Konsert Reunion Exists 2019

Assalamualaikum,

Niat hati suci murni aku sebenarnya nak update sebulan sekali. Konon nak buat recap every month laa tapi manusia kan, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Yes, bullshit memang. Kau yang malas then nak bawak bawak nama tuhan.

Sahaja aku blog about this sebab aku tanak lupa this moment. Never once aku mimpi nak tengok Exists nieh buat konsert sebab knowing Malaysian yang tak berapa nak support local, siapa je yang nak labur duit bagi Malaysian artist buat konsert kan. But they did it!! Gilaaa!!

Last Saturday (28/09/2019) dorang buat konsert reunion dekat Stadium Melawati Shah Alam. Venue sama aku tengok Konsert Reunion Dewa (02/02/2019). Yes, aku tak blog pon pasal tuh sebab blog aku kan terhenti dekat January 2019 hee....

That day aku kerja half day. Balik kerja konon nak rest kejap then terus siap gerak awal laa kononnya but, aku tertidur. Bangun tidur dah pukul 5pm. Kibut terus siap. Oh lupa...konsert nieh first time aku pergi reramai. Selalu pergi konsert berdua je. Kali nieh pergi 9 orang termasuk aku!! Kecoh!!


Eh macam dah lama tak letak muka sendiri kat blog kan. Even bangun dah pukul 5pm, sempat mandi, full face mekap eh.


Dari rumah ke Sunway nak pickup Azlin (kawan nisa) elok molek je cuaca. Sampai ke MSU tetiba dah gerimis. Bila u-turn je nak ke stadium tuudiiaaa hujan lebat nak mampos. Jam dah pukul 7pm. Cuak dah nieh. Takkan nak redah basah basah. Dah laa parking jauh sebab lambat. Maka duduk laa kejap dalam kereta nak tunggu reda sikit. Kereta depan kitorang dah elok parking tapi tak reti nak tutup lampu so here the silau pose acah BBNU 😏

Last last skali decide to just redah guna payung yang ada dalam kereta. Jumpa akak dengan adik dia dekat walkaway nak ke stadium, beli makanan alas perut sebelum menjerit then lets go to the stadium!!

Before konsert start

Dah umur 28 nieh, i decided to just enjoy the show seated. Tak rasa nak melompat menggedik di bawah dah. Penat dah kot. Cukuplah dulu. Kita behave sikit sebab kalau dekat bawah tuh, walau umur dah 38 pun aku tak yakin aku boleh behave 😬

Sepanjang konsert takde snap gambar. Just ada few video buat kenangan. Back to last July, Exists ada buat Konsert Minggu Ini RTM dekat Angkasapuri. Aku, akak dengan nisa went there dengan excited. The show was okay, average laa sebab Ezad menyanyi pun dengar semput di hujung hujung and Mamat suara serak maybe they forced themselves too much or lack of practise kot. So waktu dorang annouce tarikh konsert, I wasnt expect much pun. Just nak cherish the memories back then waktu sekolah jelah. Takde nak harap good music, good voice.

Tetapiiiiii..the konsert night was hebat!! They practise so well. Suara Mamat was good. Ezad superb nak mampos suara sama macam dulu. Aku jarang menghargai music but gitar Along ya tuhan aku cair.

Gila!! Aku tak sangka dorang boleh deliver the konsert macam tuh. Siap ada lirik dekat stage. Dah macam sesi karok beramai ramai kau tau. Stadium penuh!! Except yang dekat bawah sebab well, yang datang pun kau rasa dah umur berapa. Semua datang just nak layan lagu jelah. Takde nak terkinja dah sebab umur pun dah banyak.

Row depan kitorang paling bertenang. Duduk hadap dengan sing a long gitu gitu je tapi kitorang kat belakang dah macam monyet menjerit terpekik terlolong belum kira badan menyotong lagi.

Tengok orang penuh stadium malam tuh, im so proud of them. Jarang Malaysian jadi supportive begitu sekali. Hope yang tukang sponsor konsert nampak laa semua nieh so dorang yakin nak invest buat konsert artist lain pulak. Spider, please?


After konsert. Muka happy, muka puas


Talked about Exists kan. Aku tak tahu how korang value their music but untuk aku, lagu lagu Exists tuh inside joke aku dengan akak. We use the lyric to menganjing or selit dalam conversation then gelak macam orang gila padahal orang lain blurr tak paham ape hahahahaha



We did it, beb! Kita pergi konsert Exists and layan mdtk sesama. Sweet memory dah tuh. Cukup dah buat senyum sepanjang hayat.

MDTK paling sempurna

Aku typing sambil layan playlist Exists dekat spotify nieh haa. Ya, tak move on! Tak tahu laa sampai bila simptoms nieh nak habis.


Till then,

Bye!!