Sesi Membebel #5 : Aku dan Drama TV
Sebenarnya nak cerita pasal minggu lepas aku pergi release tensi dekat selatan Thai tapi bila godek godek gallery gambar takde pun gambar yang best maka aku batalkan niat. Mungkin kerana pergi bertiga dengan mamayah tanpa adek adek so aku nak mintak tolong sape pulak nak snap muka aku kan. Mamayah.? Kirim salam....................
Since dah bekerjaya (cewaahh..kerjaya sangat laa kau!) nieh, aku makin kurang tengok tv. Takde laa nak kata aku tak tengok langsung but kalau tengok pun tengok gitu gitu je. Takde laa sampai beria tunggu depan tv dua tiga jam awal, berturut turut setiap minggu di hari dan waktu yang sama.
Adam & Hawa nieh drama last yang aku dok ngadap dari awal sampai abis episode. Itu pun sebab aku dah record siap siap segala episode dekat PVR so boleh tengok bila weekend. Kalau tak memang tak terlayan gak kot.
Lepas Adam & Hawa dah abis, aku ada nawaitu nak follow cerita Sehangat Asmara nieh pulak. Sekali harapan...harapan menjadi layuuu... Episode first je kot aku tengok. Lepas tuh ke laut dah. Drama nieh aku tak record pun sebab tatau bila nak tengok. Weekend aku now dipenuhi dengan tidur and buku. Ketahuilah buku buku yang aku beli time Pesta Buku 1 Malaysia harituh tak abis baca lagi. So mana sempat nak layan drama. Cewaahh. Hebat tak alasan aku.?
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi nieh best kot tapi sebab timing dia salah laa pulak so aku tak sempat tengok. Time cite nieh on air aku mesti tengah sebok bergusti dengan Ain sebab dia sebok nak mengacau aku dinner. Awal kan aku dinner now. Hakhakhak
Aku syak aku nak tunggu sampai cite Sehangat Asmara and Rindu Bertamu Di Abu Dhabi nieh abis on air baru aku tengok sekali harung dari awal sampai abis kot. Itu pun tengok online je. Jadi laa kan. Better late than never. Puuihhh
Oh ya ! Rasa rasanya sebelum cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi nieh, orang sebok dok cite pasal drama ini.
Dan aku sangat laa tak berminat dengan drama nieh. Maybe sebab cast. Yess. Aku akan tengok tv kalau pelakon tuh aku minat. Macam tiga drama kat atas sebelum nieh, aku suka tengok Aaron Aziz dengan Shahz Jazle tuh je sebenarnya. Hahahaha.
Aku tengok satu episode je Setia Hujung Nyawa nieh lepas tuh terus tanak tengok dah. Kenapa.? Sebab aku frust. Aku bayangkan hero dia lain. Lain sangat dengan pelakon drama tuh. Sorry err..sapa yea nama pelakon drama nieh.? Aku tatau. No idea. Bukan sebab dia berlakon tak best. It just me. Mungkin kalau Brad Pitt yang jadi hero baru aku tengok kot drama nieh. (rolling eyes)
Oh last. Now banyak sangat novel yang diadaptasi jadi drama or filem. Mula mula dulu aku teruja gila sebab yelaa apa yang aku dok bayangkan time baca now dah boleh tengok depan mata kan but now aku tak minat dah sebab kadang kadang apa yang aku bayangkan tak sama dengan apa yang pengarah drama or filem tuh bayangkan. Especially para pelakon laa. Dah spoil di situ. Bila dah spoil mula laa aku masuk mood memaki. Haa. Kan tak baik di situ maka langkah pencegahan harus di ambil. Better tayah tengok langsung. Senang.
Akhir kata, jangan emosi bila layan drama or filem. Tak baik untuk kesihatan. Hahahaha
p/s : all pics credit to Google.
Till then,
Bubbye !
Wordless Wednesday : Planning Ke USS
Bubbye !
Sesi Bermimpi #1 - Jogging
Kenapa tajuk entry aku sesi bermimpi.? Sebab kemungkinan perkara ini nak berlaku adalah dalam 1%. Kot.? Atau mungkin kurang daripada itu.
Lately nieh aku rasa badan aku berat sangat. Bukan laa nak kata before nieh badan aku macam kapas. Cuma sekarang makin melampau lampau lak aku rasa berat dia tuh. Kau bayangkan aku boleh termengah mengah bila naik tangga rumah aku sambil mendukung bayi (budak umur 2 tahun kita panggil bayi lagi ke.?) seberat 11kg. Itu gila namanya !
Aku dah start stress dengan badan sendiri bila aku dah tak boleh pakai baju free saiz. Bukan tak boleh pakai langsung cuma bila aku pakai, adek adek aku akan kata,
Aku try jaga makan but nafsu makan aku dengan nafsu dinasor lebih kurang sama. Langsung tak boleh control. Nak tanak aku kena puasa every Isnin and Khamis. Isnin, Khamis jelaa makan aku teratur sikit. Apa jadi dengan Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu and Ahad.? Aku rasa tayah bagitau pun korang dah tau kot apa jadi dengan jadual pemakanan aku di hari hari tersebut. Hmmm (mengeluh)
Kadang kadang jauh di sudut hati (gila dramatik weyh) aku teringin nak jogging balik. Pada suatu zaman dahulu, waktu umur aku 17 tahun aku adalah manusia paling rajin ber-jogging. Nak tau kenapa aku rajin gila jogging time tuh.? Ahaks !
Biasa laa budak baru nak up umur 17tahun mesti laa gatal nak ber-couple kan.? Aku pun tak berkecuali. Disebabkan masing masing berumur belasan tahun dan otak terlalu creative maka kami menjadikan jogging as alasan nak dating.
Haa. Mantap tak alasan aku.? Maka tiap tiap petang laa kami naik bus ke Taman Tasik Titiwangsa tuh dan ber-jogging bersama. Romantik siioott. Setiap kali pergi adalah 2 3 kali kitorang pusing Titiwangsa tuh. Genap beberapa bulan berat aku terus turun berkilo kilo. Inilah namanya sambil menyelam minum air. Sambil dating, kami ber-jogging. Haha
Lepas putus, bayang Titiwangsa pun aku tak nampak dah. Badan aku pun makin lama makin bertambah sihat. Elok laa tuh.
So apa motip entry aku kali nieh.? Aku just nak kata
Doakan rajin aku datang. Aku nak Titiwangsa jadi saksi berat aku turun buat kali kedua. (keep on dreaming, Mira !)
Till then,
Bubbye !
Sesi Membebel #3 - Learn From Mistakes
Assalamualaikum,
Sedang Membaca - Kitab Terfaktab : Definisi Cinta Infiniti
Aku belum baca abis pun kitab nieh sebenarnya. Ntah pehal ntah berzaman sangat aku amek masa nak abiskan padahal cuma senipis buku panduan masuk poli dulu. Mungkin aku menghayati dan cuba memahami setiap baris patah perkataan. Mungkin.
As aku baca satu satu muka surat, tetiba aku teringat pasal kesalahan fatal yang aku penah buat dulu. Kesalahan yang start with main main and end up with bahan ketawa bila di-refresh semula.
Kadang kadang kita tak sedar bila kita main main, lama lama benda akan jadi makin serius. Bila perkara main main tadi bertukar jadi serius, time tuh baru kau tau erti gelabah.
Tak salah lakukan kesilapan. We are human apa. Manusia mana sempurna. Common laa buat salah weyh. Just ada bezanya orang bangang dengan orang tak bape nak bangang handle kesalahan yang dia lakukan.
Orang bangang akan letak kesalahan yang dia buat kepada orang lain. Dah nama pun bangangkan. Manakala orang tak berapa nak bangang akan memerlukan orang lain untuk selesaikan masalah yang dia dah create.
Aku rasa aku tergolong dalam kategori tak berapa nak bangang. Aku rasa laa. Korang punya rasa kesah pulak aku kan. Ahaks !
Bagi aku, bila kau dah sedar kau buat salah, tak kira laa lambat atau cepat kau sedar tuh, just admit yang kau salah. Dah memang kau salahkan. Then slow slow kau try laa betulkan balik salah kau tuh.
As kau overcome salah kau tuh, kau amek laa moral value dia. Lepas nieh jangan buat lagi. Simple but tak ramai yang amek moral value lepas buat salah. Tayah cakap orang laa, aku pun gitu gak.
Kadang kadang kita perlu buat salah untuk mematangkan diri sendiri.
Aku rasa aku dah cukup merepek bila aku decide menaip and mem-publish entry nieh. Takpe. Pokok pangkal entry nieh aku just nak kata sila laa learn from your mistake. Menyesal pun menyesal jugak tapi kalau menyesal tapi buat balik, macam haram namanya tuh.
Sekian. Entry merepek di kala petang.
Till then,
Bubbye !
Review : Makeup Remover, Lip Balm and Aloe Vera Gel
Hari nieh aku rajin so marilah aku up satu entry pasal barang barang yang aku puas hati bila pakai. Bila puas hati haruslah sharing kan.? Kata sharing is caring. Auww
Muka aku berminyak tahap terok. Dah boleh buat gulai kawah dah atas muka. Before this aku pakai make up remover from Simply Siti tapi sebab dia oil base so abis je sebotol aku dah tak repurchase. Aku try cari yang water base tapi macam payah gitu nak cari. Ke aku yang tak reti cari.?
This cleansing tissue ok laa since aku pun bukan jenis yang mekap tebal. Muka aku takat tepek BB Mousse from Maybelline then kalau rajin aku pakai maskara. Kalau tak BB Mousse jelaa. Compact powder, eyeliner memang tak pakai dah sebab kalau pakai aku rasa dia tak mampu bertahan lama sebab minyak kat muka aku yang teruk nieh. Yang aku beli nieh ada Aloe Vera Extract. Korang pun tau yang aloe vera nieh bagus untuk kulit kan.
Ini pek kedua yang aku beli. Harga dalam RM 15 kalau tak salah. 1 pek ada 30 sheets. Cukup untuk sebulan so ok laa kan.? Tak mahal sangat.
Aku memang ada masalah bibir kering but tak teruk. Tak teruk pun dia still mengelupas so aku rasa tak selesa. Everytime nak apply lipstick mesti tak rata. Aku penah try Veseline punya Lip Essence but aku rasa bibir aku bertambah kering. Mungkin tak sesuai kot.
This lip balm aku apply hari hari. A day tuh adalah 5 6 kali aku apply. Siyes aku tak selesa bila bibir aku kering. So far now bibir aku dah tak mengelupas. So bagus laa kan ! Lagipun thing balm ada SPF 30 so selamat sikit bibir aku dari sinaran matahari. Cewaahh.
Kenapa aku beli sampai dua.? Sebab time beli ada promosi buy 1 free 1 so apa lagi kan. Perempuan mana tahan bila nampak offer hebat macam tuh. Baik jangan lepaskan. Harga dia dalam RM 15 satu. For those yang ada masalah bibir mengelupas, aku suggest kat korang try this Dolce Moist Balm. Best. Bau pun wangi je. Rasa nak gigit bibir sendiri. Auww
This gel aku rasa macam ada 1001 kegunaan. At first aku beli sebab Akak yang paksa. Aku mengadu dekat dia kulit aku gatal gatal sampai mengelupas so dia suggest benda alah nieh. Sebagai adek yang baik, aku pun beli jelaa. Memula pakai aku suka dengan cooling sensation dia. Sedap je rasa kat kulit.
Dah beli baru laa aku google about this product. Rupanya banyak benda boleh buat dengan gel nieh. Antaranya, kalau kulit korang kena sunburn, korang boleh apply gel nieh. Untuk pengganti moisturizer pun boleh. Guna as lotion badan pun boleh. Kau nak buat dia as hair wax pun boleh. Amacam. Betul tak aku kata dia ada 1001 kegunaan.?
Aku guna this gel as lotion untuk kulit aku yang gatal tuh and aku apply kat muka buat ganti moisturize. Now aku dah say bubbye to my moisturizer sebab aku rasa pakai gel nieh lagi best. Selalu aku pakai malam before tidur, besok bila bangun kulit aku maintain tak berminyak. Memang aku suka laa kan. Oh ya, gel nieh korang boleh pakai as make up base jugak !
Aku beli dekat Watsons. Botol kecik nieh dalam RM 6 je. Murah hoyy. Dah laa kau boleh apply satu badan. Memang berbaloi baloi laa.
Sekian review yang ala ala hampeh je aku rasa. Takpe. Nanti aku improve.
Till then,
Bubbye !
Pesta Buku 1 Malaysia 2013
Cuaca now sangat laa tak menentu. Minggu lepas panas berbahang. Minggu nieh pulak dah hujan tanak berhenti. Gasak laa. Aku bahagia je tak kira laa hujan ke panas ke (yelaa tuh. Yang meroyan kata panas laa apa laa kat twitter tuh memang saka aku).
Ahad lepas aku pergi PWTC sebab ada pesta buku kan. Pesta buku nieh sejak dari mula dia wujud sampai laa now, kalau aku ada masa memang aku pergi. Tak boleh miss !
Disebabkan badan makin bahagia (baca : gemuk) maka aku dah takde konpiden nak pakai t-shirt. Sadiskan. Bila pakai t-shirt je aku rasa macam terjojol je perut buncit aku. Over kan.? Tapi itulah hakikat. So untuk mengelakkan aku low self esteem maka aku sarung laa baju kurung. Lebih sopan dan buncit pun tersorok. Comelkan aku.? Aku tau tuh.
Aku tak paham kenapa kat depan rumah aku nieh tak ada bus stand. Bus elok je berhenti tapi bayang bus stand memang tak wujud. Dah empat tahun pindah kat kawasan nieh, bus stand nieh laa benda yang aku paling musykil sekali.
Bila sampai je PWTC, amek kau. Berpusu pusu manusia. Bagus betul. Ramai orang suka membaca sekarang. Dalam family aku yang langsung tak pandang buku just dua orang je, mama dengan Amsyar. Yang lain kau bawak masuk kedai buku kompom hanyut. Takkan keluar selagi tak dua tiga jam bertapa.
Dekat PWTC langsung tak snap gambar sebab eksited jumpa buku. Lagipun orang ramai sangat. Payah nak snap snap. Kali nieh rekod paling hebat telah aku catat dalam sejarah hidup aku sebab aku pergi pesta buku just for one hour. One hour okey ! Sampai sampai je terus pergi kat booth yang aku dah aim, pick books, bayar and blah. Simple. Selalu tuh aku jalan jalan singgah setiap booth yang ada. Tuh yang lama tuh.
Aku dengan Nisa bukan terus balik pun. Pe barang keluar takat bape jam kan. Kitorang pun decide nak pegi Pudu Sentral jumpa mamayah. Dah lama tak pergi Pudu. Rindu pulak.
Eh eh, kata pergi pesta buku tapi haram satu gamba buku pun tak ada kan.? Ahaks. Aku pergi pesta buku memang semata mata untuk merembat buku buku ini.
Till then,
Bubbye !
Kotak Hati
Tetiba rasa rindu. Korang mesti ada satu lagu yang akan buat segala memory lama ter-flash back tanpa sedar kan.? Kalau aku dengar je suara Noh Hujan nieh, tak kira laa lagu apa pun yang dia nyanyi, kompom aku akan ingat benda benda lepas yang comel comel. Then mula laa rasa rindu. Rindu nak back in time tapi rasa tuh kejap jelaa. Abis je lagu tuh, rindu aku pun abis. Hahaha
Seronok sebenarnya dok flash back memori nieh tapi jangan laa sampai emosi kau terganggu then terus meroyan. No no. Tak boleh macam tuh. Kalau kau dah move on, even flash back macam mana pun, kompom tak efek mana. Efek seketika itu normal tapi takde laa sampai sehari suntuk kau termenung then siap pakej stalk sang ex then block current girlfriend dia. No no. Itu gila namanya. Ahaks !
Kepada sang ex ex yang pernah disayangi, aku just nak cakap "Haii korang !! Rindu seyh !!"
Till then,
Bubbye !
Ber-Juvana, Ber-Bowling dan Ber-Karoke
Ini cerita bila ek.? Adalah 2 3 minggu lepas kot. Ke salah.? Cuti Thaipussam harituh bila hah.? Nasib laa. Takpe, besok aku up entry yang baru minggu lepas jadi. Ok laa tuh kan. Tak lama sangat tangguh kan.? Lalalalala
Sabtu lepas pergi wedding Sipi tuh, dekat Twitter dak dak SKS plan kunun kunun nak girls day out. Idea tercetus sebab dengki dekat dak dak lelaki SKS pergi main futsal. Dah, takkan nak follow main futsal sampai pukul 3pagi kan. Maka Syud ajak reunion pompuan pompuan je. Abaikan dak lelaki. Dalam ramai ramai yang Syud ajak, last last ini je yang ada.
Yang lain semua taley join sebab ada hal lain. Takpe. Nest time plan lagi. Time tuh sila laa angkut dak dak lelaki tuh sekali. Kesian aku tengok dierorang meroyan, kata kita kuar lupa dierorang. Haish.
Gambar curi dari instagram @syudelmo |
Selalu kalau pergi Share Tea mesti aku order Chocolate Fresh Milk je sebab aku suka rasa lemak susu coklet tapi harituh aku berubah angin try benda lain pulak. Rock Salt Cheese Cream with Cocoa. Sangat heaven untuk yang gila keju macam aku. Okey, lepas nieh kalau g Share Tea takkan order Chocolate Fresh Milk dah.
Kitorang lepak dekat Time Square so lepas movie apa lagi yang best dekat TS (Time Square) nieh kan. Aku baru perasan archery dekat sebelah bowling dah bukak tapi tak teringin nak try pun sebab aku tau kalau aku main archery alamat ntah mana mana tersasar anak panah tuh aku buat. Sebelum ada yang mati kena panah dengan aku, baik aku tayah jejak tempat tuh.
Tengah main tuh tetiba terserempak dengan Syafiqah Saim, schoolmate dekat PW (Puteri Wilayah). Oh, aku ada mention tak yang aku, Dayah and Syud nieh satu sekolah daripada SKS sampai laa ke PW. Hebat kan.? Muka yang sama je aku hadap tiap kali reunion sekolah rendah or sekolah menengah.
Aku nieh macam ada musim musim tau. Ada satu hari tuh aku main bowling dah macam Shalin Zulkifli. Strike berderet. Ada pulak hari yang aku main macam tak pernah jumpa bola and pin. Ke longkang sokmo. Score aku penah takat 50 je. Sadis tak sadis laa kan. So dia ikot nasib. Kalau nasib aku baik, cenggini laa score aku. Kalau tak baik, takdenya aku up entry kat sini. Hahahahaha
Dah puas riak, acara penutup adalah karoke. Ini idea aku sebab aku memang gian nak karoke. Aku tak kesah apa dah yang penting gian aku lepas. Lama seyh tak karok. Rindu tau !
Selalu adek lelaki mana nak follow kakak keluar kan. Nak pulak yang dah teruna macam adek Dayah nieh haa tapi Daus nieh slambek je follow. Bagus jugak ada dia. At least bole kitorang suruh dia jadi cameraman tak bertauliah. Thanks yo!
Okey, kepada yang lain, sila sila laa meng-free-kan diri anda bila Syud ajak keluar yea so that korang takkan jeles, sentap and tacing bila aku post pics kat Twitter. Ahaks !
Till then,
Bubbye !
Wedding Tersayang
Aku memang suka up entry basi. Nak buat macam mana kan. Kerja aku berlambak pulak awal awal tahun nieh. Kira bernasib baik laa aku still boleh curi masa nak taip entry baru. Bukan apa, korang pun tau yang aku punya memori standard ikan emas so kalau aku tak letak kat sini apa apa yang aku buat, alamatnya memang takde laa aku nak ingat semua tuh. Rugi kan.?
Eh, pendahuluan takde kena mengena dengan isi entry ek. Biasa laa tuh. Jom layan gambar je nak.? Siyes aku busy takley nak menaip bebanyak.
Classmate merangkap insan tersayang aku time dekat SMKPW (Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah) dulu dah nikah on 26th January lepas. Tak sangka dia kawen dulu. Ingat lagi time skolah dia kata dia takkan kawen selagi tak cecah umur 25. Sekali amek kau, umur 22 dah jadi bini orang.
Sipi (nama timangan bride) nikah lepas Asar dekat Masjid Jamek Kg Baru so aku decide amek half day sebab takut tak sempat rushing dari Damansara nak ke Kg Baru after office hours. Sekali amek kau, elok aku sampai Kg. Baru hujan turun kemain lebat. Niat aku yang konon nak makan ais kepal dekat sebelah LRT Kg Baru terbantut sebab tunggu hujan yang tak berhenti. Tensi tau. Dah laa aku tengah mengidam.!
Okey, ini entry pasal kawen Sipi, bukan pasal ais kepal. Sorry. Teremosi sekejap. Lepas azan Asar tunggu around 10mins but hujan macam tanak berhenti. Tak pasal pasal ayah Makcik Noly kena berkorban hantar kami ke masjid.
Sampai masjid terus serbu pengantin. Pengantin lak nampak aku terus berlinang air mata. Hohohoyy. Lek laa sayang. Lepas kawen kita still boleh kuar hang out huhahuha apa. Tayah nak sedih gaya macam lepas nikah terus kena kurung dalam zoo. Okey.?
Sipi nieh dia inesen je waktu skolah dulu. Keje aku buli dia jelaa. Suruh tolong potongkan kuku laa, lipatkan lengan baju laa. Manjakan aku. Aku tau tuh.
Majlis nikah just keluarga terdekat and kawan rapat je yang attend so memang kecil kecilan je. Lepas nikah and snap pics here and there, Sipi ajak makan dekat rumah dia. Rumah Sipi dengan masjid tade laa jauh mana but then hujan still tak berhenti and kereta pulak tade. Maka nak tanak kitorang redah jelaa hujan rintik rintik air bergelora tuh. Elok tengah seronok meredah hujan tetiba ada kereta putih berhenti cun cun kat sebelah aku.
Eh eh, siapakah.? Bila tengok bebetul rupanya member aku, Que. Cehh, mentang mentang dia cuti on that day so keje dia merayap je. Takpe. Nasib dia ada, maka dia tumpangkan laa aku, Akak, Makcik and Pieja g umah Sipi. Thanks Que !!!
Dah sampai umah, makan and sembang kejap, sikit lagi nak magrib kitorang pun blah. Aku paling semangat sekali nak blah sebab dalam kepala otak dok pikir ais kepal je. Memang teringin gila. Rumah Sipi dengan kedai jual ais kepal berapa jengkal je so dengan tiga orang berkongsi satu payung, kitorang pun redah g kedai Cik Enon (makcik jual ais kepal).
Time tuh Cik Enon dah nak tutup kedai dah tapi aku dah buat muka kesian kan, Cik Enon kata takpelaa, order jelaa. Hahahaha. Sayang Cik Enon lebih hari tuh !
pic curi dari instagram sendiri @mieraahandayani |
Dah puas makan ais kepal sejuk sejuk di kala hujan, kitorang gerak pergi rumah Makcik Noly pulak. Lepak time ! Time lepak tetiba badan aku jadi gigil, seram sejuk je rasa. Siap pakej rasa mual and perut sakit. Memang pakej kombo ! Tuh laa, makan lagi benda benda sejuk tengah tengah hujan time bulan mengambang (baca : period). Rasakan laa padah dia. Al hasil aku tak larat nak bawak motor balik rumah so kena laa tinggalkan motor kat rumah Makcik Noly and Que terpaksa hantar aku balik. Thanks a lot laa Que. You are my hero on that day !
Eh jap ! Aku rasa aku dah lari topik. Kita kat mana tadi.? Cite pasal wedding Sipi kan.? Ciss ! Melalut daripada wedding ke ais kepal memang sangat takde connection. Takpe. Sambung balik. Sipi nikah on Friday and besok terus sanding. So kat bawah nieh gambar keesokkan harinya pulak.
Alolololo. Comel gila pengantin mintak maap. Tadehal laa Sipi. Pink and Hijau memang cantik bila combine. Naik warna dia. Pelamin warna Pink and khemah warna hijau. Haish. Sempat laa aku berangan dua tiga round time g bersanding Sipi nieh.
Kawan kawan aku kat PW dulu memang berderet yang dah kawen. Siap dah ada satu dua anak. Advance sangat korang. Tak sempat aku nak kejar. Kalau terserempak dengan mana mana schoolmate stok tanya anak berapa dah now. I is jeles !
Till then,
Bubbye !
Rancangan Bulan Ini
Dah abis dah January. Now dah masuk bulan baru, bulan February. Kejap je kan. Nanti tak sedar tetiba dah January balik.
For this February aku dah plan macam macam dah untuk mengisi masa every weekend. Nak tau apa aku nak buat.?
Okey. Tuh je buat masa nieh. Last week of February aku tade plan pape lagi. Korang ada nak ajak aku pergi memana tak.?
p/s : All pics credit to Google.
Till then,
Bubbye !