Sweet Escape : Legoland, Johor.

Assalamualaikum,

Okey, secara jujurnya ini adalah kali ketiga aku taip entry dengan tajuk yang sama, isi yang lebih kurang sama. Dua sebelum nieh dah berjaya di-delete sebab aku stuck and rasa macam hampeh hampas apa yang aku taip tuh. Sumpah aku takde idea nak cite apa pasal Legoland nieh tapi kalau tak update kang memang hilang ingatan laa pulak pasal trip nieh. Rugi kan.?

Oh yea, hariney (12/07/2013) dah masuk hari ketiga seluruh umat Islam di dunia nieh berpuasa kan. Selamat berpuasa to all my family, friends, and whoever yang tetiba sesat ke sini. Semoga puasa kali nieh lebih baik daripada sebelumnya. Bertambah segala yang baik. Semoga semuanya baik baik belaka. Amin.

Back to the topic. Siyes aku takde idea, weyh ! Nampak sangat aku pergi sana menghabiskan duit tanpa pape hasil. Wuarghh. Takpe. Learn from your mistakes, Amira. Tajuk bajet sweet escape padahal sweet-nya adalah dalam 50%. Another half tuh boleh masuk kategori sadis.

If you want to know, aku pegi Legoland nieh amek masa 24jam je in total. Naik bus time pegi pukul 4pagi (sabtu) and turun bus time balik (ahad) around 3am. Just nice. So here aku summarize je everything. Senang since aku dah kering idea.

1. Transport to go there from KL.

Aku naik bus from Pudu Sentral pukul 4pagi. Bus apa pukul 4pagi.?! Err..yang tuh tak dapat nak bantu since aku guna orang dalam untuk mendapatkan bus tuh. Hahahaha. If ada yang plan nak naik bus pergi Johor, last bus korang boleh dapat kat Pudu Sentral pukul 12tengah malam rasanya. Itupun ikot nasib kalau ada sebab pudu kan mostly untuk bus ke utara tanah air. So kalau anda lucky, ada laa bus dari Pudu Sentral ke Johor dengan tambang RM 35.

Aku sampai Terminal Larkin pukul 8pagi. Sampai je terus cari sarapan kat situ. Dah kenyang baru cari bus nak pergi Legoland.


Bus Causeway Link from Terminal Larkin - Legoland  or Legoland - Terminal Larkin dengan tambang RM 3.30 seorang sekali jalan. Bus nieh stop kat Hello Kitty Town jugak in between so sesape yang nak pergi Hello Kitty Town pun boleh naik bus nieh. From terminal nak pergi Legoland tuh ada laa dalam plus minus 30 minutes. Kalau nak tau route bus nieh boleh klik sini !

Kitorang keluar daripada Legoland pukul 7pm and bus last from Legoland pukul 730pm. Naik bus kat tempat yang sama korang turun time memula datang tadi. Sampai Terminal Larkin dalam kol 8pm then dinner before cari bus balik KL.

2. First Impression


Since my mamayah and adek adek aku yang lain dah pernah pergi and aku pergi nieh pon sebab deme dapat tiket free time beli tiket harituh so aku dah kena warning awal awal yang tempat nieh panas gaya Gurun Sahara (cehh, macam laa penah jejak Gurun Sahara tuh) but being me, even dah kena warning pon aku boleh lupa nak bawak payung ke topi ke apa. Time sampai depan pintu gerbang Legoland tuh pukul 9 lebih lebih camtuh dah panas membahang okey.

Sumpah time nieh panas bahang dia melampau.

3. Rides and Attraction.

Dah nama pun Legoland, apa yang kau expect.? Rides and Attraction kat dalam nieh memang 100% untuk kanak kanak 12 tahun ke bawah. Kalau umur kau 22 and kau belum kawen and datang dengan kawan kawan, baik kau cross je nama Legoland nieh dalam list travel kau tuh sebelum kau menyesal. Believe me.

Aku just naik a few rides je rasanya. Less than five i think. Tuh pon naik dengan muka merah tahan panas. Sumpah aku tak tahan panas kat situ. Takde tempat berteduh kot. Aku cadangkan korang datang sini lagi 5 10 tahun. Time tuh sume pokok yang dia tanam now dah besar so redup sikit tempat nieh. LOL
Sumber : Google
Project X nieh first ride yang aku naik. Masuk je terus nampak benda alah nieh so naik jelaa. Memula nampak cerun gila slope dia sekali naik alahai comel je time turun slope. Patut laa bebudak boleh naik. Ciss, tipah tertipu !

Lepas naik nieh, aku pandang kiri sikit and nampak tempat best !


Aku lupa pe benda ntah nama tempat nieh tapi dia tempat bebudak main lego. Aku heret dak sebelah masuk sini sebab dalam nieh ade air cond. Barulah nyaman tak melekit badan.

Aku takde idea kot nak buat apa ngan lego lego tuh sume. Aku tengok bebudak kecik lain punya lego sume power power. I is jeles !


Orang depan aku punya. Dia bangga gila dapat buat benda alah nieh konon macam condong sikit. Perangai riak tak abis abis. Nasib ramai orang dalam tuh kalau tak aku lempar keluar dah lego dia tuh.

Dah puas sejam main lego, kitorang kuar konon nak tengok rides apa yang best tapi aku macam takde satu pon yang menggugat nafsu serakah aku. Maybe faktor cuaca. Aku kan puteri lilin. Sekali kena panas mula laa mood aku swing. Sume benda yang orang sebelah ajak main aku geleng.

Sumber : Google
Pastuh nampak pulak 4D show nieh. Apa lagi terus masuk semata mata nak air cond lagi. Terok kan perangai. Hahahaha. 4D yang biasa biasa je aku rasa. Sempat short nap laa jugak. Hahahahaha

Sumber : Google
Aku panggil ride nieh Menara Taming Sari sebab dia sebijik cam yang kat Melaka tuh. Again, naik sebab nak air cond. Azab berator nak naik benda nieh sama macam azab time berator main go-kart kat Genting Highland harituh. Sigh~

Sumber : Google
The Dragon nieh aku main 2 kali sebab dah tatau nak watpe dah. And last ride kitorang........








Jeng










Jeng









Jeng










Sumber : Google
Ini wajib korang try. Ini laa pun ride yang paling best aku rasa kat Legoland nieh haa tapi aku warning korang awal awal kalau nak main nieh sila make sure korang ada extra baju seluar full set siap yang dalam dalam tuh skali. Siyes lenjun dia tak tipu. Kuyup weyh.


Anak gajah biru comel tuh orang sebelah aku dapat lepas spent 50hengget main tikam ! Gila kan. Dia tak puas hati selagi dia tak menang. Total dia spent main tikam kat Legoland nieh dalam 70hengget kot rasanya. Membazir. Duit tuh bagi aku beli makanan lagi bagos !

Attraction kat sini apa je ek.  Hmm. Miniland laa kot. Aku tak snap any pic kat sini. Aku cilok pic adek aku je. Jadi laa kan daripada takde langsong.

Taj Mahal.

Nieh apa weyh.? Borobudur ke Angkor Wat.?

Masjid katne ek.? Brunei ek.? Ntahh. Hahahaha

3. Makanan

Aku singgah dua restaurant je time kat sini. Pizza Mania kat area Imagination and The Cafe kat area The Beginning.

Sumber : Google
Masuk Pizza Mania nieh for lunch. Dalam nieh just ada pasta and pizza je. Benda lain kau g cari kat restaurant lain. Pic makanan takde since henset takde di tangan time nieh. Sadis. Kitorang order Pizza Beef-pe-kebenda-ntah and Seafood Marinara Pasta. Tambah satu veggie soup yang masin so total RM60++. Tak ingat exactly harga bape since bukan aku tukang bayar. Makanan so so je tapi mahal melampau. Orang sebelah aku kata pizza punya crust macam biskut.

Sumber : Google

The Cafe nieh kitorang masuk time hi-tea. Konon konon masuk nak beli air je last last aku nampak bread and butter pudding !! Terus mata berkaca kaca pandang orang sebelah. Dia pun redha je belikan satu. Yeehaa.

Tukang Serve : Nak tambah vanilla ice cream on top tak.? Lagi sedap.
Me : Naaakkk !!!

Time cakap nak tuh memang teruja gila. Rugi sebab takde henset kalau tak aku dah canang dah kat orang ramai pasal bread and butter pudding sedap tuh. Dah laa sedap, banyak pulak. Berbaloi laa dengan harga dia. Kalau korang pergi Legoland nieh jangan lupa masuk The Cafe order satu bread and butter pudding okey. Siyes korang takkan menyesal !!

Oh lupa, aku ada benda nak bagitau for those yang plan nak pergi sini, aku nasihatkan kalau nak makan better korang kuar jap dari Legoland nieh. Mintak cop kat yang jaga gate kata korang nak keluar jap and nanti nak masuk balik. Nanti bila nak masuk balik just tunjuk tiket korang je. Kat luar gate Legoland nieh ada Secret Recipe, KFC, The Manhattan Fish Market, which harga lagi berbaloi and lagi sedap daripada korang spent kat makanan mengarut ngarut dalam Legoland nieh. Oh bread and butter pudding is the only exception !!!

4. Souvenir

Kalau duit berlebih boleh laa beli pape buat kenangan kat sini sebab aku rasa harga barang kat sini dah macam aku pegi Legoland Florida. Mengarut ngarut harga dia. T-shirt biasa just ada tulis Legoland dah RM70. Orang sebelah aku kata baik kita beli baju kat Zara kalau gini harganya.

Payung yang ngam ngam untuk aku sorang nieh RM35. Aku mampu jadi model dia jelaa.

5. Overall

Kalau anda dah berkeluarga and purata umur anak anak anda adalah 12 tahun, please go have fun here. Siyes best but if anda single dan ingin release tensi bersama kawan kawan, abaikan tempat nieh and lets go USS ! Eh !

Nota kechik chumel : Beb, sorry tak belikan kau t-shirt sebab aku rasa tak berbaloi harga dia..Esok aku belanja kau buka puasa lagi berbaloi..okeyy.??

Till then,

Bubbye !

Akhir Bulan Jun Membawa Ke Minggu Pertama di Bulan Julai 2013

Assalamualaikum,

Tup tap tup tap eh eh dah Julai dah. Sekejap gila dah setengah tahun 2013 kita go through. So apa yang korang dah achieve dalam setengah tahun nieh.? Everything ok ke.?

Aku rasa tahun 2013 nieh macam best sikit daripada tahun lepas. Alhamdulillah. Apa yang best.? Biarlah rahsia. (*pang!* Tampar diri sendiri)

Dalam 2 weeks lepas, macam macam jadi. Ketawa, menangis, chaos, all in one. Disebabkan aku malas nak cite panjang, aku buat rumusan jelaa. Pemalas aku makin lama makin terok kot.

1. Aku kan suka melepak dekat Timeline Twitter kalau nak take 5 (konon take 5 tapi rasa macam take forever..damn!!) time working hours. Pada suatu hari nieh (ayat bombastik gila..auww) tetiba follower aku bertambah sorang. Aku check laa sape. Eh eh, macam kenal ! Dia tegur aku and aku pon apa lagi terus ajak reunion. My long lost bestfriend yang dah 4 tahun tak jumpa. Happy gila bila jumpa balik and catch up cerita yang dah 4 tahun tertinggal. We are still the same us. Bila jumpa bercerita macam tempat lepak tuh ada kitorang dua je yang wujud.

2. Nenek and Pak Lang datang hari Sabtu 29/06/13 sebab nak jenguk mama. Kan mama sakit past few months. Now everything dah okey so nenek just datang jenguk jelaa. Lepak tidur sama dengan nenek. Rinduuuu....

3. Awal pagi 01/07/2013, aku dapat berita yang Akak's bestfriend, Nur, meninggal pukul 8pagi. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajioon. Arwah sakit kejap je. Terkejut time memula dapat tau. Tak sangka cepat macam tuh arwah pergi. Takpe. Arwah pergi tempat baik. Pergi dalam keadaan baik. Semoga dia bahagia di sana. Kita di sini doakan dia semoga dia tenang di sana. Will miss you, Nur. Untuk Akak aku, sila kuat. Kau ada aku.

Tuh jelaa kot yang aku boleh share kat sini. Ada lagi benda lain yang jadi but macam lagi bagos simpan sendiri je rasanya sebab personal sangat.

Aku bukan mungkin bukan kawan yang menyenangkan hati. Aku tak reti nak pujuk kawan kawan aku yang tengah ada big problems or yang tengah rasa kehilangan. Aku just mampu ada di sebelah, dengar cerita mereka, peluk dan menangis di bahu sama sama. 

Aku tak rasa apa yang korang rasa. Sakit yang aku tengok mungkin tak seberapa dengan sakit yang korang rasa. Mungkin pemahaman aku sikit sangat. Tapi dont worry friends, if korang need telinga untuk mendengar, bahu untuk menangis, tangan untuk menyokong bangun semula, aku ada. Sentiasa ada. Ingat tau. Aku ada.

"Friends, its not about quantity but its about quality."

nota kechik chumel : To both my bestfriends sayang, korang memang strong gila (even korang ada dalam dua situasi yang berbeza). Proud gila babeng ada kawan macam korang. Take your time to move on. Its okey. Slow slow. Take care.

Till then,

Bubbye !