Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Assalamualaikum,

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang peminat binatang peliharaan. Aku benci ok ! Hidup aku pun berterabur tunggang langgang. Ada hati nak bela pet. Sangat tak sesuai. Please laa.

Tapi ayah dan adik aku yang kechik kechik dua orang umur 8 and 10 tahun tuh suka sangat dengan binatang. Aku bukan tak suka apa tau. It just aku malas nak cara benda leceh gitu. Mana nak bersihkan sisa sisa buangan dia lagi, kandang dia lagi, bagi makan dia lagi, bagi kasih sayang. (aku pun kurang kasih sayang)

Kalau nak jugak suruh aku pilih pet, aku akan pilih binatang nieh

































sumber : sini
 Comel kan?! Hahahaha. Kalau dapat tidur peluk dia kompom ohsem ! Hahahaha

Till then,

Bubbye.

Day 6 – A song to match your mood.

Assalamualaikum,

Hari nieh aku masuk opis lambat sebab motor aku kena hantar servis and then semua orang busy taley hantar aku. Sobsob

Maka terpaksa laa aku menaiki public transport yang dah lama aku lupakan tuh. Kau bayangkan daripada Batu Caves nak ke Damansara Intan naik public transport macam mana.

Haa, meh sini aku cerita. Disebabkan aku nieh gamble slumber buat macam opis tuh mamayah aku punya maka pagi pagi buta aku dah send mesej kat colleague aku bagi tahu aku akan lambat hari nieh. Padahal waktu tuh baru pukul 7pagi tapi aku tau dah aku akan lambat. Sediakan payung sebelum hujan orang kata. Haha

Dari rumah, aku kena naik teksi pergi LRT Taman Melati. Kat situ dah cost RM 7.30. Mahal? Aku dah biasa sebab memang itulah cab fare kalau ikot meter. Huhu. Dah sampai LRT, aku kena beli token pergi Kelana Jaya yang cost RM 2.50. Tang nieh aku rasa murah sangat. Why? Sebab kalau korang naik dari Taman Melati nak pergi KLCC dah cost RM 2.00 tau. Padahal stesen dari hujung ke tengah je tuh. Nieh yang dari hujung ke hujung baru RM 2.50 so memang murah laa cerita dia kan.

Sampai LRT Kelana Jaya dah pukul 9.15pagi. Kan aku dah kata yang aku for sure lambat punya laa. Nek LRT sejam pulak ! Puas hati aku menikmati panorama pagi. Dari LRT Kelana Jaya nieh, for those yang tatau ada banyak shuttle bus free yang akan bawak korang pergi mall mall terdekat macam One Utama, Paradigm Mall and Tropicana City Mall.

Damansara Intan dengan Tropicana City Mall elok molek dok sebelah sebelah so dengan sabarnya aku tunggu laa shuttle bus nieh. Sape tanak nek bus free kan? Haha. Kesabaran aku berbaloi but then kena laa masuk opis lambat sejam tiga puluh minit. Sampai opis tepat pukul 10pagi. Nasib bos aku tak masuk lagi. Aku hanya mampu tersengih comel je kat colleague aku menandakan 'Sorry, I'm late'.

Moral of the story, jagalah kenderaan anda elok elok supaya dia tak meragam dan merosakkan hari anda. Kang kau jadi macam aku. Lambat pergi kerja. So lagu apa yang match dengan aku hari ini?

Nieh haa !


Till then,

Bubbye !

Sesi membebel

Assalamualaikum,

Hari nieh keje kat opis aku macam biasa laa. Tak pernah surut tapi tangan dan otak aku gatal nak meraban di sini. Layankan jelaa kan. Maybe otak aku need break sebab bosan mengadap nombor je. Haha

Aku rasa macam nak cerita pasal macam mana aku boleh terjebak dengan blog nieh. Maybe aku dah penah cerita pasal nieh kat blog lama tapi eh lantak laa. Bukan korang ingat pun kan? So meh sini aku ulang cerita basi. Haha

Aku start ber-blog right after aku abis SPM. Time tuh kawan kawan aku semua sibuk meng-explore dunia pekerjaan tapi aku terpaksa duduk rumah diam diam settle-kan lesen, computer class, english class, bla bla bla class. Boring gila hidup aku rasa time tuh so untuk mengelakkan aku mati ke-bosan-an, aku decide untuk mengaktifkan diri di dunia maya.

Mula mula niat aku create blog just nak buat dia macam online diary aku. Abis semua benda aku curah ke blog tuh. Tak ada tapis langsung. Aku memang transparent di situ. Korang boleh tahu everything pasal aku just dengan baca blog aku time tuh.

Tapi lama lama bila aku dah dapat sambung study kat polisas, masa aku makin kurang nak menghadap blog. Ada je masa senggang sebenarnya tapi pehal ntah tangan aku malas sangat nak buat new entry. Takde modal kot aku rasa. Huu

Maka terbiarlah blog lama tuh usang tak berpenunggu. Last last aku decide nak biarkan je blog tuh begitu. Ada jugak aku jenguk once in a blue moon. Ikot mood aku laa.

Blog baru nieh lebih kurang je dengan blog lama. Still cerita pasal hidup aku cuma lebih bertapis sebab yelaa, umur pun dah bertambah. Pe jadah aku nak bogelkan diri lagi kan. Now dah paham erti malu. Haha

gambar waktu mula mula berblogging. Januari 2009.

ini pula waktu awal semester satu di polisas. July 2009.

New year eve 2010.
Awal tahun 2011.

Latest gambar. September 2012.

Dah nak dekat empat tahun rupanya. Lama jugak yea. Muka aku kalau nak compare yang tahun 2009 dengan yang latest nieh memang jauh beza dia. Makin cantik. Ok, pergi cari baldi dan muntah sekarang.

Till then, 

Bubbye !

Wordless Wednesday

Assalamualaikum,


Will update about this later.

Till then,

Bubbye !

Day 5 – What makes you different from everyone else?

Assalamualaikum,

Actually task sebelum nieh aku skip dengan slumber badak aku sebab aku dalam rangka mengumpul cerita menarik untuk task tuh.

Hari kelima. Apa yang membuatkan aku berbeza daripada orang lain.

1) Heartless aku

Sumpah ke-tidak-ada-perasaan aku memang tahap terok. Kau boleh bayang tak ada orang dok maki maki aku, mengata aku siap buat cerpen yang creative gila tapi aku boleh bantai gelak. Masalahnya orang lain dah beria nangis meleleh air hidung, mata, mulut semua nieh tau tapi aku boleh sengih macam kerang busuk. Aku memang cari maki kan.?

Tapi dalam dok heartless tuh aku sensitip jugak sebenarnya. Cuma sensitip aku selalu tak kena tempat. Nak aku bagi contoh.? Pada suatu petang awal tahun 2010, aku tengah YM dengan kekasih gelap dan aku lupa kenapa tapi yang pasti hal tuh tade laa besar mana pun dan dia gelakkan aku bagai nak gila. Aku boleh terasa sampai menangis tersedu sedan. Yea, tersedu sedan sampai muka sembab, mata hidung merah tok sah cerita laa. Over bukan.?

So kadang kadang elok je aku nieh sensitip tapi most of the time memang aku heartless buat gaya kebal laa kan.

2) Cara aku treat kawan-kawan

Aku tatau orang lain tapi aku dah ter-train daripada sekolah, bila berkawan aku tak reti nak berkelakuan 'baik'. Baik di sini contohnya (over skema aku) macam aku time study kat poli dulu, everytime cuti sems secara logiknya kita akan saling bertanya kabar dengan classmate, housemate kita kan.? Tapi bukan aku (sila baca sambil bayangkan lagu Kerispatih - Tapi Bukan Aku sedang berkumandang) .

Dewasa ini semua manusia di dunia memiliki akaun laman sosial masing masing bukan.? Apa anda lakukan di laman sosial anda.? Sudah pastinya anda akan update segala apa yang telah, sedang atau akan berlaku dalam kehidupan seharian anda. Bohong jika anda menidakkan kenyataan saya itu. (aku syak entri kali nieh akan penuh dengan kata kata skema. Sila biasakan diri anda) 

Maka hal yang demikian, even aku tak mesej pun housemate atau classmate aku di kala cuti, aku akan tetap tahu update mereka. Aku bukan stalker tapi kalau dah update korang keluar dekat news feed dan timeline aku takkan aku nak tutup mata jangan baca pulak.

Aku bukan tak care, or just cari kawan bila susah. Hello geng, you can always count on me kot if you are in trouble. It just me who tak reti nak beramah mesra dengan orang. Maap !

Aku rasa dua perangai gila ini telah menyebabkan aku lain daripada orang lain. Jika bagi kalian aku tak cukup lain, maka aku rasa kalian lagi pelik daripada aku.

Si A : Haii mieraa
Aku : Kau dah pehal gila.?

Ini adalah petikan mesej yang selalunya kawan kawan aku selalu dapat.

Sekian.

Till then,

Bubbye.

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Assalamualaikum,

Now dah masuk entry ketiga aku dalam cabaran nieh. Patut aku kena tukar instead of 'Day 3' kepada 'Task 3' sebab aku bukan buat benda nieh hari hari pun. Aku buat ikot dan aku je. Hahaha

Task yang kali nieh dah banyak hari aku delay semata mata sebab aku tak ada idea weyh nak buat apa time first date. Aku nieh dah laa hopeless and heartless bab bab dating nieh. Adeyy.

Ada orang kata kat aku kalau dah jumpa dengan orang yang kita sayang, dok kat depan pagar rumah pun tak pe. Tak kesah kononnya. Kau jangan nak bongak aku sangat laa kan ! Memang laa kau i-love-you-forever-after kat boyfriend/girlfriend kau tuh tapi kalau dah asik jumpa depan pagar rumah dengan si pakwe/makwe tuh dok pakai pijama je. Haa. Tak ke sentap jugak kau. Kau datang jauh jauh tapi last last date depan pagar rumah je. Tak pasal pasal tuh boleh jadi sebab mintak putus. So tak mature. Haha.

Ok, berbalik kepada topik asal. Even otak aku taley nak generate idea untuk first date nieh tapi aku gagahkan jua. Aku kan tengah semangat sebab baru buat blog. Haha

Kalau aku laa, first date aku tak demand sangat sebab yelaa, nama pun first time kan. Kau tak kenal lagi karekter orang yang kau date tuh macam mana. So time first date nieh laa nak kenal kenal lebih sape partner kau tuh.

Restaurant ok laa kan. Ok laa bagi aku. Sumber : sini
Kepada bakal first date aku (erk!) , kalau kau (tiba-tiba rasa terlebih brutal lak first date dah guna kau-aku) nak ajak aku first date, kau bawak aku pegi restaurant jelaa ek. Tayah laa sampai pegi hotel bagai. Restaurant je cukup asalkan ada privacy untuk both of us. Cewah !

Kenapa restaurant?

Sebab hobby aku makan pulak. So agak agak partner first date aku membosankan, aku ley mengadap makanan je. At least aku tak bosan. Haha.

Sudah laa ! Aku tade idea laa pasal benda alah nieh. Nexxtttt ....!!!

Till then,

Bye bye !

Dan Sebenarnya

Assalamualaikum,

Dengar sini orang orang kampung.! Aku nak hebahkan kepada anda kenapa aku pindah rumah daripada situ ke sini.. (intro over..maafkan saya)

Actually blog tuh banyak memory. Yelaa, first blog tuh ibarat first love..lantak pi laa ramai followers ke idok..kesah pulak kan.. (ayat nak sedapkan hati)

Aku create new blog and simpan je blog lama tuh as one of my sweet memory..kira macam nak tutup buku lama and bukak buku baru laa kiranya..

Kira aku memang transform 360 degree laa daripada blog lama ke blog baru nieh..Should say bye bye to BBC. BBC dah jadi sejarah dah now *lap air mata*

Hopefully dengan wujudnya blog baru nieh, makin rajin laa aku nak update blog.. Di ulang, hopefully ek..hahaha..

Oh yeah..lupa pulak yang dekat blog lama tuh aku ada buat cabaran 30 hari blogging tapi tak sempat siap so dengan slumber badak aku continue cabaran tuh kat blog nieh..suka hati je kan..hahaha

Till then,

Bubbye !