Day 23 – Your dream wedding.

Assalamualaikum,

Baiklah, hari ini mari kita berangan bersama sama. Dah nama pun my dream wedding kan. Every girl mesti berangan pasal wedding masing masing sebelum tidur. Jangan deny ! Aku tau sebab aku pun berangan gak each time aku tak boleh tidur. Hahaha.

Aku berangan nak wedding yang simple simple je. Simple but nice. Barulah comel kan.


Pelamin mini nieh aku rasa kalau nak DIY pun boleh. Comel pun comel kan. Tayah nak pelamin besar godang renjis merenjis bagai. Aku tak suka. Disebabkan aku penyegan orangnya so tayah nak bersanding bagai. Mini pelamin nieh cukup buat snap snap pic je.

 

Gaya macam aku nak buat tema pink je kan. Oh tidak tidak. Aku rasa macam nak buat colour tema rainbow. Baru rare ! Hahaha


Hand bouquet guna fresh flower. Wahh. Harummm. And the last but the most important mestilah baju kan.


Hohohoii. Baju akad nikah nieh custom made by ButtonMyButton. Gojes bukan.? Sangat practical and tak membazir. Why i say so.? Sebab baju nieh, lepas nikah kau still boleh guna. Details dia tak sarat sangat. Takde laa baju nikah kau pakai sekali then dok terperam dalam almari je kan. Jimat bukan.? Haha

Semua angan angan kat atas nieh memang aku syok sendiri je. Calon groom pun tak nampak bayang so tayah nak berangan lebih lebih. Ye dak.? Doakanlah aku jumpa jodoh yang soleh dan serupa orang. Jangan serupa binatang. Eh.?!

All pics credit to google.

nota kechik chumel : Task Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently. aku malas nak buat sebab aku takde masa nak karang surat untuk orang yang menyakitkan hati.



Till then,

Bubbye !

1 comment:

Cik Syida Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

omg..perfect wedding tu.. janganlah lupa jemput saya.. :D