Bloglist Jue Jaynee

Assalamualaikum,


Blogger Jue Jaynee tengah dok cari any blog yang nak masuk bloglist dia now. Sebenarnya dia tak suruh buat entry pun tapi aku saje degil nak buat jugak sebab aku tade idea nak up entry baru hariney. Dah alang alang dok baca blog Jue nieh, aku pun buat jelaa entry pasal dia cari bloglist kan. Aci tak gitu.? Hahaha

Dah laa, make it short. Sape nak blog korang masuk bloglist Jue Jaynee, korang klik sini okeyy ! Jue nieh comel, rajin je singgah blog blogger lain sambil drop comment. Comelkan.? Haha

nota kechik chumel : Aku nak balik kampung plus holiday malam nieh. Away for 10 days. Jangan rindu aku okeyy ! Muuaahhh. Hehe

Till then,

Bubbye !

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

Assalamualaikum,


Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki - Sheila On 7

Melihat tawamu
Mendengar senandungmu
Terlihat jelas di mataku
Warna warna indahmu

Menatap langkahmu
Meratapi kisah hidupmu
Terlukis jelas bahwa hatimu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

Sifatmu nan selalu
Redakan ambisiku
Tepikan khilafku
Dari bunga yang layu

Saat kau disisiku
Kembali dunia ceria
Tegaskan bahwa kamu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

Belai lembut jarimu
Sejuk tatap wajahmu
Hangat peluk janjimu.


Till then,

 Bubbye !

Day 23 – Your dream wedding.

Assalamualaikum,

Baiklah, hari ini mari kita berangan bersama sama. Dah nama pun my dream wedding kan. Every girl mesti berangan pasal wedding masing masing sebelum tidur. Jangan deny ! Aku tau sebab aku pun berangan gak each time aku tak boleh tidur. Hahaha.

Aku berangan nak wedding yang simple simple je. Simple but nice. Barulah comel kan.


Pelamin mini nieh aku rasa kalau nak DIY pun boleh. Comel pun comel kan. Tayah nak pelamin besar godang renjis merenjis bagai. Aku tak suka. Disebabkan aku penyegan orangnya so tayah nak bersanding bagai. Mini pelamin nieh cukup buat snap snap pic je.

 

Gaya macam aku nak buat tema pink je kan. Oh tidak tidak. Aku rasa macam nak buat colour tema rainbow. Baru rare ! Hahaha


Hand bouquet guna fresh flower. Wahh. Harummm. And the last but the most important mestilah baju kan.


Hohohoii. Baju akad nikah nieh custom made by ButtonMyButton. Gojes bukan.? Sangat practical and tak membazir. Why i say so.? Sebab baju nieh, lepas nikah kau still boleh guna. Details dia tak sarat sangat. Takde laa baju nikah kau pakai sekali then dok terperam dalam almari je kan. Jimat bukan.? Haha

Semua angan angan kat atas nieh memang aku syok sendiri je. Calon groom pun tak nampak bayang so tayah nak berangan lebih lebih. Ye dak.? Doakanlah aku jumpa jodoh yang soleh dan serupa orang. Jangan serupa binatang. Eh.?!

All pics credit to google.

nota kechik chumel : Task Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently. aku malas nak buat sebab aku takde masa nak karang surat untuk orang yang menyakitkan hati.



Till then,

Bubbye !

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 & Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum,

As per entry sebelum nieh, ahad lepas aku telah selamat buat movie marathon dekat Time Square. Aku tengok dua movie nieh haa.


Aku tau aku agak ketinggalan nak tengok Istanbul Aku Datang sebab dia release lama dah. Now dah bape minggu dah tayang but still full hall ! Hebat gila ! Aku tak pernah lagi tengok cite melayu kat wayang yang dah release almost two weeks but still full. Siyes hebat ini filem !

Film Bernard Chauly memang mostly aku layan. Each time kalau kuar kat tv film Pisau Cukur ke Gol & Gincu ke mesti aku tengok. Padahal dah hafal but still tengok sebab comel. Hahaha. 1 thing aku perasan kalau dalam film Bernad Chauly nieh, wardrobe mesti ohsem. Aku fall in love dengan combination hijau-pink since first time tengok Gol & Gincu. Aku ingat lagi aku penah nak pakai baju kurung hijau ngan tudung pink time first semester kat poli dulu tapi kena gelak dengan rumet. Sabar jelah. Zaman tuh colour block belum nampak batang hidung lagi.

Eh, aku dah lari topik ek. Maap ! Haha. For me Istanbul Aku Datang was a great movie. Wajib tengok. Lawak dia, sedih dia, logik dia semua well blend. Aku bagi 4/5 stars kat film nieh.

Now lets move on to Breaking Dawn Part 2 pulak. This is the last piece of twilight. Sedih pulak bila fikir yang lepas nieh aku dah tak jumpa my hottest Jacob. Part 2 kali nieh lagi best dari Part 1. Kalau Part 1 dulu aku siap tidur sejam in the middle of movie tapi kali nieh mata aku bulat pandang layar. Walaupun ada laa nak dekat 50 kali aku menguap tapi tak sanggop nak pejam mata sebab storyline best sangat. This film pun aku bagi 4/5 stars. Aku tak bias. Haha  

Aku is malas nak taip sinopsis panjang panjang so nieh jelaa yang mampu aku review pasal dua movie nieh. So for those yang tak tengok lagi dua movie nieh, pergilah tengok ek. Tak rugi pun. 

Till then,

Bubbye !

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum,


By the time korang baca nieh, aku kat dalam wayang tengah tengok fav movie aku nieh haa. As entry yang ini, aku dah tengok semua The Twilight Saga series yang sebelum sebelum nieh. Biar laa yang Breaking Dawn : Part 1 dulu aku tido time half cerita but at least aku tengok gak laa starting and ending part 1 tuh. Bole laa daripada tak tengok langsung. Ye dak.?

Sangat tak sabar okey nak tengok cerita nieh. Tahap ke-tidak-sabar-an aku sampai aku pergi beli online tiket nieh sebab takut hall penuh. 

Aku team Jacob the hottest ! Boo team Edward boo. Haha

Best ke tak cite nieh, nanti aku review okeyy !

Till then,

Bubbye !

Day 21 – A photo of your favorite place to eat.

Assalamualaikum,

Ini favorite place untuk family aku each time kitorang nak gather time dinner.

Chop N Steak
16, Jalan Daud,
Kampung Baru,
Kuala Lumpur.

Restaurant nieh betul betul kat tengah tengah KL. Kalau korang duduk depan restaurant nieh memang KLCC tuh depan mata je. Lokasi dekat belakang Masjid Jamek Kg. Baru. Senang je nak cari. Deko kedai nieh lawa, sedap je mata memandang.


Time nieh kitorang gather sebab nak sambung bufday the only son in the family, Amsyar Asfa Fathullah, yang baju merah tuh haa. So my mamayah kata kita dinner jelaa. No cake sebab makan sini lagi sedap dari kek mama kata. Haha

Nieh antara makanan yang selalu kami sekeluarga order.

Lamb Chop. Sedap and tak liat. Just nice.

Morroco Chicken Rice. Nasi dia masak dengan butter mungkin. Lemak lemak sedap.

Chicken Chop. Al-maklum laa bawak budak kecik makan so kena laa potong siap siap tok deme.

Burger Ayam Special. Roti lembut.

Golden Chicken Blue. My all time fav kat sini.

Mango Juice. Ini aku rekeman kat korang. Sila laa order jus nieh. Memang mengancam !

My family suka makan kat sini sebab makanan dia sedap sedap then harga berpatutan pulak. Memang berbaloi baloi.

Not bad kan harga dia. 

So jom laa makan kat Chop N Steak Kampung Baru. Anda akan berpuas hati. Cewaahh ! Gaya duta restaurant. Over !

Till then,

Bubbye !

Day 20 – The meaning behind your blog name.

Assalamualaikum,

Nama blog : Oh Mieraa !
Mieraa tuh kan nama aku so kira tuh jelaa maksud disebaliknya.
Haa, boleh jawap gitu.?
Haha

Till then,

Bubbye !

Nasihat Kubur Kepada Manusia

Assalamualaikum,

Aku dapat email nieh and tergerak hati nak share dengan semua. Just one of cara kita untuk saling ingat mengingati.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

وَالْعَصْرِ
(1) Demi masa.

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَات
 وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ 
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
(3) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh,
dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran
serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran.
 
Klik gambar untuk tumbesaran yang sihat.
 
Till then,
 
Bubbye !

Jangan tinggalkan apa apa barang dalam kereta !

Assalamualaikum,

Ini kisah minggu lepas. Al-kisahnya cermin kereta my mama kena pecah dek orang yang sengal-desparedo-yang-amat. 

Kisah bermula apabila malam tuh my mama tertinggal beg kerja dia yang ada a few thousand cash and a buck of ticket bus yang value a few thousand gak dalam kereta kat belakang seat pemandu. Selalunya my mama nieh orang yang sangat particular. Smart tag pun dia tak bagi tinggal dalam kereta sebab dia kata takut ada orang pecahkan kereta. Tuh laa kan, benda nak jadi so dah tertinggal malam tuh, besok pagi mama nak g kerja dah terlopong tengok cermin kereta dia dah pecah.

Apa lagi yang mampu buat kan. Sabar jelah. Jiran kata memang selalu kes gini jadi kat kawasan rumah kitorang. Ada yang hilang laptop, beg, macam macam laa. Tiga tahun lepas kereta ayah penah hilang kat tempat yang sama gak. Kitorang memang park kereta luar pagar sebab garaj kecik so tak muat nak masukkan kereta. Lagi laa senang pencuri tuh nak rembat kereta or harta dalam kereta tuh kan.

Takpe laa. Aku cakap kat mama, benda dah jadi nak buat apa lagi kan. Sabar jelaa yang boleh. Mungkin bukan rezeki kita. Doa banyak banyak biar terbukak hati pencuri tuh biar dia tobat.

Moral of the story, korang kena laa hati hati. Malang tak berbau. Tau tau je dia datang. Be extra careful okeyy.?

Nota kechik chumel : Mama yang baru hilang beg kerja dah nangis dua hari tak henti henti, Dapat bayang tak orang yang kat Palestin tuh sedih dia macam mana.? Moga mereka tabah, doa kita selalu bersama mereka. Doakan kebebasan itu milik mereka. Amin.

Till then,

Bubbye !

Boikot

Assalamualaikum,

Entry kali nieh aku repost balik apa yang aku penah post kat blog lama. Post bertarikh 09 Januari 2009. Dah lebih tiga tahun dah. Time nieh kecoh pasal boikot boikot gak. Dah, lets go straight dont belok belok. Here the list of company yang ada sangkut paut tali barut musuh dalam selimut dan yang berkaitan dengan Yahudi Israel Laknatullah.

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby , Nescafe , Maggi , Buitoni, Nestea, Friskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

Syarikat : Disney

Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogourt, HP foods, LEA & PERRINS, Sant, Galbani, Danao, Danette

Syarikat : Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel

Produk : Perkakasan komputer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders , Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers , Lux , Palmolive , Camay , Zest , Ariel , Fairy, Signal 2 , close up, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen Dazs, Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg's, Canderel, Levi's , Raid, Heinz 

Mana mana yang aku siap bold warna merah tuh adalah benda yang aku yakin mesti korang guna or consume. Lets say product Nestle tuh. Kau cakap rakyat Malaysia mana yang tak minum Milo, Nescafe dan makan megi.??

Nak boikot secara mendadak memang payah. So bagi aku kalau kita kurangkan ke-bergantung-an terhadap barang barang kat atas nieh, at least we can make difference. Kan.?

Tak pun senang cite, kita pakai je barang buatan Malaysia. Murah pun murah. Ye dak.? Puas sikit hati korang.

P/s : Ini list tiga tahun lepas. Mungkin ada yang dah berubah but most of it still sama.

Till then,

Bubbye !

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Assalamualaikum,

Semua orang ada kelemahan masing masing kan. Kita manusia takde yang sempurna. Sometimes kita tak tau yang kita dah sakitkan hati orang. Thats why laa kena selalu mintak maap kot kot laa ada perbuatan kita yang tak sedar dah sakitkan hati orang ke kan. Who knows.

Bagi aku, nieh laa lima perangai yang akan buat aku rasa kau sangat annoying.

