieh pon ada sebab tak tahan kena perli ngan kitorang bertiga. Nasib korang laa kan. Tacing okeyy ajak reramai tapi takde yang nak join. Pastuh bila upload pic kat intagram ade yang sentap pehal tak ajak. Aku penah ajak dulu korang tanak join an, so now kau hadap jelaa pic kitorang. Huahuahuahua(evil's laugh)


Aktiviti takde ape sangat. Start with lunch kat Secret Recipe dibelanja oleh Dayah. Thank you Dayah !! Semoga murah rezeki kau pastuh boleh belanja kitorang lagi. Hahahahaha. Lepak makan berjam jam jugak laa kan sebab lepas tuh plan nak tengok wayang tapi sorang nak tengok cite lain tapi sorang lagi tanak pastuh dok bertekak. Keep bertekak sampai last last decide petang tengok cite Cloudy with a Chance of Meatballs 2 and midnight movie, Insidious : Chapter 2.

Balik rumah dah pukul 2 pagi. Mama hanya mampu perli. Dah masak sangat sebab dengan dierorang nieh probability aku nak balik awal memang macam takde. Lagipon dengan dierorang nieh aku rasa selamat je. Pape jadi, Azai kan ade. Apa guna dia jadi wakil negara in taekwando kalau tak mampu nak protect member member kesayangan kan and kalau pape jadi kat Azai kot dia kena belasah terok ke, pe guna Remy jadi final year's student in medic kalau tak mampu nak selamatkan member kan. Hakhakhakhak. Ya Allah, mintak jauh. Kitorang jarang jumpa and hope tiap kali jumpa takde pape jadi. Insyaallah, amin.


Yang perempuan semua sama tinggi.? Itu ilusi semata sebab aku pakai heels. Kalau pakai flats memang aku jadi jambatan klcc kat tengah tengah Teha and Dayah. Oh, Azai kata kalau aku pakai flats jalan sebelah dia, mesti nampak macam Al Burj Khalifa. Azai tuh memang kalau tak menyakitkan hati aku tak sah agaknya.

Till then,

Bubbye !!

ChurpOut2013

Assalamualaikum,

Abaikan tentang kemalasan aku yang dah dua bulan tak update blog. Padahal dulu konon berjanji paling busuk pon at least sebulan sekali mesti ber-update. Dasar manusia lupa pada janji. Sudah laa kau, amira !! (emosional tetiba)

Lets move on.

Ini cerita dua hari lepas. Penah dengar ChurpOut.? Yezza.. Event yang organise by Churp Churp tuh laa. Tahun lepas aku dah pegi so tahun nieh mesti laa nak join jugak kan.


Gagah gila kau nak pegi Setia City Mall yang dekat hujung dunia tuh. Demi nak join ChurpOut2013 kononnya. Niat asal nak naik public transport je skali tengah hari tuh hujan turun dengan lebatnya kat umah aku nieh haa. Apa lagi merengek laa aku kan. Orang dah semangat skali hujan pulak. Dah puas merengek tetiba dapat whatsapp suruh siap ada orang nak jemput. Hakhakhakhakhak. Sayang lebih laa !!

Three of us dengan sebelah kasut the driver.

Kenapa ada Ain gedik.? Sebab mama suruh bawak dia. Mama saja denda suruh bawak Ain sebab mama tau kalau takde Ain ntah pukul bape aku balik rumah. Good job, ma. Kalau takde Ain memang aku niat nak pegi tengok wayang malam tuh. Hohohoho

Konsep ChurpOut2013 kali nieh open space which is so good sebab macam pegi hari sukan sekolah je aku rasa. Yang buat jadi tak good sebab time kitorang sampai tuh hujan turun dengan bahagianya. Maka sempatlah kitorang tawaf dalam mall beli Aunty Anne sepam dua then kuar balik nak check whether hujan dah berhenti or belom.


Dah laa benda buat atas padang rumput so lecak tayah cite laa kan. Nasib baik aku pakai selipar so tak bersalah sangat laa aku berjalan atas rumput tuh. Mana yang pakai kasut tuh, lepas event kaki pon kecut sebab berendam dalam lecah. Busuk gila weyh !!


ChurpOut2013 kali nieh macam tak semeriah tahun lepas je aku rasa. Tatau laa maybe sebab aku yang datang lambat or sebab hujan yang kejap lebat kejap berhenti tuh but aku rasa macam takde apa sangat. Tahun lepas punya lagi gempak kot. Tahun nieh booth pon macam tak menarik. Kitorang tak shopping pape pon on that day. Tahun lepas punya sampai nak meleleh laa air mata aku dok ingat bape banyak aku spent just for a day.




Yang pasti seronok budak sorang nieh je. Dia kesah apa padang lecak, kaki kotor, baju kotor pon. Dia pegi lari satu padang nak kejar bubble. Sabar gila kitorang kejar dia. Awal awal je laa kitorang kejar. Lelama aku abaikan je.


Bila cuaca dah getting better, organiser keluarkan bean bag nieh haa. So sesape yang dah penat tuh boleh lepak kat bean bag tuh. Dengan angin petang, kat tengah padang pulak, sumpah best lepak situ. Tang bean bag nieh aku salute kat organiser.

Oh korang nampak tak reverse bungee kat belakang Nisa tuh.? Aku ngan orang sebelah dah siap register dah nak main bendalah tuh sekali tengah beratur hujan turun. Like again.? Niceee... maka terpaksa laa kami berlari lari anak masuk mall balik. Sedih gila weyh.............


Overall kitorang happy je join ChurpOut2013 kali nieh. Even hujan, datang lambat, venue jauh gila babeng. Open space concept nieh elok sebenarnya but high risk sebab kita kat Malaysia, cuaca tak menentu. Better buat macam tahun lepas. Bukak booth kat dalam mall and the games and stage kat luar. Yang tahun nieh mana booth, mana games, mana stage pon aku konpius. Just hope kalau ada lagi ChurpOut tahun depan, organiser akan do better.

Dah hujan, maka perut pun lapar. Masuk mall, makan and balik laa apa lagi kan.

nota kechik chumel : That awkward moment bila kau lama dah tak menaip and nak start balik tuh perghhhh...aku rasa macam nak taip delete taip delete je weyh. Tuh laa... Tinggalkan laa lagi blog nieh. Tinggalkan laaaaaaa.................

Till then,

Bubbye !!