Beanieplex, Setia Walk Mall Puchong

Assalamualaikum,

Al kisahnya ada orang tuh tengah learn from mistakes. Kau nampak aku letak word 'S' after mistake tuh.? Nampak tak betapa banyaknya kesalahan orang tuh.? (aku memang suka ingat semua salah orang tapi salah sendiri buat buat lupa. Nasib kau laa!) Maka now pape plan semua arrange last minit. Nak tengok wayang pukul 630pm, pukul 3pm baru gitau aku. Hebat.

Pic credit to Google.

Korang penah dengar pasal Beanieplex kat TGV nieh.? Aku dapat tau since tahun lepas tapi semalam baru first time try. Beanieplex nieh just ada kat a few TGV je. Ada kat TGV 1st Avenue Penang, TGV Bukit Indah Johor, TGV One Utama, TGV Setia Walk Puchong, TGV Sunway Pyramid and TGV Tebrau City Johor.

Disebabkan ada orang meroyan nak tengok Fast & Furious 6 kat Beanieplex jugak, maka gagah laa dia usya kat mana je Beanieplex yang available. Last last kat Setia Walk Mall je ada. Dua dua blurr celah mana mall nieh sebab first time dengar. Rupanya dekat Puchong. Dekat area area IOI Mall. Thanks to Waze maka selamatlah sampai tanpa sesat.


Sampai awal so sempat laa melawat kawasan. Tempat nieh baru bukak aku rasa sebab tak banyak kedai pon lagi. Dalam mall still kosong. Just ada TGV, Celebrity Fitness and satu booth jual spek mata. Thats all. Kat luar semua restoran je aku nampak but more to western, chinese and korean food. Yang aku pasti halal Kenny Rogers je. Yang lain korang kena tanya dulu laa status ke-halal-an dia before terjah. Aku nampak korean food mula laa mata bersinar sinar tapi orang sebelah dah laju jalan 10kilometer ke hadapan. Cehh. Dasar manusia anti kpop sungguh.


Ahaks. Korang jangan terkejut beruk lak kalau nampak ada bebudak mandi kat kolam super cetek kat tengah tengah mall nieh. Memang boleh mandi kat sini. Cool right ! Santai gila. Depan deretan restoran ada kolam cetek je but ok laa kalau bebudak nak main. Mak bapak boleh usya dari tepi sambil lepak makan. Siyes best.


Ada orang tengah syok jalan ke depan tetiba terjerit sebab suddenly air keluar dari lantai. Nasib tak basah seluar. Hahahahaha. Padan muka. Lari lagi bila aku tengah teruja nampak korean restaurant kan. Inilah yang dinamakan jangan disangka lantai yang tenang takde air memancut keluar. Hahahahaha

Eh, aku bukan nak cite pasal Beanieplex ke. Ahh. Lari topik sungguh. Mari kembali ke pangkal jalan.


TGV kat sini super luas. Suka aku tengok sebab takde laa manusia bersesak sesak kan. Cuba kalau TGV KLCC tuh dia buat luas gini gaya. Mesti syorga.


Siap ada kerusi untuk ruang menunggu. Nasib laa mall nieh jauh dari umah, kalau tak memang aku anugerahkan dia sebagai tempat fav aku tengok wayang laa.


Yang nieh pulak ruang menunggu lepas korang koyak tiket tuh. Besar kan. Korang kena try masuk TGV Setia Walk nieh barulah korang rasa ke-jakun-an yang aku rasa semalam.


Beanieplex nieh istimewa tang kerusi dia laa. Guna bean bag tuh. So korang rasa macam tengok wayang dekat umah atas sofa. Selesa gilaa laa cerita dia.

Pic credit to Google.

Tiket Beanieplex nieh kira per seat. Bukan per orang. Satu seat beannie boleh muat dua orang. Kalau kau bawak budak kecik boleh laa menyempit tengah tengah. Satu seat RM 44. Agak pricey. Tengok sebulan sekali boleh laa. Kalau tetiap minggu mau kopak poket kau.

Even pricey tapi selesa. Berbaloi laa apa kau spent dengan apa yang kau akan dapat. Luas kot satu seat tuh. Aku siap mampu duduk bersila sambil makan popcorn. Rasa homey sangat. Nasib aku tak tertido walaupun dah menguap 5 6 kali. Aircond kuat, bean bag pulak, mana laa mata kau tak stim kan. So korang aku nasihatkan kalau nak tengok kat Beanieplex nieh make sure cerita kena gempak. Kalau kau tengok cerita melayu aku takot kau tido je sebab err i think you know why.

Beannie kat Setia Walk agak keras maybe sebab baru so tak ramai sangat orang dah duduk. Kau kena tekan tekan sikit bean bag tuh untuk kepuasan maksimum.

Excuse my bad hair day.

Overall Fast & Furious 6 best ! Orang kata Fast & Furious 5 lagi best but for me 5 ke 6 ke ada aku kesah. Semua series Fast & Furious aku rasa best. Ending agak sadis tapi aku boleh gelak gelak. Yea, aku memang gila sikit.

Movie best, cinema best. Happy me. If korang nak tengok wayang yang selesa tapi tak mampu nak pergi Gold Class GSC, aku suggest korang tengok kat Beanieplex TGV nieh. Siyes best ! Tak tipu !

Update :


Popcorn Royale nieh manis melampau lampau. Tak baik untuk kesihatan. Kami mampu makan suku je then terus letak tepi. Membazir gila. Korang jangan beli laa popcorn nieh. Buat kencing manis je kang.

Till then,

Bubbye !

2 comments:

Anonymous Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

thanks for the the review

Nayli Nazeri Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

sis, nak tnya, beanie seat dia yg mcm gmbr google yg first or second yg sis post tu?