1. Cakap ikot sedap hati perut limpa dan segala organ yang ada pada kau.

Bang, kalau nak berkata kata tuh, cuba berkata kata ikut fakta. Jangan dok gebang sana, kelentong sini, membongak sana. Tak manis bang.

2. Judge before even know the person.

Orang kata dont judge a book by its cover. Kau cakap pandai tapi bila kau tengok bapuk jalan kat lorong haji taib sana then belum pape kau dah mengata bapuk tuh. Betul kan.?

3. Cakap besar

Kau jelaa yang hebat. Kau jelaa yang terbaik. Orang lain semua loser.

4. Emo tak tentu pasal

Ini selalu masalah perempuan tapi ade je lelaki yang aku kenal jenis emo tak tentu pasal. Datang bulan juga mungkin.?

5. Busybody

Caring dan busybody adalah dua perkara yang jauh beza.

Till then,

Bubbye !

Day 17 – How you hope your future will be like.

Assalamualaikum,

 Happy family

My own bookstore

My own property

Insyallah, amin

All pics credit to goole.

nota kechik chumel : Salam Maal Hijrah

Till then,

Bubbye !

Day 16 – Something you don’t leave the house without.

Assalamualaikum,

Waahh..lama kau abaikan blog mieraa.?? Lupa dah ke?? 

Bukan lupa cuma macam tade benda nak story. Nieh pun puas aku korek entry lama nak tengok ada idea lagi tak nak up entry baru. (over)

Task aku yang satu nieh aku syak mungkin tahun depan baru abis. Itu pun kalau aku teringat nak abiskan. Kau mampu task sebulan buat dalam masa dua tahun???

Okeyy..back to the topic mieraa. Cukup meraban. Haa, task nieh tanya benda yang aku takkan keluar rumah tanpanya. Tanpanya okeyy. Nampak skema di situ. Alaa, aku nieh simple je. Keluar umah takat bawak nieh je haa.


Beg yang kat atas nieh aku angkut hari hari pergi keje. Gabak kan.? Itu perlu sebab aku suka campak segala jenis barang dalam beg nieh. Kau nak tau barang apa.? Kau tengok nieh..


1. Make up bag
2. Purse
3. Fragrance : EDT Japanese Cherry Blossom, EDT Limited Edition Midnight Bakula, Moroccan Rose Body Mist
4. Candy : Fisherman's Friend Lemon, Eclipse Mints Blackcurrent, Cloud 9
5. Handphone : Samsung Galaxy Young
6. Keys : Kunci motor, kunci kereta, kunci rumah, kunci opis
7. Charger
8. Johnson's Body Care : 24 Hours Lasting Moisture Body Lotion
9. Office's card
10. Receipt
11. Pen

Haa amek kau..ada 11 items semuanya tapi bukan semua aku punya. Macam fragrance tuh, aku tak gila lagi nak bawak sampai 3 botol sekali. EDT Japanese Cherry Blossom adek aku punya. Dia tumpang dalam beg aku sebab beg aku kan gabak. Body mist and another one EDT tuh baru aku punya. Midnight Bakula aku pakai bila nak kuar sehari suntuk and body mist aku sembur bila takat nak kuar sejam dua. Keys tuh pulak depends laa aku bawak kenderaan apa hari tuh. Dah takkan nak kuar bawak motor and kete sekali gus pulak.

Beg merah nieh aku bawak hari hari pergi opis. Kalau nak keluar hang out, itu depends kepada kerajinan aku. Kalau aku rajin nak angkut beg, aku bawak laa beg gabak nieh. Kalau aku malas, aku tinggalkan beg nieh dalam kereta, purse and handphone je aku bawak. Haha

Handbag perempuan nieh dalam macam harta karun kata orang. Dalam beg korang ada apa pulak ek.? Sama tak macam aku.? Jom laa kongsi apa ada dalam beg korang.

Till then,

Bubbye !

Skyfall vs Pitch Perfect

Assalamualaikum,

Ewah tajuk kau mieraa, tak boleh over lagi. Alaa, bukan selalu kau tau aku pergi layan movie tanpa henti macam nieh. Since dah keje nieh, bulan nieh laa baru aku tengok wayang. Sebelum nieh, pandang kaunter tiket wayang tuh guna sebelah mata je. Ok, over lagi. Maapkan saya.

