Pesta Buku 1 Malaysia 2013

Assalamualaikum,

Cuaca now sangat laa tak menentu. Minggu lepas panas berbahang. Minggu nieh pulak dah hujan tanak berhenti. Gasak laa. Aku bahagia je tak kira laa hujan ke panas ke (yelaa tuh. Yang meroyan kata panas laa apa laa kat twitter tuh memang saka aku).

Ahad lepas aku pergi PWTC sebab ada pesta buku kan. Pesta buku nieh sejak dari mula dia wujud sampai laa now, kalau aku ada masa memang aku pergi. Tak boleh miss !

Berbaju kurung ke pesta buku. Kau mampu?!

Disebabkan badan makin bahagia (baca : gemuk) maka aku dah takde konpiden nak pakai t-shirt. Sadiskan. Bila pakai t-shirt je aku rasa macam terjojol je perut buncit aku. Over kan.? Tapi itulah hakikat. So untuk mengelakkan aku low self esteem maka aku sarung laa baju kurung. Lebih sopan dan buncit pun tersorok. Comelkan aku.? Aku tau tuh.

Mama paling menyampah aku buat rambut gini dan aku paling suka buat mama menyampah.

Aku tak paham kenapa kat depan rumah aku nieh tak ada bus stand. Bus elok je berhenti tapi bayang bus stand memang tak wujud. Dah empat tahun pindah kat kawasan nieh, bus stand nieh laa benda yang aku paling musykil sekali.

 Eksited sebab dah lama tak naik bus

Bila sampai je PWTC, amek kau. Berpusu pusu manusia. Bagus betul. Ramai orang suka membaca sekarang. Dalam family aku yang langsung tak pandang buku just dua orang je, mama dengan Amsyar. Yang lain kau bawak masuk kedai buku kompom hanyut. Takkan keluar selagi tak dua tiga jam bertapa.

Dekat PWTC langsung tak snap gambar sebab eksited jumpa buku. Lagipun orang ramai sangat. Payah nak snap snap. Kali nieh rekod paling hebat telah aku catat dalam sejarah hidup aku sebab aku pergi pesta buku just for one hour. One hour okey ! Sampai sampai je terus pergi kat booth yang aku dah aim, pick books, bayar and blah. Simple. Selalu tuh aku jalan jalan singgah setiap booth yang ada. Tuh yang lama tuh.

Time balik dah tak sanggup naik bus. LRT penyelamat keadaan.

Aku dengan Nisa bukan terus balik pun. Pe barang keluar takat bape jam kan. Kitorang pun decide nak pegi Pudu Sentral jumpa mamayah. Dah lama tak pergi Pudu. Rindu pulak.

Marrybrown Pudu Sentral.

Dah laa berbaju kurung. Makan pakai tangan pulak. Alahai comelnya (rolling eyes)

Disebabkan ada karok kat sebelah Marrybrown maka wajib singgah untuk sejam.

Eh eh, kata pergi pesta buku tapi haram satu gamba buku pun tak ada kan.? Ahaks. Aku pergi pesta buku memang semata mata untuk merembat buku buku ini.

Puas hati aku !

Till then,

Bubbye !

1 comment:

Cik Syida Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

hahahaha.. kerlas pergi pesta buku pakai baju kurung.. kte tabik spring kat awak :)