Aku syak sampai tahun depan mungkin post pasal aku punya balik kampung nieh tak abis abis. Gasak laa. Layan kan je.
By the way, aku dah draf this entry since Isnin lepas (24/12/2012) tapi saje hold and post it today coz today genap lapan tahun after tsunami di Acheh. (saje hold konon padahal malas nak siapkan)
02 Disember 2012 (Ahad)
Aku tak cita lagi kitorang stay kat mana time dekat Banda Acheh tuh kan.? Kitorang stay kat sini hah ...
Hotel Kuala Radja.
Setiap pagi Ahad di Banda Acheh nieh, penduduk dia akan kuar beriadah beramai ramai tau. Ada yang jogging, morning walk, berbasikal. Takat naik motor pusing pusing bandar pun ada. Yang penting kau keluar umah.
Kitorang dengan belom mandi, takat cuci muka gosok gigi je, Pak Lang dah angkut pergi Blang Padang for morning walk. Kat sini kau boleh nampak macam macam jenis umat manusia. Ada yang full set sport suit, ada yang jogging pakai jeans, ada yang slambek jogging pakai baju tidur je pun. Ini serius. Hahaha
Gambar blur sebab pagi pagi aku memang parkinson tapi aku tetap nak tunjuk bukti yang ada orang jogging pakai baju tidur.
Mungkin masih mengantuk so aku slambek jalan wrong way.
Dekat Blang Padang nieh ada first airplane kepunyaan Republik Indonesia. Airplane nieh hadiah dari Acheh untuk negara dia orang. So bila airplane tuh dah tak digunakan lagi, instead of letak kat muzium, negara bagi balik kat Acheh buat kenangan.
Nampak macam batu bersurat padahal takat nak cerita sejarah airplane je.
Dah puas menghayati airplane, kitorang lepak jap tengok umat manusia dekat Blang Padang tuh. Sumpah ramai orang. Itu belom masuk orang kat tepi tepi jalan sekali. Bagus betul depa nieh. Cer kalau kita, pagi pagi ahad baiklah beramai ramai berselubung dalam selimut. Ye dak.? Eh, ke aku sorang je cenggitu.??
Dah puas tengok umat manusia, moh ler kita pulang ke hotel, breakfast, mandi and bersiap. Banyak tempat lagi nak pergi sebab stay kat sini sehari je. Oh aku lupa nak cite panjang pasal hotel. Kan aku dah kata yang Acheh nieh negeri islamik kan.? So kat hotel pun harus ada ciri ciri islamik. Selalu aku jumpa kat Malaysia certain certain hotel je yang provide Al-Quran dalam laci hotel. Kat sini bukan takat Al-Quran dia provide, siap ada sejadah and doa doa harian.
Doa sebelum tidur and doa bangun tidur kat meja sisi katil.
Doa ketika melihat cermin. Sape bagi alasan tanak baca doa sila bunuh diri.
Muka sebelum pertualangan bermula. Sape tatau pertualangan tuh apa sila rujuk kamus dewan.
First pit stop kitorang adalah Masjid Baiturrahman. Masjid yang masih elok molek even kawasan sekitar dah hancur teruk dek tsunami. Allah itu Maha Besar.
Gambar mengikut ketinggian. Aku tau aku comel. Diam semua !
Masjid nieh cantik. Putih bersih. Suka aku tengok.
Even kat luar panas nak arwah, kat dalam nieh maintain sejuk je. Padahal tade air cond pun.
Abaikan muka sememeh adik aku tuh. Aku nak tunjuk yang every public holiday macam ahad, akak akak macam kat dalam pic tuh akan buat usrah dekat masjid. Bukan takat akak akak je, anak anak (baca : budak budak) pun penuh dekat masjid sebab dok belajar ngaji ramai ramai. Suara sorang sorang mendayu dayu je.
Muka cari jodoh dalam masjid.
Pasar Atjeh. Dulu dulu orang tak panggil Acheh, dierorang panggil Atjeh.
Pasar Atjeh tuh right in front masjid. Kitorang tak singgah pun sebab tade benda nak cari. Lagipun kitorang ada tempat lain nak pergi.
Muzium Tsunami. Nieh just model muzium je. Muzium nieh struktur dia macam kapal besar.
Muzium nieh akan ditutup for two hours waktu lunch. Kitorang datang pun dah nak pukul 12 so memang rushing gila.
Rekabentuk dalam bangunan nieh membulat which is unik bagi aku. Selalu kita masuk muzium mendatar je jalan kan. Kali nieh dia macam mendaki.
Masuk je pintu utama korang akan lalu satu laluan gelap yang dekat dinding ada air yang mengalir. Bukan takat tuh je, korang akan jugak akan didendangkan dengan alunan bacaan Al-Quran. Laluan nieh sebenarnya nak bagi korang gambaran waktu tsunami tuh. Kira macam nak bagi korang feeling how it feel bila ombak tsunami serang korang.
Gambar mintak kat pakcik google. Aku tak amek gambar sebab tergamam punya pasal.
Waktu lalu kat laluan gelap siap ada bacaan Al-Quran nieh, aku dah rasa bulu roma aku naik. Sebak weyh. Lepas laluan tuh, korang akan masuk satu dewan yang cerita pra and pasca tsunami via video. Kat situ pun aku tak amek gambar sebab kusyuk tengok video.
Next, korang akan masuk satu bilik yang bulat, kat dinding penuh dengan nama mangsa mangsa tsunami. Still diiringi dengan alunan bacaan Al-Quran. Kat sini kalau aku stay lama sikit mungkin aku dah banjir dengan air mata.
Mula mula masuk bilik tuh, aku tak perasan apa yang ada dekat siling bilik sebab dok tengok satu satu nama mangsa. Korang pun tahu yang mangsa mangsa tsunami semua disemadikan beramai ramai atas faktor sukar nak identify mayat. So kubur mereka tiada nisan. Kat sini laa tempat mereka mengabadikan nama nama mangsa tuh.
By the way, sambung balik pasal siling bilik tuh. Aku memang tak perasan apa sampai laa cousin aku suruh pandang atas. Bila pandang je aku nama kaligrafi Allah. Subhanallah.
Keluar dari bilik tuh, korang akan lalu this jambatan. Kalau korang nampak kat atas tuh ada bendera negara negara yang telah membantu waktu tsunami. Aku spot bendera Malaysia kat situ !
Aku sempat masuk Ruang Pamer Tsunami tuh je. Keluar dari bilik tuh dah dengar announcement suruh kosongkan muzium sebab dah lunch hour. Redha sangat. Takpelaa. Next time kan boleh datang lagi. (ayat sedapkan hati)
Pic yang sempat di-snap dalam ruang pameran.
That's all dekat Muzium Tsunami. Kejap sangat. Tak sempat tengok semua. Lepas keluar, kitorang terus gerak cari tempat nak lunch. Pak Lang bawak kitorang pergi lunch kat tempat yang superb hebat !
Lunch tepi pantai hoyy !
Laut dia superb laa cantik. Jernih gila. Kalau laa tak pikir yang time tuh tengah hari buta panas menyengat, aku dah terjun dah dengan skirt skirt aku tuh. Nasib aku masih mampu behave. Mak Lang kata kitorang stay kejap sangat, kalau tak dia nak bawak pergi stay kat Pulau Sabang. Boleh surfing. Perghh. Gini gaya pasnieh aku tayah laa pergi Bali.
Ada laut, ada gunung, ada lover. Eh !
Sape sangka laut yang cantik, tenang tak berombak nieh penah terjadi tsunami yang mengorbankan ribuan mangsa.
Apalah makna laut tanpa air kelapa. Mereka sangat secocok !
Makan ikan bakar dengan minum air kelapa siap angin sepoi sepoi bahasa pantai. Memang mengancam abis laa ! Psstt..nak cerita nieh. Actually aku tak makan ikan. Langsung tak makan ! But kat sini just serve ikan maka nak tanak aku telan jugak laa ikan tuh. Kang kalau aku tak makan apa pulak kata Pak Lang kan. Orang dah bawak kau jalan, kau tayah nak demand lak. Terima je. Nasib laa ikan tuh tak hanyir and tade bau ikan langsung. Thank God ! Aku makan sambil pejam mata. Bayangkan tengah makan ayam di tepi pantai ! Hoho
Lepas dok melepak kat tepi pantai, kitorang pun gerak nak balik dah. Sekian percutian ringkas di Banda Acheh. Insyallah ada rezeki aku datang lagi.
03 Disember 2012 (Isnin)
Kitorang gerak pergi rumah Mak Teh pulak kat Tebing Tinggi. Kali nieh kitorang lalu jalan darat dari rumah Pak Lang kat Lhokseumawe.
Last pic dekat halaman rumah Pak Lang before gerak.
Kitorang gerak dari rumah Pak Lang around pukul 9am and sampai dah lepas Isyak. Kau bayangkan berapa lama kitorang dok dalam kereta. Sampai je terus peluk Mak Teh sebab bila jumpa Mak Teh sama macam jumpa my mama. Suara and muka dierorang exactly the same. Dah nama pun adek beradek kan. Mek Teh nieh kakak my mama.
Esoknya plan nak pergi Danau Kota pulak. Oh yeah oh yeah ! Jumpa next entry !
Nota kechik chumel : To Jue Jaynee, kalau nak ikot jom kita cuti cuti Indonesia tahun depan ! Haha
Till then,
Bubbye !
1 comment:
nextime jue nak ikut ba..pliessss
Post a Comment