Tup tap tup tap eh eh dah Julai dah. Sekejap gila dah setengah tahun 2013 kita go through. So apa yang korang dah achieve dalam setengah tahun nieh.? Everything ok ke.?
Aku rasa tahun 2013 nieh macam best sikit daripada tahun lepas. Alhamdulillah. Apa yang best.? Biarlah rahsia. (*pang!* Tampar diri sendiri)
Dalam 2 weeks lepas, macam macam jadi. Ketawa, menangis, chaos, all in one. Disebabkan aku malas nak cite panjang, aku buat rumusan jelaa. Pemalas aku makin lama makin terok kot.
1. Aku kan suka melepak dekat Timeline Twitter kalau nak take 5 (konon take 5 tapi rasa macam take forever..damn!!) time working hours. Pada suatu hari nieh (ayat bombastik gila..auww) tetiba follower aku bertambah sorang. Aku check laa sape. Eh eh, macam kenal ! Dia tegur aku and aku pon apa lagi terus ajak reunion. My long lost bestfriend yang dah 4 tahun tak jumpa. Happy gila bila jumpa balik and catch up cerita yang dah 4 tahun tertinggal. We are still the same us. Bila jumpa bercerita macam tempat lepak tuh ada kitorang dua je yang wujud.
2. Nenek and Pak Lang datang hari Sabtu 29/06/13 sebab nak jenguk mama. Kan mama sakit past few months. Now everything dah okey so nenek just datang jenguk jelaa. Lepak tidur sama dengan nenek. Rinduuuu....
3. Awal pagi 01/07/2013, aku dapat berita yang Akak's bestfriend, Nur, meninggal pukul 8pagi. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajioon. Arwah sakit kejap je. Terkejut time memula dapat tau. Tak sangka cepat macam tuh arwah pergi. Takpe. Arwah pergi tempat baik. Pergi dalam keadaan baik. Semoga dia bahagia di sana. Kita di sini doakan dia semoga dia tenang di sana. Will miss you, Nur. Untuk Akak aku, sila kuat. Kau ada aku.
Tuh jelaa kot yang aku boleh share kat sini. Ada lagi benda lain yang jadi but macam lagi bagos simpan sendiri je rasanya sebab personal sangat.
Aku bukan mungkin bukan kawan yang menyenangkan hati. Aku tak reti nak pujuk kawan kawan aku yang tengah ada big problems or yang tengah rasa kehilangan. Aku just mampu ada di sebelah, dengar cerita mereka, peluk dan menangis di bahu sama sama.
Aku tak rasa apa yang korang rasa. Sakit yang aku tengok mungkin tak seberapa dengan sakit yang korang rasa. Mungkin pemahaman aku sikit sangat. Tapi dont worry friends, if korang need telinga untuk mendengar, bahu untuk menangis, tangan untuk menyokong bangun semula, aku ada. Sentiasa ada. Ingat tau. Aku ada.
"Friends, its not about quantity but its about quality."
nota kechik chumel : To both my bestfriends sayang, korang memang strong gila (even korang ada dalam dua situasi yang berbeza). Proud gila babeng ada kawan macam korang. Take your time to move on. Its okey. Slow slow. Take care.
Till then,
Bubbye !
No comments:
Post a Comment