Its Been Awhile!!

Assalamualaikum,

Ya Allah, its been awhileeeeee since last time i membebel here. Last draft entry for trip tahun 2013 amboi kemain kau now dah 2019 kot. Last posted entry on 2014. I'm still in early 20s back then but now dah counting years to 30s gila berhabuk blog iols.

As for now, dekat social media orang tengah sebok with #10yearschallenge which deme throwback photo from 10 years ago and compare it with their photo now. Being Amira, of course laa aku nak join the crowd kan so gigih laa iols godek blog lama demi nak ber #10yearschallenge. Tetiba rasa berguna pulak meroyan dekat blog dulu sebab at least ada jugak memories on whatever happened dulu. Bila bukak every entry dia macam ter-flash back and ada jugak moments yang "eh, ada eh aku pergi tempat gini, eh keluar dengan orang nieh" dan segala eh eh yang lainnya.

Maka dengan itu, seorang Amira pun bertaubat dan berazam untuk kembali ber-blogging dengan harapan in 10 years later boleh laa throwback balik sambil sengeh mengenang betapa ngok ngek nya perangai dulu.

semoga seorang Amira istiqomah dalam berblogging di tahun 2019
Oh and now dah January 2019! New year, umur makin bertambah alhamdulillah. Berat pun makin bertambah again alhamdulillah. Semoga yang baik baik semuanya di tahun ini insyallah amin.

Till then,

Bubbye!

Hashtag: Throwback

Assalamualaikum,







Cerita setahun yang lepas and now I really need a short getaway. 
Counting days.
Tak sabarnyaaaaaaaaaa....

Till then,


Bubbye!

Suka Hati Kalian Nak Letak Tajuk Apa

Assalamualaikum,

Last post aku lima bulan lepas. See. Dah agak dah. Memang aku ade masalah besar dalam meng-istiqamah-kan hati nak update blog nieh secara kerap. Malas weyh. Banyak je benda nak cerita tapi malas nak menaip. Well, amira dan pemalas mana boleh lari jauh. We are meant to be together. Gittew.

So, apa cer kalian? Aku sebenarnya kena tinggal dek mama dengan nisa kat tengah tengah KL Fest nieh haa. Deme pegi shopping dan aku memang tade nawaitu nak ikot. Malas dan penat. Ewaahh. Macam laa aku keje buat ape sangat kan yang nak penat beriya. Kahkahkahkah

Pagi tadi aku ade interview. Dekat tadika. Position ape, korang tayah tau. Cukup korang tau yang aku bukan nak jadi cikgu tadika. Kau gila, kalau aku jadi cikgu tadika. Kesian anak anak orang. Mati terseksa. Hahahaha. 

Kenapa cari keje lain?
Kenapa tak keje dengan mamayah?
Kenapa tak berniaga je?

Ntah laa. Mungkin masih ada sifat rebel dalam amira nieh. Atau mungkin juga dia degil. Boleh jadi dia tak puas main main. Boleh jadi jugak dia masih tade tujuan hidup. Ntah. Banyak possibility. Korang buat laa assumption sendiri nak amek jawapan yang mana. Aku okey je. Wa tade hal! Gittew. 

Sebenarnya blog post nieh tade motip. Just nak buat hilang boring je. Sesuatu sangat kan. Kah!


Latest Amira.
Tinggi masih lima kaki ngam ngam.
Berat forever tak consistent.
Rambut dah pendek tapi dalam usaha nak pendekkan lagi.
Comel masih sama.
Puuihh!

Done melalut.
See you lagi lima enam bulan.

Till then,

Adios!

Nov'13 to Apr'14

Assalamualaikum,

Last published October 2013. Now dah end of April 2014 mieraa oii. Bapak lama kau tinggalkan blog nieh. Nasib baik laa password and email sama ngan dengan akaun google kalau tak besar potensi aku lupa email ngan password blogger. Apa pon tak boleh.

Dah enam bulan aku tak update, so meh laa aku update secara pukal pasal ape dah jadi dekat aku sepanjang blog terabai nieh haa.

November, 2013.

20 November 2013.
A day to remember.

Mak Lang, Pak Lang, Mak Teh, Mak Ngah and Manja datang. Yay.!!

Januari 2014.

