Assalamualaikum,
Sedang Membaca - Kitab Terfaktab : Definisi Cinta Infiniti
Aku belum baca abis pun kitab nieh sebenarnya. Ntah pehal ntah berzaman sangat aku amek masa nak abiskan padahal cuma senipis buku panduan masuk poli dulu. Mungkin aku menghayati dan cuba memahami setiap baris patah perkataan. Mungkin.
As aku baca satu satu muka surat, tetiba aku teringat pasal kesalahan fatal yang aku penah buat dulu. Kesalahan yang start with main main and end up with bahan ketawa bila di-refresh semula.
Kadang kadang kita tak sedar bila kita main main, lama lama benda akan jadi makin serius. Bila perkara main main tadi bertukar jadi serius, time tuh baru kau tau erti gelabah.
Tak salah lakukan kesilapan. We are human apa. Manusia mana sempurna. Common laa buat salah weyh. Just ada bezanya orang bangang dengan orang tak bape nak bangang handle kesalahan yang dia lakukan.
Orang bangang akan letak kesalahan yang dia buat kepada orang lain. Dah nama pun bangangkan. Manakala orang tak berapa nak bangang akan memerlukan orang lain untuk selesaikan masalah yang dia dah create.
Aku rasa aku tergolong dalam kategori tak berapa nak bangang. Aku rasa laa. Korang punya rasa kesah pulak aku kan. Ahaks !
Bagi aku, bila kau dah sedar kau buat salah, tak kira laa lambat atau cepat kau sedar tuh, just admit yang kau salah. Dah memang kau salahkan. Then slow slow kau try laa betulkan balik salah kau tuh.
As kau overcome salah kau tuh, kau amek laa moral value dia. Lepas nieh jangan buat lagi. Simple but tak ramai yang amek moral value lepas buat salah. Tayah cakap orang laa, aku pun gitu gak.
Kadang kadang kita perlu buat salah untuk mematangkan diri sendiri.
Aku rasa aku dah cukup merepek bila aku decide menaip and mem-publish entry nieh. Takpe. Pokok pangkal entry nieh aku just nak kata sila laa learn from your mistake. Menyesal pun menyesal jugak tapi kalau menyesal tapi buat balik, macam haram namanya tuh.
Sekian. Entry merepek di kala petang.
Till then,
Bubbye !
No comments:
Post a Comment