Sesi Membebel #6 : 3 Tahun Sebelum

Assalamualaikum,

3 tahun sebelum.? Sebelum apakah.?


Awal tahun 2009, aku tak tahu apa apa pun pasal politeknik. Lepas keluar result spm aku gagah isi form upu je. Dah last minit baru aku isi form politeknik. Itu pun isi dengan separuh hati sebab puas kena basuh dengan someone. Mati mati dia tak bagi aku masuk poli. Poli cenggini laa, poli cenggitu laa, nanti menyesal laa, apa laa tapi aku kan manusia degil. Even tiap malam kena basuh pun last last aku isi gak borang poli tuh.

Time mula mula tau aku dapat masuk polisas, memang aku tatau pun polisas tuh dekat Kuantan. Aku tercampak sorang sorang lak tuh. Member member mostly dapat masuk U. Redha je melangkah ke poli sorang sorang.

Minggu orentasi memang sucks bagi aku waktu tuh sebab aku first time duduk hostel. Rules hostel waktu tuh dah laa pelik pelik je. Tak boleh pakai ini, tak boleh pakai itu. Senior senior tak tahu ke yang pakaian aku sangat limited di dalam almari. Lain kali sound laa awal awal kena bawak ini, bawak itu. Takde laa aku shock. Gelak sorang bila ingat pasal minggu orentasi nieh.

"Kau kalau nak mengamok jangan mengamok dengan orang dekat sana. Cari aku. Mengamok dekat aku je. Ingat tuh!" - someone.

Punya laa susah aku nak adapt dengan environment dekat poli tuh dulu. Bukan takat environment dia je, dengan orang orang dia pun aku take time nak blend in. Semester satu aku choose to be lone ranger. Pergi balik kelas sendiri, assignment buat sendiri, study sendiri, everything by my own but masuk akhir akhir semester satu tuh baru aku start bercampur dengan classmate.

Bila masuk semester dua dan seterusnya aku dah makin boleh jaga diri. Start semester dua aku kena campak keluar dari hostel sebab masalah pakaian di dalam almari. Nasib laa kan. Cuba waktu mula mula dapat surat tawaran poli dulu dia state awal awal pakaian itu ini tak boleh pakai, mesti aku pergi shopping pakaian berhemah dulu before pergi daftar poli.

Bila duduk rumah sewa dengan makhluk sekepala, aku rasa sangat selasa. Aku memang berada dalam comfort zone. Aku takde inesiatif nak kenal makhluk lain selain daripada housemate dan classmate, and aku pun happy je duduk dalam kelompok kecil tuh.

Sebagai seorang yang manja, kuat merengek dan mengadu, aku tau aku takkan succeed if takde orang orang yang kuat belakang aku. Orang orang yang selalu marah bila aku down, selalu membebel bila aku malas, selalu kondem bila aku buat salah. Orang orang yang selalu tak menyokong apa yang aku buat sebab decision aku selalu tak betul. Haha

Lepas 3 tahun, 6 semester aku menuntut dekat polisas, bulan depan aku dah boleh tarik nafas lega. Akhirnya. Alhamdulillah.

Thanks kalian.

nota kechik chumel : To someone, kalau kita still contact each other, aku nak kau ada time aku konvo. Kau kan antara orang penting waktu aku mula mula jejak poli. Wherever you are, aku nak say thanks sebab penah be part in my life.

Till then,

Bubbye ! 

2 comments:

Syida Rasyidah Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

akhirnya... selamat bergraduasi ye!

Mieraa Handayani Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

@Syida Rasyidah

Thanks Syida :))