December kita skip sebab tade benda best jadi laa aku rasa Ahaks!!

Mandi Sungai Gabai tapi kali nieh tak boleh nak mintak sesape yang hensem tolong park kan kereta.
I is sad. Kah!

Melepak. Kitorang tak panggil reunion dah sebab jadah ape reunion almost twice a month.
By the way, eh eh kawan baik sapa kat tengah tuh. Kah!

Birthday treat. Thank you, orang sebelah.

Nenek datang. Love you, nek!

February 2014.

First day masuk office.

Extreme Park, Bukit Cerakah.

Hantar borang nak sambung study.

Melepak untuk kali yang keberapa tak ingat.

March 2014.

Ina dah kawin.!!

The one and only girl sebab Teha dah start sambung master.

April 2014.

Blue Lagoon, Port Dickson. 
Lepas habis kelas sebab konon nak release tensen tapi jadi benda lain pulak.

Being the only girl. Again.

Latest. Teha balik cuti so aku dah tak sengsorang. Thank God. Hahaha

Dah suku tahun 2014 aku hadap. So far so good. Banyak yang baik daripada yang buruk. Alhamdulillah. Nak kata semua baik kang dah macam in denial pulak. Hakhak

So now i'm officially a student of BBA, at the same time in process nak amek lesen tourist guide dan pekerja on off dekat company sendiri. Boleh macam tuh.? Kedengaran syok sendiri tapi dah nama blog aku, so suka hati aku laa. Yedak.?

Aku akhiri blog kali nieh dengan harapan next post bukan pada 6 7 bulan akan datang. Ahaks!

Till then,

Adios!!

#sks1

Assalamualaikum,

Sks1 stands for Sekolah Kebangsaan Sentul (1) and yes, aku still contact dengan kawan kawan skolah rendah. Ohsem bukan.? Friendship dah 15 years and still counting. Selalu kitorang reunion once a year and selalu time raya puasa sebab time tuh semua cuti. Al maklum laa semua pakat study jejauh so nak jumpa pon payah.

Tahun nieh rekod sebab aku dah tiga kali reunion.

From left : Teha, Remy, Afiq Zul

From left : Azai, Dayah, Me myself, Teha.

Ini kitorang punya first meeting. Raya kebape aku dah lupa. Huahuahua. Time nieh tengah lepak dekat Hayaki, Danau Kota lepas pegi open house rumah Yka. Kau mampu lepas pegi open house pastuh sambung makan. Gila betol dakdak nieh. Time pergi open house tuh ramai jugak yang ade tapi sebab open house abis lambat (salahkan waze bongok yang buat aku and Nazhif sesat!!) so tujuh orang nieh je yang ade time lepak. Eh, tujuh.? Pic ade enam orang je.? Yea, muka Apis Othman takde sebab dok jauh sangat tak muat nak masuk frame and dia malas bergerak. Sekian cerita first reunion of the year.

Next.............!!!!!!!!!


Yess !! Bertiga je and aku sorang je perempuan !! Beria laa ajak reramai siap aku buat hebahan kat twitter, last last muka si Azai and Remy nieh jugak aku hadap. Stress okey !! Aktiviti waktu tuh just tengok wayang cite Psiko : Pencuri Hati and lepak minum kat Dome jee... Oh cite psiko tuh kitorang tengok sebab si Remy nieh peminat tegar cite melayu. Aku dengan Azai hanya mampu menurut perintah lepas tuh merungut rungut sambil tengok screen. Cite tuh tak best macam cite KIL. I is kechiwa :(

Reunion paling latest....16/10/13..

Muka yang sama kecuali ade tambahan muka Fafa yang depan Azai tuh.

Kenapa muka sama je yang ade.? Sebab dah tawar hati malas nak ajak yang lain. Kang ajak reramai tapi balik balik aku ngadap muka Azai ngan Remy je baik tayah. Hahahaha.. Yang ada nieh pon ada sebab tak tahan kena perli ngan kitorang bertiga. Nasib korang laa kan. Tacing okeyy ajak reramai tapi takde yang nak join. Pastuh bila upload pic kat intagram ade yang sentap pehal tak ajak. Aku penah ajak dulu korang tanak join an, so now kau hadap jelaa pic kitorang. Huahuahuahua(evil's laugh)


Aktiviti takde ape sangat. Start with lunch kat Secret Recipe dibelanja oleh Dayah. Thank you Dayah !! Semoga murah rezeki kau pastuh boleh belanja kitorang lagi. Hahahahaha. Lepak makan berjam jam jugak laa kan sebab lepas tuh plan nak tengok wayang tapi sorang nak tengok cite lain tapi sorang lagi tanak pastuh dok bertekak. Keep bertekak sampai last last decide petang tengok cite Cloudy with a Chance of Meatballs 2 and midnight movie, Insidious : Chapter 2.

Balik rumah dah pukul 2 pagi. Mama hanya mampu perli. Dah masak sangat sebab dengan dierorang nieh probability aku nak balik awal memang macam takde. Lagipon dengan dierorang nieh aku rasa selamat je. Pape jadi, Azai kan ade. Apa guna dia jadi wakil negara in taekwando kalau tak mampu nak protect member member kesayangan kan and kalau pape jadi kat Azai kot dia kena belasah terok ke, pe guna Remy jadi final year's student in medic kalau tak mampu nak selamatkan member kan. Hakhakhakhak. Ya Allah, mintak jauh. Kitorang jarang jumpa and hope tiap kali jumpa takde pape jadi. Insyaallah, amin.


Yang perempuan semua sama tinggi.? Itu ilusi semata sebab aku pakai heels. Kalau pakai flats memang aku jadi jambatan klcc kat tengah tengah Teha and Dayah. Oh, Azai kata kalau aku pakai flats jalan sebelah dia, mesti nampak macam Al Burj Khalifa. Azai tuh memang kalau tak menyakitkan hati aku tak sah agaknya.

Till then,

Bubbye !!

ChurpOut2013

Assalamualaikum,

Abaikan tentang kemalasan aku yang dah dua bulan tak update blog. Padahal dulu konon berjanji paling busuk pon at least sebulan sekali mesti ber-update. Dasar manusia lupa pada janji. Sudah laa kau, amira !! (emosional tetiba)

Lets move on.

Ini cerita dua hari lepas. Penah dengar ChurpOut.? Yezza.. Event yang organise by Churp Churp tuh laa. Tahun lepas aku dah pegi so tahun nieh mesti laa nak join jugak kan.


Gagah gila kau nak pegi Setia City Mall yang dekat hujung dunia tuh. Demi nak join ChurpOut2013 kononnya. Niat asal nak naik public transport je skali tengah hari tuh hujan turun dengan lebatnya kat umah aku nieh haa. Apa lagi merengek laa aku kan. Orang dah semangat skali hujan pulak. Dah puas merengek tetiba dapat whatsapp suruh siap ada orang nak jemput. Hakhakhakhakhak. Sayang lebih laa !!

Three of us dengan sebelah kasut the driver.

Kenapa ada Ain gedik.? Sebab mama suruh bawak dia. Mama saja denda suruh bawak Ain sebab mama tau kalau takde Ain ntah pukul bape aku balik rumah. Good job, ma. Kalau takde Ain memang aku niat nak pegi tengok wayang malam tuh. Hohohoho

Konsep ChurpOut2013 kali nieh open space which is so good sebab macam pegi hari sukan sekolah je aku rasa. Yang buat jadi tak good sebab time kitorang sampai tuh hujan turun dengan bahagianya. Maka sempatlah kitorang tawaf dalam mall beli Aunty Anne sepam dua then kuar balik nak check whether hujan dah berhenti or belom.


Dah laa benda buat atas padang rumput so lecak tayah cite laa kan. Nasib baik aku pakai selipar so tak bersalah sangat laa aku berjalan atas rumput tuh. Mana yang pakai kasut tuh, lepas event kaki pon kecut sebab berendam dalam lecah. Busuk gila weyh !!


ChurpOut2013 kali nieh macam tak semeriah tahun lepas je aku rasa. Tatau laa maybe sebab aku yang datang lambat or sebab hujan yang kejap lebat kejap berhenti tuh but aku rasa macam takde apa sangat. Tahun lepas punya lagi gempak kot. Tahun nieh booth pon macam tak menarik. Kitorang tak shopping pape pon on that day. Tahun lepas punya sampai nak meleleh laa air mata aku dok ingat bape banyak aku spent just for a day.




Yang pasti seronok budak sorang nieh je. Dia kesah apa padang lecak, kaki kotor, baju kotor pon. Dia pegi lari satu padang nak kejar bubble. Sabar gila kitorang kejar dia. Awal awal je laa kitorang kejar. Lelama aku abaikan je.


Bila cuaca dah getting better, organiser keluarkan bean bag nieh haa. So sesape yang dah penat tuh boleh lepak kat bean bag tuh. Dengan angin petang, kat tengah padang pulak, sumpah best lepak situ. Tang bean bag nieh aku salute kat organiser.

Oh korang nampak tak reverse bungee kat belakang Nisa tuh.? Aku ngan orang sebelah dah siap register dah nak main bendalah tuh sekali tengah beratur hujan turun. Like again.? Niceee... maka terpaksa laa kami berlari lari anak masuk mall balik. Sedih gila weyh.............


Overall kitorang happy je join ChurpOut2013 kali nieh. Even hujan, datang lambat, venue jauh gila babeng. Open space concept nieh elok sebenarnya but high risk sebab kita kat Malaysia, cuaca tak menentu. Better buat macam tahun lepas. Bukak booth kat dalam mall and the games and stage kat luar. Yang tahun nieh mana booth, mana games, mana stage pon aku konpius. Just hope kalau ada lagi ChurpOut tahun depan, organiser akan do better.

Dah hujan, maka perut pun lapar. Masuk mall, makan and balik laa apa lagi kan.

nota kechik chumel : That awkward moment bila kau lama dah tak menaip and nak start balik tuh perghhhh...aku rasa macam nak taip delete taip delete je weyh. Tuh laa... Tinggalkan laa lagi blog nieh. Tinggalkan laaaaaaa.................

Till then,

Bubbye !!

Selamat Hari Raya !!

Assalamualaikum,

Lama gila tak up new entry. Konon konon terlalu busy sampai tak sempat jengah blog sendiri but seriously laa memang aku tak sempat. Lama gila weyh tak merayau rayau blogwalking. Rindunyaaaaaaa......

Last 2 months konon nak cite pasal opis before berambus but lastly habuk pon takde. Dasar gila !! Takpe laa.. Tuh boleh tangguh. Nanti nanti laa aku cite.

Now kita cite pasal raya yang dah masuk minggu kedua nieh haa. Dah minggu kedua baru nak wish raya. Better late than never kan.? Hahahahaha

So dikesempatan yang nasib baik ada nieh, aku, Amira Handayani Tamrin nak mintak maap if ada tulisan aku yang menyinggung hati dan perasaan orang yang baca. Kot kot laa time baca entry aku korang terus menyirap memilo ke kan.. Sorry banyak banyak. Sumpah aku tak niat nak menyakitkan hati. Kita sama sama maafkan masing masing yea. Start new life. May everything going smooth. Insyallah.

So mana gambar raya.??

 mamayah

Disebabkan raya kali nieh kitorang raya kami kami je. So raya kali nieh memang sederhana gila. Feeling raya tuh on first day je. Masuk hari kedua dah rasa macam hari hari biasa dah. Pergi beraya pon on first day tuh jelaa.

Family photo. Excuse muka Amsyar tuh. Dia allergic flash. Ngeng gila.

Ini second snap. Pon ke laut gak muka Amsyar. Sudah laa kau, Syan. Gambar raya tahun nieh kau memang the spoiler.

Freestyle nieh elok pulak dia. Stress aku ngan dak nieh.

Ain mana.? Kenapa tak ada dalam gambar.? Budak bertuah tuh tengah main game kat Note ayah time nieh. Kitorang ajak snap pics skali tapi dia refuse. Kusyuk sangat main game. Gasak kau laa Ain. Asalkan kau bahagia. 

Diakhiri dengan pic syok sendiri cik punya blog. 
Jubah recycle ntah tahun bila punya. (boleh tak aku lupa nak amek baju raya kat tailor)
Selendang Ariani tak gosok aku main lilit tanpa pin sebab mama bising pagi raya kepala togel.

Told ya, raya aku simple sangat.

Till then,

Bubbye !