Sesi Membebel #5 : Aku dan Drama TV

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak cerita pasal minggu lepas aku pergi release tensi dekat selatan Thai tapi bila godek godek gallery gambar takde pun gambar yang best maka aku batalkan niat. Mungkin kerana pergi bertiga dengan mamayah tanpa adek adek so aku nak mintak tolong sape pulak nak snap muka aku kan. Mamayah.? Kirim salam....................

Since dah bekerjaya (cewaahh..kerjaya sangat laa kau!) nieh, aku makin kurang tengok tv. Takde laa nak kata aku tak tengok langsung but kalau tengok pun tengok gitu gitu je. Takde laa sampai beria tunggu depan tv dua tiga jam awal, berturut turut setiap minggu di hari dan waktu yang sama.


Adam & Hawa nieh drama last yang aku dok ngadap dari awal sampai abis episode. Itu pun sebab aku dah record siap siap segala episode dekat PVR so boleh tengok bila weekend. Kalau tak memang tak terlayan gak kot.


Lepas Adam & Hawa dah abis, aku ada nawaitu nak follow cerita Sehangat Asmara nieh pulak. Sekali harapan...harapan menjadi layuuu... Episode first je kot aku tengok. Lepas tuh ke laut dah. Drama nieh aku tak record pun sebab tatau bila nak tengok. Weekend aku now dipenuhi dengan tidur and buku. Ketahuilah buku buku yang aku beli time Pesta Buku 1 Malaysia harituh tak abis baca lagi. So mana sempat nak layan drama. Cewaahh. Hebat tak alasan aku.?


Rindu Bertamu Di Abu Dhabi nieh best kot tapi sebab timing dia salah laa pulak so aku tak sempat tengok. Time cite nieh on air aku mesti tengah sebok bergusti dengan Ain sebab dia sebok nak mengacau aku dinner. Awal kan aku dinner now. Hakhakhak

Aku syak aku nak tunggu sampai cite Sehangat Asmara and Rindu Bertamu Di Abu Dhabi nieh abis on air baru aku tengok sekali harung dari awal sampai abis kot. Itu pun tengok online je. Jadi laa kan. Better late than never. Puuihhh

Oh ya ! Rasa rasanya sebelum cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi nieh, orang sebok dok cite pasal drama ini.

Dan aku sangat laa tak berminat dengan drama nieh. Maybe sebab cast. Yess. Aku akan tengok tv kalau pelakon tuh aku minat. Macam tiga drama kat atas sebelum nieh, aku suka tengok Aaron Aziz dengan Shahz Jazle tuh je sebenarnya. Hahahaha.

Aku tengok satu episode je Setia Hujung Nyawa nieh lepas tuh terus tanak tengok dah. Kenapa.? Sebab aku frust. Aku bayangkan hero dia lain. Lain sangat dengan pelakon drama tuh. Sorry err..sapa yea nama pelakon drama nieh.? Aku tatau. No idea. Bukan sebab dia berlakon tak best. It just me. Mungkin kalau Brad Pitt yang jadi hero baru aku tengok kot drama nieh. (rolling eyes)

Oh last. Now banyak sangat novel yang diadaptasi jadi drama or filem. Mula mula dulu aku teruja gila sebab yelaa apa yang aku dok bayangkan time baca now dah boleh tengok depan mata kan but now aku tak minat dah sebab kadang kadang apa yang aku bayangkan tak sama dengan apa yang pengarah drama or filem tuh bayangkan. Especially para pelakon laa. Dah spoil di situ. Bila dah spoil mula laa aku masuk mood memaki. Haa. Kan tak baik di situ maka langkah pencegahan harus di ambil. Better tayah tengok langsung. Senang.

Akhir kata, jangan emosi bila layan drama or filem. Tak baik untuk kesihatan. Hahahaha

p/s : all pics credit to Google.

Till then,

Bubbye !

No comments: