Tips Percutian Bajet. The Less The Better.

Assalamualaikum,

Pertama sekali sila abaikan idiom ke laut aku tuh. Ke memang wujud idiom sedemikian rupa.? Aku dah lama tinggalkan english class so ke-bangang-an aku memang agak melampau.

Tips aku nieh rasanya sesuai untuk student yang plan nak pergi bercuti tanpa menyusahkan mak bapak. Lain laa kalau mak bapak kau duit berlebih then itu bonus maka sila bersyukur. Juga sesuai untuk yang dah bekerja tapi hutang keliling pinggang (PTPTN, loan kereta, loan rumah, loan personal nak kawen. Eh.?!) tapi still ada nafsu nak bercuti, lets high-5 ! Kita serupaaa. Here, the tips....

1. Rancang Awal Percutian Anda.

Lagi awal kau rancang, lagi bagos. Rancang dua tiga tahun awal pun pedehal. Kau punya plan so suka hati kau laa kan. Rancang awal nieh bukan apa, kau boleh plan baik punya and kau tak rushing. Penah dengar, biar lambat asalkan selamat.? Yea, macam takde kena mengena tapi still boleh apply. Contohnya, aku nak pergi Universal Studio Singapore (USS), dah rancang since awal tahun. Padahal nak pergi akhir tahun.

2. Tentukan Bajet.

Lepas dah decide mana kau nak pergi, terus buat bajet kasar. Kenapa bajet kasar.? Sebab mungkin akan berubah bila ada promotion or what so ever.

Contoh bajet kasar.

Jangan over bajet ! Under bajet adalah digalakkan. Nama pun The Less The Better. Lagipon bila dah tentukan bajet, senang korang nak kumpul duit sebab dah nampak dah berapa nak kena save untuk plan tuh.

3. Google.

Bersahabat baiklah kalian dengan pokcik Google. Cari segala info yang berkaitan dengan percutian kau. Thats why aku kata kena rancang awal so bila kau rancang awal, kau ada banyaakk masa nak google. Cari travelog or any review from blogs/forums yang dah penah pergi or bincang pasal tempat yang kau nak pergi tuh. At least kau dah ada basic info mana nak stay, transport paling mudah dan murah and so on. From google jugak kau boleh tau mana mana promotion yang ada.

4. Promotion.

Air Asia, Tune Hotel, Groupon.my, Streetdeal.my and banyak lagi website yang tawarkan promotion murah melampau yang digemari oleh golongan on tight budget. Korang kena selalu tengok website website nieh sebab promo deme nieh ada tarikh tarikh tertentu. Maka sila laa keep update jangan sampai korang terlepas promo promo hebat dari website tuh.

Air Asia tengah buat promotion hoyy ! Aku beli tiket return ke Johor just RM 58 all-in-fare.!!

p/s : Aku dengar dengar kalau nak terbang ke Borneo, naik Malindo Airlines lagi murah and kalau nak ke Jakarta, naik KLM - Royal Dutch Airlines pun murah. Aku dengar dengar laaa tapi tak pernah try lagi.

Ada promotion for those yang nak pergi USS in this month ! More info klik sini.

5. Well Prepare.

Sebelum gerak nak pergi holidays tuh, check laa segala keperluan make sure sume lengkap. Jangan sampai kat destinasi baru terhegeh-hegeh nak beli sebab selalunya peniaga kat tempat perlancongan nieh suka tekan harga.

Tuh je rasanya tips yang aku nak share. Aku buat entry nieh pon sebab tengah survey pasal aku punya travel bajet ke uss. Dah alang alang aku kongsikan jelaa apa yang aku jumpa kan. Sharing is caring plus saja nak buat kenangan. First time arrange travel sendiri so agak eksited. Selama nieh my mama je yang settle sume.

For those yang tengah planning nak bercuti, good luck ! Tak kira ke mana or berapa besar bajet anda, yang penting kepuasan. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Have fun !

Till then,

Bubbye !


No comments: