Restoran USJ Murni Discovery, USJ Taipan.

Assalamualaikum,

Ini kisah minggu lepas. Al-kisahnya aku telah di bawa untuk dinner kat sini sebab orang yang bawak tuh kata makan kat sini sedap. Maka marilah kita cuba.

Pic credit to owner here.

Oh sebenarnya waktu aku kena heret ke sini, dah pukul 10pm dengan mata mengantuk and badan penat sebab balik keje terus kena culik paksa siapkan keje. Grrrr. So aku malas nak keluarkan henset snap snap pics bagai. Sume pics aku cilok dari official fb restoran nieh je.

First impression aku kat restoran nieh adalah oh mak aii, ramainya manusia. Penuh okey. Nasib laa kitorang sampai terus dapat meje. Kalau tak aku tatau laa bape lama kena tunggu.


Aku order air yang tengah tengah tuh. Mango Special namanya. Special sebab ada beberapa ketul buah tembikai and laici di dalamnya. Siyes sedap. Dapat ku bayangkan minum air nieh di kala cuaca panas membahang macam sekarang. Ahh, heavennya !!


Nieh air orang yang heret aku ke restoran nieh. Nama dia aku ingat ingat lupa. I Love You kalau tak salah nama dia. Yess ! Nama mocktail kat sini memang comel comel. I Love You, I Kiss You, I Miss You sume ada. I Love You nieh campuran soda + ribena + lemon + laici. Memang sedap laa kan. Slek aku tak berani nak minum banyak sebab ada soda. Aku dengan soda musuh ketat so dapat rasa sikit sikit je. Ruginyaaa..

Nah aku tepek menu mocktail dia. Nak tengok menu lain sila laa rajinkan diri klik fb restoran nieh.


Ini makanan kami untuk malam tuh. Nasi Goreng Chicken Napoleon. Chicken Napoleon tuh adalah hotdog yang dia balut with ham and cheese. Hebat gila kau rasa dia. Makan dengan nasi goreng siap ada side dish fries, telur mata and keropok. Aku tengok portion makanan kat sini sume stok gabak gabak so kitorang order satu je makanan. Takot tak abis and last last memang betul pon tak abis. Kalau dah kongsi pon tak abis aku tatau laa camne kalau order asing asing. Pembaziran sangat.

Overall aku rasa best je makan kat tempat nieh. Boleh pergi lagi tapi kena tau jalan laa. If orang macam aku yang buta jalan nieh, kena tunggu orang bawak baru laa boleh pergi. Kalau tak, kau merengek rengek jelaa tengok ada orang layan ke tak. Hahahahaha

Till then,

Bubbye !

No comments: