Kawin Kawin

Assalamualaikum,

Dah masuk akhir tahun dah. Kejap je. Tak sampai 2 bulan je lagi kita nak say bubbye to 2012 and hello to 2013. Omgg, i is tak ready lagi nak tempuh 2013.

Okeyy. Cukup. Tayah nak buat entry macam besok nak celebrate new year eve.

Perkara normal tiap kali masuk bulan November and Disember adalah wedding di merata rata tempat. Semua pakat nak bina masjid sebab time cuti sekolah so sedara mara ley kumpul lama lama without pikir pasal anak sekolah ke exam ke apa ke. Oh, pasal keje kau belambak atas meja tuh tak dapat nak kata apa laa ! Haha

Weekend lepas, hari sabtu, My Makcik Ged ajak g wedding boyfriend dia punya cousin. Jangan tanya kenapa dia angkut aku sekali sebab aku pun agak konpius di situ. Aku tak bape sihat on that day so aku suruh dia je yang pick up aku. Aku malas nak drive. Kau boleh bayang tak aku dok tunggu dia amek aku daripada lipstick aku merah menyala turn out bibir aku pucat sebab lipstick dah pudar. Lama tak lama laa. Alasan dia jam. Ahh kau ged, kalau dah sesat tuh cakap jelaa !

Dia sampai depan pagar rumah aku pukul 3 lebih. Aku masuk je kereta dia boleh kata macam nieh kat aku,

"Dik, dah lewat laa. Kita tak payah pergi laa ek"

Eh kau, aku dah berbaju kurung moden, kau boleh cancel. How dare you ! Maka sebagai pembalasan aku suruh dia drive pergi Publika belanja aku makan kat B.I.G. Baru puas hati aku.

B.I.G = Ben's Independent Grocer
Publika Solaris Dutamas

Aku dapat info pasal B.I.G nieh daripada pak cik google. So teringin laa nak rasakan. Orang kata makan kat sini sedap. First impression masuk sini aku dah tercari cari celah mana restaurant dia. Aku nampak grocer je nieh. Sekali perhati betul betul baru laa nampak foods display dia.

Kek tempting gila weyh !

Restaurant dia alahai kecik je. Kalau lunch hour time weekdays kompom pack aku rasa. Disebabkan first time jejak so aku dengan makcik ala ala bengong sikit apa sedap kat situ so kitorang terima je apa yang pelayan kat situ suggest-kan.

Half chicken with Macaroni Cheese and Ben's Potato Salad as side dishes

Kat sini ayam dia ada half or whole je. Tade quarter sebab dia kata kalau dia buat quarter nanti kira tiru Kenny Rogers. Betul jugak kan. Haha. Ayam dia sedap. Lagi sedap daripada KR but gravy dia macam tawar sikit. Macam tade efek je makan ayam curah gravy or without gravy. Macaroni and salad pun sedap.

Nutella Milkshake

Oh milkshake ini the heaven-ness. Sedap gilaa. Nutella and milk and ais bergabung memang meleTOP ! Aku suggest korang order this milkshake when you dine in here. Kalau korang perasan aku tunjuk satu main course and satu air je kan. Kata makan dua orang?? Haa, meh aku cite, aku baca blog blog orang yang dah penah makan sini, deme kata portion kat sini besar besar. Sama laa makan Tony Romas, TGI Friday, Chilis and bla bla bla so aku dengan makcik amek semua serba satu. Sharing is loving you know.

Aku aim kek Red Velvet but makcik bagi syarat abiskan dulu main course baru bole order dessert. Oh my red velvet ! My makcik dah sama perangai macam kawan baik dia. Suka ugut ugut aku. I is setereess.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut menari nari. Eh !

Hensem sungguh Red Velvet itu !

Kek dia lembut, sedap, ahh ! Teringat ingat dok kunyah kek nieh till now. Total up everything RM 60 something. Berbaloi okey dengan ke-kenyang-an dia.

Itu cerita hari sabtu, ahadnya pulak aku pergi wedding cousin Yuyu. Haa, kali nieh betul betul pergi. Tak melencong ke tempat lain pulak. Haha.

Wedding took place dekat masjid so aku transform-kan hoodie dari Qala Qisya jadi selendang. Ahaks !

Adam Hariz and Afiqah Husna. Pic snap by Amira Handayani.

Datang wedding nieh demi dua makhluk tuhan paling gebu ini. Notice our nama tak?? Adam Hariz, Afiqah Husna and Amira Handayani. Yess ! Initial kami sama ! AH AH AH. Comelkan kami. Hahaha.

Tak banyak snap pic hari ahad nieh and i dunno why. Mungkin hujan telah menyebabkan aktiviti snap snap pic jadi terbantut. Haha

Nota kechik chumel : Lately nieh hari hari hujan. So sila jaga diri dan kesihatan anda. Pandu dan tunggang dengan selamat okeyy :)

Till then,

Bubbye !

3 comments:

Dunia Wilma Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

Sedapnya kek tu ^_^
Nama restaurant dah "awesome"...Mesti makanannya "delicious" jugak kan :-)

Mieraa Handayani Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...
This comment has been removed by the author.