Last weekend aku belanja adek adek tengok late night movie Skyfall. Mentang mentang my mamayah balik kampung on weekend tuh, kami adek beradek pun apa lagi, selambek tengok wayang show 1030 malam. Hebat !

Aku selalu tengok James Bond nieh kat HBO je. Nieh kira first time laa tengok kat wayang. Baca review macam best dats why aku rela angkut adek adek semua pergi tengok.

Sumber : sini
Ini review aku,

- OST Skyfall yang Adele nyanyi memang best. Ok, lagu Adele mana ada yang tak sedap di dengar. Ye dak??
- James Bond yang nieh orang kata paling hensem selama 50 tahun James Bond wujud. Itu orang kata. Aku tak kata.
- Kalau kau memang tengok segala cite James Bond tak pernah miss, go watch this movie.
- Ending cerita nieh sedih sikit. Aku cakap sikit sebab aku tak nangis. Mungkin rasa mengantuk lagi banyak dari rasa sedih. Mungkin !

Itu cerita Skyfall, semalam adek aku, Nisa, dia dapat dua tiket free Premiere Screening daripada Churp Churp. Sama macam aku dapat time Paranormal Activity 4 dulu. Thanks Churp Churp :)

Sumber : sini
Sumber : sini
Ini review aku,

- Its a musical movie. Kalau kau layan cite macam Hair Spray, High School Musical, Glee, cerita nieh memang sangat sesuai buat korang.
- Lagu best, storyline best, humor sesedap rasa, pelakon sume best, eh senang cite pergi tengok cerita nieh. 10 out of 10 aku bagi.

Aku syak aku memang tak bape hebat dalam nak review movie. Kalau review makanan, aku memang pakar !

UPDATE : Pitch Perfect release kat Malaysia on 15 November 2012.

Nota kechik chumel : Korang comel, cantik, menarik, tertarik kan, tolong laa klik Churp Churp aku. Ahaks !

Till then,

Bubbye !

Tips Mengelak Bosan Menghadap Jammed

Assalamualaikum,

For those yang tatau, aku hari hari ride from Batu Cave to Damansara Intan. Jauh tuh tayah cakap laa tapi aku lagi rela ride dari kena menghadap jammed. Yang dok dekat Malaysia Barat kompom tau yang tiap tiap petang kompom hujan akan turun sampai banjir dah Johor nun kan. So demi menjaga keselamatan dan kesihatan aku kena laa bertabah bawak kereta.

Aku nieh bukan laa suka sangat bawak kereta so bila sekali kena bawak kereta then siap pakej kena menghadap jammed pulak maka aku harus mempersiapkan mental dan fizikal demi mengelakkan aku meroyan. (Eh, suka over. Tade sampai meroyan cuma separuh meroyan maybe.) Now aku nak kongsi cara cara yang akan buat bila jam menunjukkan pukul 5.30 petang kejap lagi.

1. Makanan

Hujan hujan nieh perut memang secara lazimnya akan berbunyi mintak makanan maka sediakan makanan yang mencukupi. Jangan pulak kau pegi beli nasi lemak lauk kerang. Itu over. Lagi over daripada aku. Aku dah siapkan air Bliss dengan roti dua tiga bungkus and potato chips. Haha

2. Hiburan

Kalau kereta kau boleh layan tv, cd, dvd, haa time nieh laa kau gunakan segala kemudahan itu sebaik mungkin. Aku dah prepare satu dvd drama korea dalam dashboard. Ohsem !

3. Selimut, bantal

Dah laa hujan, dalam kereta kau pasang air cond lagi. Mau tak beku kau dalam kereta kan. So sila sediakan selimut ek. Bantal tuh gunakan untuk buat kau rasa selesa. Al-maklum laa perjalanan dari Damansara ke Batu Caves akan mengambil masa dua jam.

To put everything in a nutshell (gaya tengah buat perbahasan) , selamat mengharungi jammed dan bertabahlah dalam mengharunginya.

Aku tengah bayangkan diri sendiri melayan drama korea dalam kereta, siap dengan selimut, bantal and kunyah potato chips. Orang dalam kereta sebelah mesti tekanan ke-jeles-an pandang aku. Hahahaha

Till then,

Bubbye !

