Review : Rock Oo

Assalamualaikum,

Aku tengok movie nieh minggu lepas time pergi Kuantan. Reason why movie nieh yang di pilih sebab dah tatau nak tengok cerita apa dah. Lagipun time tuh tak boleh nak memilih sangat sebab takde banyak masa.


Siyes aku dah tak ingat macam mana storyline cerita Rock yang keluar tahun 2005 tuh. Dah 8 tahun dah so ingatan aku memang dah hilang. Masuk wayang dengan muka blurr. Nasib baik cerita tak berkait sangat dengan first sekuel so takde laa muka blurr tuh berterusan sampai akhir cerita.

Aku tak berbakat dalam menulis sinopsis (tak berbakat ke malas ke busy??) so korang boleh ke sini untuk baca sinopsis yea..

Just ada certain certain things yang aku rasa 'comel' dalam movie nieh yang aku nak highlight.

1. Aku tatau laa mata korang tapi aku rasa Pekin Ibrahim sangat hensem bawak watak Slash Haji Tapah tuh. Even dialog dia balik balik "Gua okeyy.." tapi aku still suka. Tetiba nak minat Pekin, boleh.?

2. Dekat tengah tengah cerita ada keluar word 'chinggey'. Aku dengan Yuyu dah pandang pandang sebab tak paham. Al maklum laa dua dua bukan orang Perak. Chinggey tuh apa.? Last last paham sendiri je. Chinggey tuh awek rupanya. Cisss

3. Part paling lawak bagi aku time conductor bus nyanyi lagu Malek Ridzuan - Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur. Aku dah tak tahan nak gelak tengok conductor tuh tergelek gelek tepi Amy Mat Piah tapi Amy Mat Piah boleh buat muka toya takde perasaan. Hahaha

4. Ada Pyan Habib belakon as peniaga kedai runcit. Aku just kenal Pyan Habib sebab dia berlakon cerita apa ntah aku tak ingat dah tajuk. Filem lama zaman kegemilangan Faizal Hussein dulu. Aku suka suara Pyan Habib. Unik.

5. Latar masa (cewaahh..latar masa kau..dah rasa macam tengah buat latihan komsas time sekolah dulu) sekitar akhir 80-an sampai awal 90-an. Kalau korang membesar masa zaman kegemilangan rock, cerita nieh boleh buat korang mengimbau zaman muda muda dulu.

Overall cerita nieh best. Aku bagi 3.5 bintang out of 5 bintang. Kalau nak tengok kat wayang boleh. Nak tengok kat Astro First pun boleh. Nak tengok kat Youtube.? Teettttt... Hahahaha

p/s : All pics credit to Google

Till then,

Bubbye !!

6 comments:

nazlan ahmad Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

Utk makluman, cinggey bkn bahse perak tp bahse mat rock era 80an yg merujuk kepada awek,makwe,gf dll...OK? Aku okey.... - Pekin

Syida Rasyidah Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

hahahha, dah tengok dahh.. bolehlaaa.. byk tmpt dia belakon kat perak pulak tu, heheheh

Mieraa Handayani Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

@nazlan ahmad

oooooo..okeyy..thanks nazlan..al maklum laa saya lahir awal 90-an so tak berapa familiar sangat dengan words era 80-an..anyway thanks again for the info !! :)

Mieraa Handayani Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

@Syida Rasyidah

boleh kata 90% tempat shooting dia dekat perak kan.? hahaha..takat nak release tensi boleh laa cerita nieh :)

E milhizan Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

zaman2 belayar dulu..chinggey ni org belayar panggil minum kt bar.

E milhizan Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

zaman2 belayar dulu..chinggey ni org belayar panggil minum kt bar.