Good Day or Bad Day, I Choose ! :)

Assalamualaikum,

Hari Jumaat sinonim sangat dengan kemalasan sebab dok terbayang bayang indahnya cuti weekend yang akan bermula pukul 5.30 petang lepas balik keje nanti. Yea, aku laa tuh yang selalu ada perasaan malas tuh. Hahahaha.

Hari nieh tak bermula dengan baik pon sebenarnya. Semalam aku sampai umah tengah malam tepat pukul 12. Al-hasilnya pagi tadi aku bangon lambat. Padahal dah set alarm dah pukul 7 pagi tapi alaa biasa laa kan kita akan stop alarm then bajet nak lelap 5 minit but lastly sedar balik dah pukul 7.45 pagi hoyy !!! Kibut aku siap. Padan muka. Lelap mata 5 minit konon. Puihh.

Dalam pada dah lambat tuh, aku sempat tengok Ain tengah sedap layan Micky Mouse Club House sambil baring atas katil. Heaven-nya hidup kau kan Ain. Sebagai kakak yang baik, aku memang pantang nampak adek adek aku bersenang lenang so aku kacau laa dia. Last last aku kuar umah pukul 8.30 pagi. For your info, ofis hour aku start pukul 8.30 pagi. Yea, aku memang buat opis nieh macam bapak aku yang punya. *sorry bos. My bad! I know*

Pagi nieh cuaca kat KL tak berapa nak bagus. Pagi pagi dah ujan but nasib tak lebat mana. Ala ala gerimis mengundang je. Oh yes ! Tengah jalan tadi motor aku buat hal. Enjin mati 5 6 kali kat tengah jalan. Sabar sangat. Motor lain dah hon hon sebab berhenti tepi highway. Yea, aku tau laa bahaya tapi enjin motor aku berhenti tetiba kot. Nasib baik sampai jugak kat opis kesayangan (rolling eyes) nieh.

Sampai opis, tengok henset, nak check kata kata motivasi yang henset aku nak bagi hariney. Oh aku install 1 application nama "My Diet Coach". Kat apps tuh boleh set random motivational quote tiap hari and quote untuk aku hari nieh adalah.........................

Gambar curi dari instagram sendiri.

Secara logiknya kalau ikot dari situasi aku bangun tidur sampai laa aku berjaya jejak opis nieh, memang aku patutnya kata hari nieh bad day aku. Really BAD day but bila baca je motivational quote nieh terus aku senyum. Yes, actually semua depend on kita. Kalau kau dah set yang hari nieh hari buruk kau (baca : your bad day) maka buruk laa jadinya. Kalau kau set vice versa everything will turn upside down. So instead aku bermuram durja, aku memilih untuk smile and shine bright like a diamond. Hidup kalau asek moody je tak seronok jugak. Smile laa weyh ! Tak rugi pon. Lagi awet muda adalah. Hakhakhakhakhak

Untuk hari ini, either its good day or bad day, i choose the good one ! Happy me :)

Nota kechik chumel : Bila aku baca balik entry aku nieh lagi sekali, aku sedar yang aku lebih banyak merapu. Benda aku nak kongsi pasal quote tuh je sebenarnya. Hakhakhak. Nasib laa kan.

Till then,

Bubbye !

No comments: