Kenapa tajuk entry aku sesi bermimpi.? Sebab kemungkinan perkara ini nak berlaku adalah dalam 1%. Kot.? Atau mungkin kurang daripada itu.
Lately nieh aku rasa badan aku berat sangat. Bukan laa nak kata before nieh badan aku macam kapas. Cuma sekarang makin melampau lampau lak aku rasa berat dia tuh. Kau bayangkan aku boleh termengah mengah bila naik tangga rumah aku sambil mendukung bayi (budak umur 2 tahun kita panggil bayi lagi ke.?) seberat 11kg. Itu gila namanya !
Aku dah start stress dengan badan sendiri bila aku dah tak boleh pakai baju free saiz. Bukan tak boleh pakai langsung cuma bila aku pakai, adek adek aku akan kata,
"Kak Mira, bukak laa baju tuh. Kesian tengok dia. Macam nak koyak dah."
Stress tak dapat adek adek macam nieh.?Aku try jaga makan but nafsu makan aku dengan nafsu dinasor lebih kurang sama. Langsung tak boleh control. Nak tanak aku kena puasa every Isnin and Khamis. Isnin, Khamis jelaa makan aku teratur sikit. Apa jadi dengan Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu and Ahad.? Aku rasa tayah bagitau pun korang dah tau kot apa jadi dengan jadual pemakanan aku di hari hari tersebut. Hmmm (mengeluh)
Kadang kadang jauh di sudut hati (gila dramatik weyh) aku teringin nak jogging balik. Pada suatu zaman dahulu, waktu umur aku 17 tahun aku adalah manusia paling rajin ber-jogging. Nak tau kenapa aku rajin gila jogging time tuh.? Ahaks !
Biasa laa budak baru nak up umur 17tahun mesti laa gatal nak ber-couple kan.? Aku pun tak berkecuali. Disebabkan masing masing berumur belasan tahun dan otak terlalu creative maka kami menjadikan jogging as alasan nak dating.
Me : Ma, petang nanti Mira nak keluar jogging kejap tau.
Haa. Mantap tak alasan aku.? Maka tiap tiap petang laa kami naik bus ke Taman Tasik Titiwangsa tuh dan ber-jogging bersama. Romantik siioott. Setiap kali pergi adalah 2 3 kali kitorang pusing Titiwangsa tuh. Genap beberapa bulan berat aku terus turun berkilo kilo. Inilah namanya sambil menyelam minum air. Sambil dating, kami ber-jogging. Haha
Lepas putus, bayang Titiwangsa pun aku tak nampak dah. Badan aku pun makin lama makin bertambah sihat. Elok laa tuh.
So apa motip entry aku kali nieh.? Aku just nak kata
Doakan rajin aku datang. Aku nak Titiwangsa jadi saksi berat aku turun buat kali kedua. (keep on dreaming, Mira !)
Till then,
Bubbye !
No comments:
Post a Comment