Happy New Year 2013 !
(sound effect : kebaboomm firework here and there)
Now dah 02 Januari 2013. Aku bajet nak buat entry say bye bye dekat 2012 since Isnin, 31 Disember 2012 lagi tapi kau tahu laa pemalas aku macam mana kan. Nieh dah buat satu entry pun aku syukur abis dah. Kira boleh laa daripada tade kan.?
So apa nak cerita pasal 2012 nieh yea. Meh aku recap balik apa yang otak memori ikan emas aku nieh boleh ingat. Hmmm (thinking mode : ON)
Awal tahun 2012 aku biasa biasa saja. Aku still student. Last semester memang challenging sikit. Sikit jelaa sebab kesah pulak aku dengan segala masalah yang timbul kan. Awal tahun aku tade buat apa sangat. Tade pergi bercuti ke, buat hal ke, tade tade. Awal tahun 2012 aku baik je.
Oh, awal tahun 2012 aku berjaya abiskan study. Alhamdulillah. Akhirnya. Happy gila weyh ! Rasa nak lompat lompat depan rumah orang yang dulu kata aku takkan sanggup duduk jauh dengan mamayah sebab terlebih manja.
Masuk tengah tahun 2012, hidup aku kacau bilau sikit. Ini namanya sendiri cari pasal. Aku ada penyakit degil yang tahap dewa dewi. Kawan aku penah cakap,
"Kau nieh, once dah set in mind yang kau nak benda tuh, kau mesti nak jugak. Cakap laa apa pun, takkan jalan dengan kau."
Haa. Itulah masalah aku. Aku sedar je tapi nak overcome masalah itu bukan senang. Dah terlalu sebati maka nak buang kena take time yang bukan sikit.Tengah tahun nieh jugak aku dapat my first ever job dalam hidup. Rasa tak percaya budak sememeh tak ada cita cita nieh keje jugak. Dah laa pergi interview lambat. Pergi pulak dengan kaki melecet jalan jengket jengket. Dalam hati waktu tuh dah cakap dah,
"Nieh kalau tak dapat kerja tatau laa nak cakap apa. Aku dah korbankan kaki aku semata mata sebab nak pergi interview je nieh."
And thank Allah, on Wednesday, 13 June 2012, aku dapat call bagitahu yang aku lepas interview. Yess !Akhir tahun pulak hidup aku dah teratur. Dah hampir setengah tahun bekerja so dah mula biasakan diri dengan rutin harian. Bila dah bekerja nieh, weekend adalah sangat bermakna. Kalau tak habiskan weekend dengan bergelumang with tilam bantal, aku akan habiskan masa dengan keluar dari pagi sampai malam. Baru puas hati aku !
Akhir tahun 2012 aku tutup dengan vacation yang buat tenang sikit kepala otak aku nieh lepas dah go through macam macam sepanjang tahun.
Kesimpulannya (cewahh, kesimpulan okeyy), 2012 ada banyak bitter sweet sour yang buat aku berpikir bahawasanya (pehal bombastik sangat kosa kata aku hari nieh),
1. Hidup ini indah, choose the best path then you will enjoy it tapi tak bermakna kau salah pilih path kau akan merana. Just bila dah salah tuh, mengaku jelaa. Telan ego tuh. Dah kau yang salah. Padan muka !
2. Kawan itu tak perlu ramai. Biar sikit tapi menyenangkan hati.
3. Hidup atas hasil titik peluh sendiri tuh, nikmat dia lain macam.
4. Jangan menyesal dengan keputusan yang kau buat. Learn from it. Tak semua orang rasa apa yang kau rasa. Pengalaman itu berharga walaupun sakit pengalaman itu buat kau rasa nak terjun bangunan tingkat lapan belas.
For those yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan hidup aku sepanjang 2012 nieh, aku nak ucap terima kasih sangat sangat. Tanpa korang, aku takkan rasa indahnya hidup sebagai gadis 21 tahun.
Maaf bila ada salah. Terima kasih untuk semua. Aku dah maafkan mana mana insan yang ada buat salah secara langsung atau tidak dengan aku. Lek laa, aku bukan jahat nak simpan dendam sampai mati. Kang susah pulak korang kat dunia sana. Aku okey je. Cuma kalau kot kot tak boleh tidur malam sebab teringat dosa silam tuh, aku tak tanggung.
Ini muka budak yang berjaya melepasi rintangan cabaran halangan as a 21 years old sengal girl.
Till then,
Bubbye !
1 comment:
hihiii tahniah mieraa..
lucky kita leh jadi kawan kan...
love u :)
Post a Comment