Holiday + Balik Kampung Part 1 : The Arrival

Assalamualaikum,

Part 1.? Yess aku nak buat entry ber-part part sebab aku suka tepek muka aku banyak banyak kat blog nieh. Nampak over dan syok sendiri kan. Haha !

As mention before, korang pun tau kampung aku nun jauh di Medan, Indonesia. Jauh sangat weyh ! Padahal naik flight tak sampai sejam dah sampai. Dekat ke jauh tuh.?

Ok, enough mukadimah yang tak macam mukadimah itu. Jom aku start travelog balik kampung sendiri. Balik kampung pun ada travelog okey. Double over !

Alkisah bermula a few month before,

Me : Ma, mira nak balik kampung tapi tanak laa dok kampung mamayah je. Kali nieh mira nak jalan jalan pusing rumah Pak Lang, Pak Adek, pakpungpang bla bla bla ........

Maka,

30 November 2012 (Jumaat)

Aku amek half day leave je sebab bajet pekerja cemerlang. After lunch tuh aku siap sempat settle-kan lesen aku yang dah berbulan bulan expired and settle hal bank sekali. Balik rumah pukul 4pm sempat membuta charge energy untuk flight pukul 9pm.

Kitorang kuar umah pukul 6pm tanpa menyedari yang hari tuh hari jumaat (padahal aku kerja tapi aku pun lupa sebab over eksited). Maka stuck-lah kami dalam kesesakkan lalu lintas Kuala Lumpur nak ke LCCT. Kau bayangkan kuar umah pukul 6pm, sampai LCCT ngam ngam pukul 8pm. Check in luggage lagi bape saat nak kaunter nak closing maka berlari berkejaranlah aku dengan beg sebeban. Sadis sungguh !

Lepas check in luggage kena lari lari lagi sebab dah nak boarding. Aku rasa macam nak namakan hari tuh Hari Berlari Berkejaran. Penat weyh. Hilang lemak aku dalam 2 3 kg. Pfuhh.....

 Dah penat lari, type mesej "Don't miss me" kat kawan kawan. Ahaks !

Aku pergi dengan adek aku dua orang nieh haa. Kiri : Anggie. Kanan : Nisa.

Penuh umat manusia nak tinggalkan Malaysia sebab cuti sekolah.

Happy eksited sume ada.

Gaya tak pernah balik kampung padahal almost once a year balik.

Kapal terbang godang nieh penuh kau tau.

Aku naik naik je kapal terbang, terus perut lapar. Aku nieh dah laa ada gastrik. Tadi dok lari lari mana laa sempat nak dinner kan.


Semangat aku ngadap menu sambil dok bayang kesedapan Pak Naseer's Nasi Lemak.

Aku lupa yang Medan tuh cuma sekangkang kera dari LCCT so mana ada jual makanan berat ! Damn ! Lapar punya pasal apa pun tak boleh !

Dua benda nieh je dah RM 11. Demi perut baby (baca : perut over sensitip) aku relakan jelaa abiskan berbelas ringgit untuk makanan bebudak nieh.

Dah. Jom layan pic aku kat atas flight yang sementara tuh.

Lama tak minum Ribena Mobile nieh. Masam and manis dia over sangat untuk tekak aku.

Sila off henset yea sepanjang di dalam cabin. Flight mode is a NO NO.

Ini bajet Girl's Generation namanya.

Baru snap dua tiga puluh keping, dah touch down dah. Sampai Polonia Airport, Medan pukul 9pm waktu tempatan. Malaysia cepat sejam daripada Indonesia so flight pukul 9pm dari Malaysia sampai pukul 9pm waktu Indonesia. 

Sampai je terus mata meliar tengok orang yang pegang board nama aku. Wah, bajetkan. Actually kitorang transit je kat Medan untuk semalam. Besok pagi nak fly pergi rumah Pak Lang kat Acheh so malam tuh ada colleague Pak Lang amek then drop kat hotel.

Dah sampai kat Grand Kanaya Hotel, Medan.

Grand Kanaya Hotel
Jln. Darussalam, No. 12, Medan.

Hotel nieh baru lagi katanya. Bilik besar dan selesa. Bersih je. Ok laa bagi aku. Bila dah sampai hotel, perut aku pun dah start buat konsert okestra bagai maka isi perut dulu sebelum tidur. Kitorang sempat tapau Nasi Ayam Pop dekat Restoran Garuda. Sedap !


Nasi Ayam Pop - Rp. 47, 000, 3 bungkus. 

Perut dah kenyang so apa lagi. Tido laa kan. ZzzzZZzz

Till then,

Bubbye !