Hey SPM candidate !

Assalamualaikum,

Tak terlambatkan nak wish good luck to all SPM candidate ?? Alaa. Baru lepas 1 paper kan. Tuh pun paper BM. Bahasa kita so takkan tak lepas kot. Kan ? :)

Bajet gila kau mira ! Padahal dulu time first day nak jawap SPM, kau punya cuak sampai taley tidur. Kunun eksited nak jawap paper. Abis semua orang aku mesej demi mengurangkan kadar ke-nervous-an aku. Ahaks !

Sumber : sini


Akak (Akak okeyy. Geli sangat !) Mieraa yang dah empat tahun tinggalkan sekolah nieh harap adek-adek yang nak jawap SPM tuh jawap laa elok elok yea. Concentrate on your exam tau. Jangan pikir benda lain. Satu je tips dari akak untuk adik adik,

... 

...

...

....

...

...

...

...

...

...


...











...............


JANGAN CLASH TIME BESOK NAK JAWAP PAPER PHYSICS


Kalau kau orang degil jugak, korang dapat laa result macam akak nieh haa.

Till then,

Bubbye !

Kawin Kawin

Assalamualaikum,

Dah masuk akhir tahun dah. Kejap je. Tak sampai 2 bulan je lagi kita nak say bubbye to 2012 and hello to 2013. Omgg, i is tak ready lagi nak tempuh 2013.

Okeyy. Cukup. Tayah nak buat entry macam besok nak celebrate new year eve.

Perkara normal tiap kali masuk bulan November and Disember adalah wedding di merata rata tempat. Semua pakat nak bina masjid sebab time cuti sekolah so sedara mara ley kumpul lama lama without pikir pasal anak sekolah ke exam ke apa ke. Oh, pasal keje kau belambak atas meja tuh tak dapat nak kata apa laa ! Haha

Weekend lepas, hari sabtu, My Makcik Ged ajak g wedding boyfriend dia punya cousin. Jangan tanya kenapa dia angkut aku sekali sebab aku pun agak konpius di situ. Aku tak bape sihat on that day so aku suruh dia je yang pick up aku. Aku malas nak drive. Kau boleh bayang tak aku dok tunggu dia amek aku daripada lipstick aku merah menyala turn out bibir aku pucat sebab lipstick dah pudar. Lama tak lama laa. Alasan dia jam. Ahh kau ged, kalau dah sesat tuh cakap jelaa !

Dia sampai depan pagar rumah aku pukul 3 lebih. Aku masuk je kereta dia boleh kata macam nieh kat aku,

"Dik, dah lewat laa. Kita tak payah pergi laa ek"

Eh kau, aku dah berbaju kurung moden, kau boleh cancel. How dare you ! Maka sebagai pembalasan aku suruh dia drive pergi Publika belanja aku makan kat B.I.G. Baru puas hati aku.

B.I.G = Ben's Independent Grocer
Publika Solaris Dutamas

Aku dapat info pasal B.I.G nieh daripada pak cik google. So teringin laa nak rasakan. Orang kata makan kat sini sedap. First impression masuk sini aku dah tercari cari celah mana restaurant dia. Aku nampak grocer je nieh. Sekali perhati betul betul baru laa nampak foods display dia.

Kek tempting gila weyh !

Restaurant dia alahai kecik je. Kalau lunch hour time weekdays kompom pack aku rasa. Disebabkan first time jejak so aku dengan makcik ala ala bengong sikit apa sedap kat situ so kitorang terima je apa yang pelayan kat situ suggest-kan.

Half chicken with Macaroni Cheese and Ben's Potato Salad as side dishes

Kat sini ayam dia ada half or whole je. Tade quarter sebab dia kata kalau dia buat quarter nanti kira tiru Kenny Rogers. Betul jugak kan. Haha. Ayam dia sedap. Lagi sedap daripada KR but gravy dia macam tawar sikit. Macam tade efek je makan ayam curah gravy or without gravy. Macaroni and salad pun sedap.

