Sweet Escape : Genting Highland.

Assalamualaikum,

Jerebu makin terok hoyy kat area KL-Selangor nieh. Last rasa terok gini time aku form 2, tahun 2005, yang sampai isytihar darurat tuh. So to all of you out there, be extra careful. Keep indoors and sila laa minum air bergelen gelen. Kang sakit korang gak yang susah.

Ok, sekian mukadimah hari ini. Aku nak cite yang semalam (23/06/13) aku pergi Genting. Yelaa. Tengok tajuk pon dah tau kan. Kenapa sweet escape.? Sebab pergi sehari je. Nak letak short vacay cam over sangat laa pulak kan.

Sumber : sini

Amek yang RM 60 nett untuk sorang include bus fare (return) + skyway (return) and outdoor theme park. Berbaloi kan.?  Lain kali aku nak try yang buffet lunch kat Coffee Terrace tuh pulak. Itu tunggu next punya kerja gila.

Oh, kalau korang plan nak pergi weekend, better beli tiket awal. Takot tiket abis kalau walk in. Aku nieh pun beli tiket siap siap hari Jumaat (okey bukan aku yang pergi beli tiket. Thanks kepada yang pergi beli tiket dan tolong bayarkan sekali). Time aku pergi nieh tak ramai sangat pun umat manusia. Ramai tourists je. Mungkin sebab haze kan. Sape nak kuar umah time haze terok gini gaya.

Plan nak pergi Genting dah lama sebenarnya tapi dok tangguh tangguh sampai last last aku fedup. Nasib finally jadi gak. Kalau tak ada yang naik Genting tuh sengsorang. Baru puas hati aku !


Itu muka mengantuk di pagi hari. Kitorang naik bus pukul 8.30pagi from KL Sentral. Sampai kat skyway pukul 930pagi. Ngam ngan sejam. Naik skyway adalah dalam setengah jam then sampai sampai terus dua dua kebulur cari mana nak breakfast. Breakfast kat Mcd for 2 orang sampai RM 30. Oh biasa laa kan..atas bukit harga kena lagi up !


Last aku masuk theme park nieh tahun 2009 right before daftar poli tapi tetiap tahun mesti at least sekali naik atas nieh sebab ayah suka buat kerja gila. Naik Genting semata mata nak makan. Takde keje sangat kan. Mentang mentang Genting belakang umah je.


Cuaca kat Genting semalam okey je. Tak jerebu tapi tak sejuk sangat. Sweater aku elok berlipat dalam beg je. Tak bawak keluar langsung. Memenatkan aku je. Kalau tau baik aku lenggang kangkung naik atas tuh. Huh !

Masuk theme park around 11 lebih lebih camtuh laa. Almost all rides kitorang naik. Oh except yang children and family punya rides. Aku bising bising nak naik monorail tapi orang sebelah jeling sambil cakap "Nanti turun bawah you topup Touch&Go 30ringgit pastuh you naik monorail dari KL Sentral sampai Titiwangsa. Okey.?" Sarkastik sangat orang sebelah aku tuh sekarang. Fine !

Oh, for those yang nak ber-ghumbira di outdoor theme park Genting tuh, aku ada a few benda nak share.

First, kalau korang plan nak naik Sungai Rejang Flume Ride, better korang naik ride tuh last sekali. Time nak balik dah sebab basah kuyup okey naik benda tuh. Kitorang main benda tuh awal awal pastuh sampai balik umah seluar aku still lembab lembab. Kepam gila !

Sungai Rejang Flume Ride.

Time nieh masing masing dok sedapkan hati. Ala, basah sikit je nieh.

Puas hati kau ! Seluar dua dua kuyup. Rambut dah macam baru lepas mandi. Nice !

Second, Fun Kart Grand Prix. Yang nieh kalau korang dah penah main go kart, tayah laa bazir masa dok beratur nak main benda alah nieh. Membazir masa. Kitorang beratur dekat sejam. Main takat bape minit je. Main pun pusing pusing satu round je. Rasa buang masa sangat tapi nak buat camne. Dah setengah jam beratur kalau aku tetiba kata tak jadi main, memang kena lempang gamaknya.

Dah laa kalah pulak tuh. Memang takkan aku main dah ride nieh.

Lastly, for those yang gayat, lupakanlah mainan bodoh yang satu nieh. Semalam first time aku naik. Itu pun sebab kena seret. Melampau sangat pulak tinggi dia. Kalau sikit sikit aku boleh buat muka toya lagi. Ini tinggi 185 kaki. Speed turun bawah 67km/h. Tang kat atas sekali memang cantik pemandangan dia. Satu Genting tuh boleh nampak. Best gila just aku tak suka tang turun je sebab laju sangat. Kalau slow kan sikit maybe better. Boleh.? Hahahaha

Bodoh bodoh ride nieh pon dua kali gak laa aku kena seret naik. Damn gila.

Tuh jelaa kot yang aku boleh cite. Nak cite lelebih pon takde pic tak best gak kan. Al-maklum laa kami naik atas tuh tak bawak kamera. Eleh tapi kalau bawak pon bukan snap pics sangat sebab dedua teruja lebih nak main. Takde masa nak snap pics. Nieh pon mana yang sempat je.

Naik bus balik KL Sentral pukul 830malam. Puas hati 12 jam kat Genting tuh. So far kalau korang stress kerja ke study ke boleh laa release kat sini sebab keje menjerit je kan. Seronok. Lagi best kalau pergi ramai ramai aku rasa. Main kat Genting nieh 3 tahun sekali boleh laa. Kalau setahun sekali macam bosan sebab mostly rides yang sama je. Kalau ada yang baru pun 2 3 rides je.

Ok, wishlist aku yang satu nieh dah boleh tick done. Lepas nieh tayah meroyan dah.

Eye bag sebeban. Muka kosong tanpa warna. 

Till then,

Bubbye !!

4 comments:

Unknown Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

Xde jerebu ye kt ats? So dpt la hirup udara segar jap ye? Plan nk naik sana sabtu ni saje jln2 amik udara segar dh rs sesak nafas kt kl jerebu hehe.. thanks for the info psl jerebu xde kt genting lega huhu

Mieraa Handayani Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

@Unknown

Jerebu takde..maybe sebab tinggi sangat genting tuh so jerebu tak larat nak naik atas..hahahaha..welcome..enjoy your trip okey ! :)

Nurfadzlyana Pasbullah Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

Amira..aku rasa kau boleh buat 1 entry utk aku. Sbb aku dah semakin xkenal diri aku. Mungkin kau boleh ingat aku psl diri aku ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Nurfadzlyana Pasbullah Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

Amira..aku rasa kau boleh buat 1 entry utk aku. Sbb aku dah semakin xkenal diri aku. Mungkin kau boleh ingat aku psl diri aku ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA