Bubba Gump Shrimp Co. The Curve

Assalamualaikum,

Al-kisah khamis minggu lepas, 6 June 2013. My mamayah and adek adek pergi Legoland sambut bufday Anggie but aku tak join sekali. So before balik keje, aku plan nak dinner dulu maka nanti bila sampai umah dah boleh terus tido aman damai.


Bubba Gump Shrimp Co menjadi pilihan kalbu sebab nak try. First time nieh masuk sini. Tengok deko macam lebih kurang TGI, Chilis, Tony Romas bla bla bla. Bila tengok menu, tak banyak sangat pilihan. Takpe, kata nak try kan.


Ini deko dekat tepi meja kami. Comel gila. Sambil tunggu makanan sambil berangan, "Nanti nak buat camnieh laa dekat rumah. Comelkan." Insert muka penuh teruja time cakap tuh.

Alabama Sweet Smoothie


Air nieh sedap. Tak masam pon even basically dia adalah frozen yogurt. Aku rekemen air nieh. Kalau pergi sini, korang try air nieh okeyy.

Shrimper's Heaven.


Yang nieh aku punya. Memang sangat heaven untuk pencinta udang macam aku. Ada empat jenis masakan udang dalam tuh. Semua sedap sedap. Udang gemuk gemuk. Aku makan sikit dah tersandar. Benda nieh boleh kongsi 3 4 orang aku rasa sebab dia banyaakkk.


Aku lupa nama spaghetti nieh. Nak snap leklok pon tak sempat sebab tau tau ada orang dah ngap je. Macam aglio olio tapi tak sedap dekat tekak aku. Orang depan aku kata sedap. Ntah laa. Tak kena dengan tekak aku kot.

Dah sejam berhempas pulas dengan our main course, aku ajak orang depan aku order dessert. Gila kan. Padahal dedua dah tersandar sebab kenyang sangat tapi aku dok terbayang gambar dessert dekat menu tadi. Macam sedap.


Look so sedap kan. Macam mana laa aku tak teringat ingat. Lepas aku pujuk rayu last last sekali..tadaaa..

Alabama Mud Pie.

Sumpah yang nieh aku tak menyesal order. Biarlah akhirnya aku kena sugar rush, ada aku kesah. Siyes sedap sangat benda alah nieh. Kalau korang datang masuk Bubba Gump semata mata nak makan benda alah nieh pon boleh je. Siyes korang takkan menyesal. Percaya padaku.

Setelah almost 2 hours kitorang spent kat situ. Selepas puas memalukan diri sendiri di situ, kami pon bergerak balik dengan perut boyot macam orang mengandung 4 bulan. Gila buncit dua dua sekali. Kenyang sangat. Berbaloi sangat.


Dalam buncit buncit, segan segan, malu malu, tuh sempat lagi merembat 2 body wash and satu body mist Victoria Secret nieh. Time tuh ada promotion Mix & Match Buy 3 @ RM 129 only ! Sape tanak kan. Orang sebelah dok membebel pasal keje aku asek beli body wash je. Eh, lantak laa.

Akhir kata, Alabama Mud Pie adalah must eat dekat Bubba Gump. Ingat tau. Jangan lupa, nanti nyesal.

Till then,

Bubbye !

No comments: