Actually task sebelum nieh aku skip dengan slumber badak aku sebab aku dalam rangka mengumpul cerita menarik untuk task tuh.
Hari kelima. Apa yang membuatkan aku berbeza daripada orang lain.
1) Heartless aku
Sumpah ke-tidak-ada-perasaan aku memang tahap terok. Kau boleh bayang tak ada orang dok maki maki aku, mengata aku siap buat cerpen yang creative gila tapi aku boleh bantai gelak. Masalahnya orang lain dah beria nangis meleleh air hidung, mata, mulut semua nieh tau tapi aku boleh sengih macam kerang busuk. Aku memang cari maki kan.?
Tapi dalam dok heartless tuh aku sensitip jugak sebenarnya. Cuma sensitip aku selalu tak kena tempat. Nak aku bagi contoh.? Pada suatu petang awal tahun 2010, aku tengah YM dengan kekasih gelap dan aku lupa kenapa tapi yang pasti hal tuh tade laa besar mana pun dan dia gelakkan aku bagai nak gila. Aku boleh terasa sampai menangis tersedu sedan. Yea, tersedu sedan sampai muka sembab, mata hidung merah tok sah cerita laa. Over bukan.?
So kadang kadang elok je aku nieh sensitip tapi most of the time memang aku heartless buat gaya kebal laa kan.
2) Cara aku treat kawan-kawan
Aku tatau orang lain tapi aku dah ter-train daripada sekolah, bila berkawan aku tak reti nak berkelakuan 'baik'. Baik di sini contohnya (over skema aku) macam aku time study kat poli dulu, everytime cuti sems secara logiknya kita akan saling bertanya kabar dengan classmate, housemate kita kan.? Tapi bukan aku (sila baca sambil bayangkan lagu Kerispatih - Tapi Bukan Aku sedang berkumandang) .
Dewasa ini semua manusia di dunia memiliki akaun laman sosial masing masing bukan.? Apa anda lakukan di laman sosial anda.? Sudah pastinya anda akan update segala apa yang telah, sedang atau akan berlaku dalam kehidupan seharian anda. Bohong jika anda menidakkan kenyataan saya itu. (aku syak entri kali nieh akan penuh dengan kata kata skema. Sila biasakan diri anda)
Maka hal yang demikian, even aku tak mesej pun housemate atau classmate aku di kala cuti, aku akan tetap tahu update mereka. Aku bukan stalker tapi kalau dah update korang keluar dekat news feed dan timeline aku takkan aku nak tutup mata jangan baca pulak.
Aku bukan tak care, or just cari kawan bila susah. Hello geng, you can always count on me kot if you are in trouble. It just me who tak reti nak beramah mesra dengan orang. Maap !
Aku rasa dua perangai gila ini telah menyebabkan aku lain daripada orang lain. Jika bagi kalian aku tak cukup lain, maka aku rasa kalian lagi pelik daripada aku.
Si A : Haii mieraa
Aku : Kau dah pehal gila.?
Ini adalah petikan mesej yang selalunya kawan kawan aku selalu dapat.
Sekian.
Till then,
Bubbye.
No comments:
Post a Comment