Day Trip: Cameron Highland

Assalamualaikum,

Somewhere in October last year, couldnt remember the exact date sebab typical amira, memory capacity dia dah overloaded. Semua benda lupa boo! Okay sambung balik. My cousin and her friend serta anak anak mereka datang rumah. Bercuti laa kiranya for a week. As tuan rumah yang baik ehem ehem kita biarkan laa deme berjalan ikot suka hati sebab bukan first time pun datang KL. Dua tahun lepas dah penah datang dah. Tapi macam tak best pulak kalau biar teros so on weekend, bawak laa deme naik Cameron nun tapi day trip je.

Konon nak naik lepas subuh tapi around 9am baru gerak yea tuan tuan dan puan puan. Hek eleh betol. Sampai pun dah tengah hari sebab drive bertenang tenang takde benda nak kejar. First pit stop dekat Cameron Valley Tea House. Lepak ngeteh kejap situ sebab kitorang bawak 3 budak kecik so kena bagi bebudak tak cranky. Baru sedar first pit stop nieh takde gambar nampak sangat semua barai duduk dalam kereta dari KL ke Cameron.

Habis dari situ kita lunch dekat Old Town sebab itu je yang senang? Ke sebab itu je yang aku nampak dulu time perut tengah lapar? Lantak situ. Dah habis lunch sambung jalan lagi and this time we stopped dekat Cameron Lavender Garden. Dekat sejam jugak kat situ. Ke lebih?


Entrance Fee RM10 for adult and budak free je rasanya (ampun weh sumpah lupa). Orang kata dalam nieh ade ais krim lavender sedap tapi aku tak rasa pun sebab err perut kenyang lagi so macam tak pikir pulak nak merasa pape makanan?


Im not a big fan of lavender so masuk sini just amaze with the view jelah. Tapi kan weh tempat nieh takde laa bau wangi macam lavender perfume yang orang jual tuh. Aku siap cium lagi bunga tuh punya nak bau original bunga lavender tapi still haram tak bau ape. Ke hidung aku tersumbat weh time tuh? Konpius laa.


Farm nieh ada dua tingkat. First floor penuh lavender kiri kanan depan belakang and kat atas pulak ada bunga matahari. Kalau kau tanya aku yang tak bape nak minat bunga nieh, aku takde laa menikmati sangat farm farm gini. Dah masuk sekali, takkan repeat dah kot. Cukup laa tuh aku pun bukan reti menghargai bunga huuu

Dari situ terus tuju Bharat Tea Plantation semata mata nak menghadap iniiiiiiiiii


Ya Allah breath taking sangat hijau sejauh mata memandang. Rasa hilang penat stress serabut otak semua. Aku duduk menghadap daun daun tuh ada laa setengah jam kot? Ikut hati nak stay lama lagi tapi kau jangan lupa kau datang dengan mak mak beranak pinak. Bak kata Vivy Yusof, travel with kids nieh kita tak bole nak cafe hopping, jalan jalan ikot sedap kau je. The kids are the boss. Kau kena tengok mood dia macam mana and tak bole nak penuh sangat aktiviti sebab nanti deme penat. Kalau deme penat, deme cranky. Kalau deme cranky, kau emosi. Bila dah emosi maka balik jelah. Sekian.

I will definitely come back to Cameron just for the view. Dah siap berangan nak makan scone, hirup passion fruit tea sambil hadap semua nieh ya ampun nikmatnya. Baca pulak novel yang hero dia tall-dark-hensem haa dah. Jangan kacau amira dah time tuh.

Maka itu sajalah day trip ke Cameron Highland. Macam hek eleh je kan masuk dua tempat je tapi better laa dari tak jejak langsung. Insyallah ada rezeki kita datang lagi. Amin.

Till then,

Bubbye!

Eh jap! Aku lupa kalau nak masuk tengok tea plantation tuh kena bayar dalam RM2 ke bape ntah tapi bawah RM5 laa.

Kbye!

No comments: