Selera music aku tak tentu. Ada hari aku dok layan lagu evergreen sepanjang hari. Ada tuh pulak lagu jiwang sampai diri sendiri rasa depress. Kalau mood aku ok, macam hariney, playlist aku akan mix lagu ntah apa apa.
Aku layan je kpop but not so into it. Takde laa tahap hardcore. Now banyak sangat group baru so aku dah tak ter-catch up. Banyak lagi benda lain aku kena ingat selain daripada group group kpop tuh. Cewaahhh. Poyo !
Aku jarang download lagu. Playlist dekat henpon pon tak bape nak ber-update. So aku memang bergantung harap kepada youtube. Setiap hari aku akan list-kan a few songs then lagu lagu tuh akan keep repeating sepanjang aku buat keje kat opis. Since hariney keje aku macam tak bape nak banyak and jari macam rajin nak exercise so meh aku kongsi playlist aku hari ini.
1. Comeback When You Hear This Song - 2PM
Since aku adalah HOTTEST sejati, lagu nieh memang wajib ada dalam playlist minggu ini. Dah 2 tahun 2PM tak keluar dengan lagu baru so aku memang look forward laa dengan lagu nieh. Aku suka Taec punya rap. "mianhae geurigo saranghae" (i'm sorry and i love you) Ohemjiii cairrrr...
2. Rain Sound - B.A.P
Aku suka tang chorus dia. Selain tuh aku suka hujan kaler hijau dia. Boleh.? Hahahahahaha
3. Lelaki - Yuna
"Oh lelaki, tak guna ku berikan semua.................."
4. When I Was Your Man - Bruno Mars (Cover by Max Schneider & Kurt Schneider)
Aku lagi suka cover version nieh daripada original version from Bruno Mars. Bunyi dia macam lagi romantik. Maybe alat musik tuh memainkan peranan penting dalam membuai emosi aku. Puiihh. Hahahahaha
List selepas ini adalah lagu lama. So aku just put video, tajuk and singer je yea.
5. Oh Teganya - Tangga
6. Especially For You - MYMP
7. Only One - Yellow Card
8. Menghitung Hari 2 - Anda (Male version of Menghitung Hari by Krisdayanti)
9. Haruskah Ku Mati - Ada Band
10. Kini - Feminin
Lagu last yang paling old school sekali aku rasa. Lantakkan. Asalkan aku suka dengar. Hahaha
Enjoy.
Till then,
Bubbye !
No comments:
Post a Comment