Review : Makeup Remover, Lip Balm and Aloe Vera Gel

Assalamualaikum,

Hari nieh aku rajin so marilah aku up satu entry pasal barang barang yang aku puas hati bila pakai. Bila puas hati haruslah sharing kan.? Kata sharing is caring. Auww

Make Up Cleansing Tissue from Elianto.

Muka aku berminyak tahap terok. Dah boleh buat gulai kawah dah atas muka. Before this aku pakai make up remover from Simply Siti tapi sebab dia oil base so abis je sebotol aku dah tak repurchase. Aku try cari yang water base tapi macam payah gitu nak cari. Ke aku yang tak reti cari.?

This cleansing tissue ok laa since aku pun bukan jenis yang mekap tebal. Muka aku takat tepek BB Mousse from Maybelline then kalau rajin aku pakai maskara. Kalau tak BB Mousse jelaa. Compact powder, eyeliner memang tak pakai dah sebab kalau pakai aku rasa dia tak mampu bertahan lama sebab minyak kat muka aku yang teruk nieh. Yang aku beli nieh ada Aloe Vera Extract. Korang pun tau yang aloe vera nieh bagus untuk kulit kan. 

Ini pek kedua yang aku beli. Harga dalam RM 15 kalau tak salah. 1 pek ada 30 sheets. Cukup untuk sebulan so ok laa kan.? Tak mahal sangat.

Dolce Moist Balm with SPF 30 from Elianto.

Aku memang ada masalah bibir kering but tak teruk. Tak teruk pun dia still mengelupas so aku rasa tak selesa. Everytime nak apply lipstick mesti tak rata. Aku penah try Veseline punya Lip Essence but aku rasa bibir aku bertambah kering. Mungkin tak sesuai kot.

This lip balm aku apply hari hari. A day tuh adalah 5 6 kali aku apply. Siyes aku tak selesa bila bibir aku kering. So far now bibir aku dah tak mengelupas. So bagus laa kan ! Lagipun thing balm ada SPF 30 so selamat sikit bibir aku dari sinaran matahari. Cewaahh.

Kenapa aku beli sampai dua.? Sebab time beli ada promosi buy 1 free 1 so apa lagi kan. Perempuan mana tahan bila nampak offer hebat macam tuh. Baik jangan lepaskan. Harga dia dalam RM 15 satu. For those yang ada masalah bibir mengelupas, aku suggest kat korang try this Dolce Moist Balm. Best. Bau pun wangi je. Rasa nak gigit bibir sendiri. Auww

Aloe Vera 100% Gel from Fruit of the Earth

This gel aku rasa macam ada 1001 kegunaan. At first aku beli sebab Akak yang paksa. Aku mengadu dekat dia kulit aku gatal gatal sampai mengelupas so dia suggest benda alah nieh. Sebagai adek yang baik, aku pun beli jelaa. Memula pakai aku suka dengan cooling sensation dia. Sedap je rasa kat kulit.

Dah beli baru laa aku google about this product. Rupanya banyak benda boleh buat dengan gel nieh. Antaranya, kalau kulit korang kena sunburn, korang boleh apply gel nieh. Untuk pengganti moisturizer pun boleh. Guna as lotion badan pun boleh. Kau nak buat dia as hair wax pun boleh. Amacam. Betul tak aku kata dia ada 1001 kegunaan.?

Aku guna this gel as lotion untuk kulit aku yang gatal tuh and aku apply kat muka buat ganti moisturize. Now aku dah say bubbye to my moisturizer sebab aku rasa pakai gel nieh lagi best. Selalu aku pakai malam before tidur, besok bila bangun kulit aku maintain tak berminyak. Memang aku suka laa kan. Oh ya, gel nieh korang boleh pakai as make up base jugak !

Aku beli dekat Watsons. Botol kecik nieh dalam RM 6 je. Murah hoyy. Dah laa kau boleh apply satu badan. Memang berbaloi baloi laa.

Sekian review yang ala ala hampeh je aku rasa. Takpe. Nanti aku improve.

Till then,

Bubbye !

1 comment:

Effa Muhamad Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

Hi, thanks for giving me suggestions. I menghadapi masalah yg sama jugak so I akan cuba aloe vera jel ni as my foundation. Thanks again.