Eh eh, tak sangka aku rajinkan.?? Impress dengan diri sendiri. Boleh.? Hahahahahaha
Dah sebulan aku konvo, baru sekarang aku nak update blog. So kira aku rajin ke tak sebenarnya nieh.? Hmm....
Aku konvo pada 11 April lepas. Kiranya sekarang aku dah bergelar graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan laa.
Ini muka berminyak graduan poyo dengan bunga curi. Aku tak suka orang bagi aku bunga tapi aku suka curi bunga orang. Pelik tapi benar.
Konvo hari khamis (11 April) tapi aku dah turun Kuantan since hari rabu (10 April) sebab ada raptai.
Sejak abis study tahun lepas, time raptai tuh laa baru jumpa balik semua member member poli nieh. Ada yang dah jadi tunang orang(ehem ehem), bini orang, mak orang. Macam macam orang lagi. Aku je yang maintain status. Bangga pulak status aku kekal. Hahahahahaha
Dah laa. Aku tatau nak taip apa dah. Jom kita layan gambar on the day aku konvo jelaa yea.
Muka fresh awal pagi time beratur and time duduk dalam dewan.
With Yuyu and Ina.
Syaheera, Me, Yuyu and Miera Isa.
With Syaheera and anak kesayangan dia.
With Bihah.
Ini je rasanya muka muka yang terakam dalam memory camera aku. Yang lain ada je jumpa tapi tak sempat nak snap snap pic. Kecoh berjumpa sampai lupa nak abadikan kenangan. Takpelaa. Nanti buat reunion lagi 10 tahun kita snap pic puas puas yea. Time tuh mesti semua dah berubah so lagi teruja nak snap pics kan. Hahahahaha
Niat sebenar aku nak guna pakai tema Sweet-Innocent-Kampung-Girl on that day since poli wajibkan semua graduan perempuan islam pakai tudung putih. So aku pun carilah tudung bawal kosong RM 10 kat Kenanga Wholesale then padankan dengan baju kurung kapas bunga kecik kecik. Bajet nak pin 3 je tudung tuh sekali pin tertinggal kat kereta Yuyu. Maka dengan berbekalkan jarum peniti, itulah hasil paling kreatif yang aku mampu hasilkan. Lari tema tapi dah nak buat camne. Nak tukar dah macam kecoh sangat je gayanya kat dewan tuh. Ciss.
Last pic.
One happy family at home ! (without adek adek yang masih bersekolah sebab konvo weekdays.)
Kepada yang terlibat secara langsung, terima kasih atas kerjasama kalian. Kepada yang terlibat secara tidak langsung, terima kasih atas ucapan dan doa kalian. (ayat ucapan kena poyo.)
Till then,
Bubbye !
No comments:
Post a Comment