Nutella Milkshake

Oh milkshake ini the heaven-ness. Sedap gilaa. Nutella and milk and ais bergabung memang meleTOP ! Aku suggest korang order this milkshake when you dine in here. Kalau korang perasan aku tunjuk satu main course and satu air je kan. Kata makan dua orang?? Haa, meh aku cite, aku baca blog blog orang yang dah penah makan sini, deme kata portion kat sini besar besar. Sama laa makan Tony Romas, TGI Friday, Chilis and bla bla bla so aku dengan makcik amek semua serba satu. Sharing is loving you know.

Aku aim kek Red Velvet but makcik bagi syarat abiskan dulu main course baru bole order dessert. Oh my red velvet ! My makcik dah sama perangai macam kawan baik dia. Suka ugut ugut aku. I is setereess.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut menari nari. Eh !

Hensem sungguh Red Velvet itu !

Kek dia lembut, sedap, ahh ! Teringat ingat dok kunyah kek nieh till now. Total up everything RM 60 something. Berbaloi okey dengan ke-kenyang-an dia.

Itu cerita hari sabtu, ahadnya pulak aku pergi wedding cousin Yuyu. Haa, kali nieh betul betul pergi. Tak melencong ke tempat lain pulak. Haha.

Wedding took place dekat masjid so aku transform-kan hoodie dari Qala Qisya jadi selendang. Ahaks !

Adam Hariz and Afiqah Husna. Pic snap by Amira Handayani.

Datang wedding nieh demi dua makhluk tuhan paling gebu ini. Notice our nama tak?? Adam Hariz, Afiqah Husna and Amira Handayani. Yess ! Initial kami sama ! AH AH AH. Comelkan kami. Hahaha.

Tak banyak snap pic hari ahad nieh and i dunno why. Mungkin hujan telah menyebabkan aktiviti snap snap pic jadi terbantut. Haha

Nota kechik chumel : Lately nieh hari hari hujan. So sila jaga diri dan kesihatan anda. Pandu dan tunggang dengan selamat okeyy :)

Till then,

Bubbye !

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433 H

Assalamualaikum,

Dah terlambat ek nak wish Selamat Hari Raya Qurban.? Alaa. Kira halal laa yea. Bukan aku tanak wish awal awal but aku kan suka buat entry bergambar, baru laa meriah but then adik aku, Anggie, dia ada competition Bicara Berirama kat Melaka nun haa so dia rembat camera tanpa transfer pic raya aku ! Arghh. Dah kena tunggu dia balik baru laa dapat post entry nieh. Tekanan aku.

Raya korang camne.? Raya aku biasa biasa je. Bangun pagi, g solat sunat raya, balik rumah, makan, tidur. Hahaha. Kat rumah aku nieh raya haji tak meriah mana tapi aku tengok orang lain siap buat rumah terbuka lagi. Meriah uolss.


Malam first day of raya tuh ayah (Akak's father) buat birthday celebration untuk ibu and adik. Siap ada banner kau. Aku jeles. Aku hope bufday aku nanti ayah buat banner macam nieh jugak. Eh !

Si gedik nieh pun ada (si gedik merujuk kepada makcik. Bukan ibu.)

Meriah gila bufday celebration ibu ngan adik nieh. Aku rasa macam satu taman laa datang.

Siap ada karoke. Hebat ! Yang tengah nyanyi nieh laa ayah.

Gambar ibu tade sebab ibu the busiest women malam tuh. Kejap g depan, kejap g dapur. Ulak alik last last sendiri penat. Haha

Three of us. Makcik Ged, Me, Akak.

Disebabkan aku datang sorang so aku malas nak drive malam malam dari Beranang ke Batu Caves so aku tidur situ je.


Esoknya adalah majlis tunang aku cukur jambul anak sepupu Akak kat Kg. Baru. Majlis start pagi tapi aku ngan Akak tengah hari baru sampai. Biasalah, pandu cermat jiwa selamat. Padahall .........teett..

Le Baby - Err..Aku lupa laa apa nama baby nieh. Soryyyy

Kerja aku snap pic budak budak kecik nieh je. Comel !

Tiara

Syuhada

Umairah

Trio baby

Sudah laa. Sakit mata aku dok pandang gambar kuning semua. Tekanan ! Oh last. Menu hari tuh ada pulut kuning. Sedap ! Dah lama tak makan.



Till then,

Bubbye !