January The Awesomeness : Part 3 - Birthday Prank

Assalamualaikum,

Sila amek perhatian, entry kali ini mungkin akan panjang dengan segala gambar, kata kata eksited bercampur riak dah segala macam lagi. Sila bertahan otherwise jangan baca. =_='

Cite pasal bufday prank, ini bukan 1st time aku kena prank. Sape tak pernah kena baling tepung air telur segala time sambut bufday dekat sekolah kan.? Aku penah kena time form 4 dulu. Itu cerita umur 16 tahun. Kali nieh yang 22 tahun punya special sikit. Okey bukan sikit tapi special sangat !

Kisah bermula a few weeks before 16th January.

Kisah #1 :

Yuyu mesej aku suruh amek half day on 16th January sebab nak teman dia pergi interview. Aku tak paham kenapa Yuyu perlu pergi interview sebab dia kan dah aman bahagia kerja dengan abah dia tapi takpe, aku layankan je. Aku tanya interview kat mana, dia tanak jawap. Takpe, aku okey. Sekali dengan konpiden aku cakap aku taley teman sebab keje aku berlambak. Dah laa suruh aku amek half day on Wednesday. Aku tak suka cuti sekerat jalan contoh selasa kerja, rabu cuti, nanti khamis sambung balik kerja. Oh no laa. Kot laa cuti terus dari rabu sampai ke ahad. Haa, itu aku semangat.

Aku ingat lagi last mesej aku sent kat Yuyu, aku kata camnieh,

 "Kau kot yea nak buat surprise bufday party pun tunggu aku balik kerja laa." 

Slambek je kan. Terus Yuyu tak layan aku lepas tuh.

Kisah #2 :

Ini kisah di Twitter. Twitter memang tempat aku dan budak budak sekolah rendah aku meroyan. Selalu kitorang memang akan bergaduh, bermaki hamun dekat Twitter laa. Nak plan reunion pun kat sana. Ada one week tuh Syud sebok mention dak dak SKS1 (Sekolah Kebangsaan Sentul 1) suruh check Whatsapp. Siap tanya free ke tak. Aku perhati je dierorang. Pehal budak nieh plan reunion tak ajak aku kan. Takpe. Aku diamkan je.

Itu baru Syud. Sekali aku tengok Yuyu pulak dok mention tanya member member poli kitorang tanya free ke tak hari rabu sebab dia nak ajak pergi event Astro. Aku tak menyampuk. Sekali lagi aku diam perhati je. Harituh kau ajak aku kata nak pergi interview. Ini ajak orang lain kata ada event pulak. Kau apply kerja dekat Astro ke camne. Nasib laa aku nieh jenis malas berpikir maka bila benda tak de kena mengena dengan aku, aku malas nak amek kesah.

Kisah #3 :

Aku sembang dengan mama sambil bersaksikan adek adek di bilik bawah.

Me : Ma, bufday adek (Nisa) harituh dia sambut best gila dengan semua sedara dekat rumah nenek. Semua kumpul dekat rumah nenek. Segala anak cucu cicit. Mira naakk jugaaakkk... (merengek mode)

Mama : Takpe. Rabu nanti (16th January) mintak laa cuti. Kita habiskan masa berdua. Mama pandang kakak, kakak pandang mama, macam 22 tahun dulu.

Gila melankolik mama aku. Cakap dengan muka slumber abis. Anak dia yang inesen nieh percaya jelaa. Mama aku memang unexpected perangai dia. Full of kejutan. So bila dia suruh aku amek cuti and spent time berpandang pandang dengan dia, aku bajet dia nak ajak shopping !!

Lepas 3 kisah di atas, memang dah senyap takde apa dah sebab lama lagi bufday aku. Sampai laa 16th January. Bangun pagi tak pagi sangat laa kan, tengok phone ada a few yang wish bufday. Okey aku memang tak expect sape sape ingat bufday aku sebab aku dah deactivated FB. So kalau member tak ingat pun aku tadehal kecuali yang rapat. Kalau yang rapat dengan aku tak ingat memang nak kena sula laa gamaknya.

Aku bangun macam biasa, turun katil dok meroyan still macam biasa. Bawak ke tengah hari mamayah still tak balik. Apa nieh.?! Harituh beriya berjanji manis nak spent time berdua. Kalau tak jadi baik aku pergi kerja (bajet pekerja berdedikasi).

Around pukul 1pm baru mamayah balik. Aku dengan Nisa dah siap mandi just pening nak pilih baju je. Biasa laa perempuan kan. Hari tuh agak pelik sebab segala baju yang aku nak pakai semua mama and Nisa tak approve. Apa teruk sangat ke fashion taste aku on my birthday nieh.?!

Last last aku sarung baju yang mama plan nak pakai sebenarnya then aku suruh mama pilih baju lain. Nasib laa kan. Time aku, mama and Nisa bersiap tuh, ayah siap terbongkang lagi. Nampak tak punya lambat kitorang bersiap sampai ayah sempat berdengkur se-round dua.

Dah siap semua masuk kereta berempat. Adek adek yang lain semua sekolah. Dalam hati aku siap berkata kata, padan muka korang tinggal. Hariney mama aku punya sorang, Nisa boleh berkepit dengan ayah, jangan kacau aku and mama ! Hahahaha

Nisa : Kita nak pergi mana sebenarnya?

Mama : Jalan jalan laa. Hari nieh kan bufday Kak Mira. Kita pergi Tasik Perdana. Dulu mamayah dating kat situ laa. Biar kakak tau macam mana kisah mamayah dulu sebelum dapat kakak.

Ayat sumpah tak boleh blah ! Aku ingat mama menipu nak pergi Lake Garden sebab setahu aku mamayah dating dekat Tasik Titiwangsa. Nieh mana datang cerita Lake Garden pulak kan. Takpe, mungkin aku ada tertinggal kisah cinta mamayah. Aku layankan lagi.

Ayah siap pasang lagu slow rock 90-an okey dalam kereta ! Nak amek mood kononnya. Alahai ! Sumpah aku dah gelak gelak. Apa niehh.?!! Mamayah aku tak pernah macam nieh !! Oh mungkin di hari jadi aku dierorang nak buat kelainan.

Sampai dekat Lake Garden, Nisa keluar henpon and call one girl tanya dekat mana apa semua. Aku diam je. Dah start blurr. Ayah park dekat taman permainan sebelah Loyal Club Selangor and bila aku keluar kereta je aku nampak Yuyu dengan Cakpong. Time tuh dalam hati dah terdetik, cehh aku kena prank !

Waktu Yuyu tuntun (skema gila guna word tuntun) aku tunjuk jalan, aku dah fikir ini mesti member member rapat je yang ada nieh. Sekali sampai je tepi tasik, amek kauu !!

 Party Time.??!!!

Gila meriah okeyy !!

Time mula mula nampak tepi tasik penuh orang, aku in denial lagi. Alaa, itu orang lain buat party laa tuh. Lake Garden kan tempat public. Sekali bila makin dekat, eh eh, kenapa aku macam kenal semua orang kat situ.?! Apa nieh.?! Apa nieh.?!!

Sayup sayup dengar dierorang nyanyi lagi Happy Birthday. Oh my god, gila sweet korang ! Aku terharu gila ! Oh speechless jugak !

Budak budak SKS !

Siyes aku pelik camne dierorang nieh semua boleh berkumpul. Waktu aku sampai tepi tasik dierorang terus bawak aku pergi depan kek suruh tiup lilin and buat wish baru boleh potong kek tapi aku yang speechless nieh mana laa boleh nak buat wish. Otak blank okey ! Takpe, nanti last entry nieh aku buat wish kira aci laa kan.?

Mamayah yang berjaya meng-prank aku dengan so called cerita cinta mereka di Lake Garden !

At first aku ingat ini plan mamayah sebab meriah gila kau dengan kek sebiji, cupcakes lagi, desserts lagi, nasi ayam and decoration yang first class ! Dah macam party budak umur 2 tahun padahal aku dah 22 !

Lepas menyanyi, potong kek, suap suap and calit calit krim cake apa semua, kitorang pun melantak nasi ayam. Nasi ayam from Selera Putih Kg Baru gitu ! Auww. Thanks Mak Cik Noly, even kau takde, nasi ayammu menjadi pengganti pun kira okey ! Ahaks !

Muka bahagia !

Waktu tengah makan makan, ada seorang lelaki nieh sebok sangat rakam segala apa yang aku buat. Siap suruh member member aku buat ucapan depan iphone dia. Aku pelik sebab Yuyu kata lelaki tuh kawan dia tapi kenapa kawan Yuyu yang semangat siap rakam video bagai.? Takpe laa, mungkin dia nak tolong aku abadikan kenangan sekali seumur hidup nieh kot. Gila otak aku memang positif je kot sehari suntuk tuh. Inesen abis !

Lepas tuh pulak ada scene pakcik guard datang marah marah sebab dia kata kitorang buat party tak dapat permission. Aku yang blank lagi inesen dah tatau nak react macam mana. Memang laa ini party untuk aku tapi aku tatau pape. Jangan laa salahkan aku. Wuarghh.  Time tuh ada Zana yang kononnya sepupu Yuyu beriya mintak maap dekat aku. Dia kata sorry sebab tak tahu kena ada permission bagai. Aku dah pelik lagi sekali. Kenapa Zana nieh yang beriya mintak maap.? Takpe, benda kecik tayah pikir beriya. Abaikan. Hahaha

Amrina yang jadi mangsa suruh kumpul dak dak SKS. Thanks, Am !

Tengah sedap sedap makan tetiba Yuyu ajak main game. Dah siap ber-game bagai. Memang party budak budak. Dia tutup mata aku dengan kain and tanya aku still nampak or dah cover abis mata. Memang tak laa aku nak jujur kan. Padahal aku nampak je sipi sipi ikot bawah tapi tak clear mana laa.

Siap kena pegang tongkat yang tak tahan tuh.

Akak (yang tudung kuning) and Yuyu (tudung oren) guide aku suruh pergi kiri kanan apa semua tau. Sampai satu tempat tetiba aku macam kena tinggal sorang. Dalam kepala dah pikir yang mati laa aku kalau dierorang main baling tepung telur bagai nieh. Aku dah laa nak pergi konsert GDA malam tuh.

Tiba tiba ada suara lelaki sebelah aku. Suara garau tapi lembut. Aku fokus dekat kaki dia sebab itu je sumber penglihatan aku. Kasut kulit wana merah. Dalam hati dah pikir, ini bukan kasut Shahir. Lagipun dari suara pun aku dah tau memang bukan dia. Lelaki yang ada time tuh sape je. Hafiz, Audi, Balong, Cakpong, Shahir and Ayah. Eh lupa kawan Yuyu kononnya tuh lagi sorang. Tapi takkan dierorang sebab suara lain nieh. Takkan pakcik guard yang marah marah tadi tuh pulak !!

Suara : Kiri sikit, kanan, haa..depan lagi...

Me : Eh jap. Kenapa suara lain?

Suara : Eh, lain ke? Mana ada.....

Hoyy..dia main mainkan aku yea !! Aku sabar lagi. Tak bukak pun penutup mata tuh. Tanak spoil game sebab orang dah plan susah susah kan. Aku enjoy jelaa. Bergerak ikot suara asing dengan ragu ragu. Sekali bukak mata........ameekkk kauuu !!!!!!!

Abaikan muka aku. Jehan Miskin hooyyy !!!!

Jehan Miskin datang siap bawak 3 biji camera. Aku dah menjerit macam orang histeria. Jehan siap mengadu kata telinga dia dah tak berfungsi sebab pecah dengar jeritan aku. Gila kauu tak menjerit ! Jehan Miskin kot !! Time type entry nieh pun aku still boleh ingat lagi expression aku waktu hari kejadian. Siyes aku terkejut !

Jehan Miskin : Happy birthday....

Dia wish aku birthday dengan suara garau tapi lembut itu siyes romentik gila siott. Haishh. Kalau tak pikir camera depan mata aku dah terkam peluk dah sebab over eksited. Lek Mira, lek. Behave. Breath in, breath out.

Dalam aku histeria tuh aku still blurr sebenarnya. Kenapa ada Jehan.? Kenapa ada camera.? Apa semua nieh.? Aku mimpi ek.? Sampai laa tetiba..........


Aril : Happy Birthday ! MeleTOP ke tak birthday you.?!!

Me : Laaaa..MeleTOP ke.?!!!!!

Damn ! Time Aril keluar and sebut perkataan MeleTOP tuh aku baru tahu aku kena prank dalam rancangan MeleTOP rupanya !! Waurghhh... Perasaan aku time tuh sangat blurr, terkejut, speechless and macam tak percaya !!

Honestly aku memang tak layan rancangan MeleTOP sebab air time lewat sangat. Pukul 10pm setiap hari aku dah masuk bilik sesiap nak mandi and tidur. Aku rasa adalah sekali je kot aku tengok rancangan tuh tapi tade pulak segmen prank birthday nieh. So aku memang clueless. At least kalau penah tengok sekali maybe aku boleh laa tangkap sikit drama swasta semua orang kan. Takde laa aku blurr sekadar menurut perintah. Kan.?

Jehan Miskin the gentlement tolong betulkan apa-ke-benda-ntah-nama atas kepala aku tuh. Auwww

Berbalik kepada Jehan Miskin. Dia nieh sebenarnya my long lost crush. Aku minat dia since sekolah lagi. Nampak tak lama dia tuh.? Time tuh semua orang pelik dah pehal aku minat lelaki tuh. Aku minat dia sebab mata dia. Cara dia renung hohohoyy cair okeyy. Suara dia lagi. Omgg dia kira melting point aku laa. Cewaahh

Wait ! Siapa mastermind disebalik semua ini.?!!

Yuyu the mastermind.

Dia kata dia dapat idea nak prank aku bila dia tengok video birthday prank MeleTOP dekat youtube. After that dia terus pergi website MeleTOP and isi form. Yang aku pelik, mana dia dapat idea nak prank aku dengan panggil Jehan Miskin. Aku lupa pulak aku pernah meroyan ke pasal Jehan Miskin dekat budak nieh. Dasar memori berkapasiti rendah kan aku nieh.

Lepas Jehan Miskin dah keluar, sembang kejap dengan dia. Muka eksited still terpamer lagi nieh. Then aku kena interview dengan crew MeleTOP. Time tuh aku baru tau yang Zana konon sepupu Yuyu tuh rupanya crew rancangan tuh and same goes to lelaki yang sebok rakam video dengan iphone earlier. Cehh. Kena tipu lagi !! Benci !!


Before interview dierorang terpaksa touch up sebab muka aku sememeh gila. Mau tak sememeh dah kena tipu macam macam siap menjerit gaya histeria lagi. Memang kelenjar peluh aku aktif laa cite dia. Bagus sistem perkumuhan aku hari tuh.


Crew tanya aku tak terpikir ke yang aku kena prank dekat rancangan dia. Jawapan jujur tulus ikhlas aku memang tak laa aku nak terpikir kan. Everything smooth je kot. Ke aku yang blurr. Aku rasa aku yang blurr. Okey, first nampak Yuyu and Cakpong aku dah agak mesti ada surprise but aku expect just the small surprise macam aku plan untuk Makcik Noly yang dalam entry nieh. At first nampak budak budak SKS pun dah cukup buat aku surprise dah. Inikan pulak bila keluar Jehan Miskin siap pakej Aril and crew MeleTOP. Memang double triple surprise laa weyh !!

Ada gaya pasangan yang tengah buat press conference pasal tarikh nikah tak.? (keep on dreaming)

Aku impress dengan diri sendiri sebab berjaya bercakap depan kamera tanpa takut ragu dan gundah. Hebat ! Sebelum nieh aku buat video untuk bufday Akak berapa kali ntah aku cut and buat balik. Aku kan pemalu (baik korang percaya !).

Mungkin sebab Jehan Miskin sentiasa di sebelah dan merenung penuh romentik so nervous aku hilang dalam ramai. (Boo Mira booooo)

Okey dah now jom layan gambar.

With Yuyu and kolaj penuh pics aku and Jehan Miskin. So sweet ! Billion trillion batalion thanks !!

Hafiz Othman, Aril and Audi. Thanks weyh sebab susah susah datang.

Akak, Am, Jehan Miskin, Yuyu, Syud, Dayah, Liyana Mat, Ain. Aku appreciate gila dekat korang yang sanggop berkorban cuti tanpa gaji, datang jejauh untuk aku.(rolling eyes)

Nampak tak muka tak puas hati balong tuh.? Dia jeles sebab Anzalna tade. Hahahaha

With puteri puteri SKS. Auww.

Beb, thanks.!

Muka Aril lagi putih and flawless daripada aku. Rasa nak sorok muka belakang dia je time snap pic.

Nisa, Jehan and Yuyu. Yuyu and Nisa turun KL dari Kuantan on 15th then petang 16th dah balik Kuantan balik. Gila hebat mereka ini.

Gambar last nieh aku rasa macam nak pelempang dua dua. Dierorang bajet comel ke camne nieh.

Muka aku dengan Akak sama ngan mama ke ayah. LOL

The girls with MeleTOP crew. Crew semua gila gila. Fun sangat dierorang nieh. Layan je segala perangai gila kitorang.

Eh jap. Mana gamba aku dengan Jehan Miskin.? Ahaks ! Siap sedia dengan plastic beg okey. Aku takot korang muntah sebab aku dan Jehan Miskin sangat sweet. Lalalalala

Jehan Miskin dengar je aku membebel. Layankan je. Apa sweet sangat you nieh.? Aisshh..

Time nieh ada adegan bisik bisik. Makan hati yang tengok. Nasib laa.

Youu, jangan renung i okey. Nanti i cair, i follow u balik kang. Haaa

Me : I love you. Jehan Miskin : Yes, I love you too.

Aku tengok dalam tv Jehan Miskin nieh macam besar tapi rupanya dia kecik je. Kecik tapi ber-musle. Mana aku tau dia ber-musle.? Itu rahsia kami berdua. Hahahaha

Gembira kan kami sekeluarga. Sekeluarga okey. Termasuk Jehan Miskin tuh sekali (nada riak abis)

Dah laa. Sebelum korang menyampah, baik aku stop letak pics aku dengan Jehan Miskin. Aku tau kitorang sweet. Doakan kebahagiaan kami yea. Dusshh !!

Jehan Miskin stay adalah dekat sejam. Kot.? Then dia blah sebab ada hal lain. Sempat pesan kalau jumpa dia berlegar dekat OU (One Utama) , tegur je. Kalau dia tak layan, sila baling kasut. Itu dia yang cakap. Aku ulang balik apa dia cakap je.

Sebelum balik dia bagi aku special birthday present. Yang lain makan hati berulam jantung tengok aku. Mamayah pun speechless tak boleh kata apa. Hadiah apa Jehan Miskin bagi aku.? Biarlah rahsia. Hahahahahaha

Jehan Miskin dah balik, budak budak SKS pun beredar. Aku kena stay sebab ........

Puas hati aku.

With Shahir. Terima kasih dan tahniah sebab berjaya memperdaya dengan suara dan muka inesen anda.

Settle everything maka aku pun bergerak rushing ke Sepang sebab nak pergi GDA pulak. Kau nampak tak betapa hebatnya cara aku sambut bufday tahun nieh. Penuh dengan artis dari dalam dan luar negara.

Papepun, thanks korang yang dah susah payah plan, datang and buat aku happy camnieh. Siyes aku terharu gila. Korang memang terbaik. Thanks sangat sangat. Aku tau keje aku asik cakap thanks je sepanjang hari tuh. Aku memang thankful sangat. Alhamdulillah syukur sangat sebab dapat sambut bufday meriah macam nieh. Yang tak dapat datang, its okey. Aku paham benda nieh on weekdays and tengah tengah minggu pulak tuh. Takpe, aku tak kecik hati pun. Aku happy jea.

Overall surprise tuh memang menjadi. Even mula mula Yuyu dah gelabah tatau nak buat apa sebab aku refuse nak amek cuti tapi dengan bantuan mama, senang je aku agree apply cuti on this sweet day. Yes, mama adalah kelemahan dan kekuatan aku. Apa dia cakap aku memang ikot je sebab dia kan mama.

Pandai mamayah aku berlakon kan.? Yes, aku baru tahu mamayah aku berbakat besar dalam dunia lakonan. Mungkin kalau mamayah dulu merantau ke Jakarta dan bukan ke Kuala Lumpur, mungkin mamayah dah jadi pelakon sinetron. Who know.? Hahahaha.

Aku hope happy aku nieh berkekalan laa sampai bila bila. Wish aku moga tahun 2013 nieh semua yang baik baik untuk aku. Kalau ada yang tak baik jadi pun, biarlah dia jadi pengalaman yang berharga. Life to the fullest. Yesss !!

 Amira Handayani Tamrin/22/Happy girl with bright smile

Sekian entry panjang berjela penuh gambar dan riak.

p/s : Kek on the day sedap gila. Belon purple hijau pun lawa. Aku memang dari dulu teringin nak sambut birthday gaya taman camnieh. Thanks guys sebab buat mimpi aku jadi kenyataan. Love, Amira.

Till then,

Bubbye !!

1 comment:

Meck Nor Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates said...

assalam. akak, kalau buat birthday prank MeleTOP ni, kena byr ke xyah erh ? hehehehhehee