Bulan nieh genap enam bulan aku abis study kat Polisas. Dats mean dah enam bulan jugak laa aku tak jumpa kawan kawan se-poli aku. Padahal ada je yang dok dekat KL nieh but then sume busy kalah Menteri Kewangan so tak jumpa jumpa pun. Haha
Maka bila dah alang alang Yuyu si rumet dan housemate kat Kuantan dulu datang nak tengok Lawak Ke Der??? Season 2 last weekend, aku pun ajak laa Yuyu tuh jumpa member member yang stay sini. Gaya member member macam ramai kan tapi last last kitorang g jumpa Moon sorang je pun kat Putrajaya nun. Haha
Inilah Moon. Aku sekelas dengan dia daripada sems satu sampai laa sems enam. Kau boleh bayang tak macam mana muak aku tengok muka dia je selama tiga tahun. Now dia keje under KPT. Hebat tauu kawan saya keje kerajaan sekarang. Hahaha
Act a day before tuh aku saja saja je kata kat Moon, suruh dia masak sebab kitorang dah susah payah datang sana tauu. Sumpah aku main main. Sekali amek kauuuuu ...........
Dia betul betul masak ok. Terkejut saya tauu. Tak sangka Moon dah pandai masak sejak dok Putrajaya. Hahahaha. Moon sewa rumah dengan a few orang so macam tak syok laa lepak kat rumah dia kan. Maka kitorang decide suruh Moon packed je everything then makan kat taman. Putrajaya kan bandar penuh taman. Huu
Muka eksited makan hasil tangan Moon. Moon masak spaghetti woot woot.
Eh, aku cite tak lagi yang aku tak sesat pun time drive pergi Putrajaya. Haa. Let me tell you, for the first time aku tak sesat time drive. Sangat bangga ok. Less than 30mins aku dah sampai. Hebat tak hebat tak.? Hahahaha. Nampak riak di situ.
Ok, sambung cerita. Kami pergi berkelah (berkelah laa sangat) berempat. Aku, Yuyu, Moon and Fat (rumet Moon). Fat nieh punya gelak kau tau boleh gegar kereta aku. Gilaa ini orang. Tapi syok angkut dia sebab she make us feel comfortable around her. Tak laa awkward.
Four of us. Sorry Fat, muka kau kena sabotaj ngan Moon. Haha
Aku lupa laa nama taman tempat kitorang lepak nieh apa. Wetland ke.? Ada ke Wetland dekat Putrajaya.?
With Moon. Tetiba aku sama tinggi dengan Moon. I feel bless. Hahaha
With Yuyu pendek. Hahahaha
Petang petang kat taman nieh ramai orang tauu. Ada yang berkelah, bawak anak anak main kat playground. Dating. Haa. Len kali aku nak dating kat sini laa. Macam best pulak. Teett.
Dah puas makan, perut kenyang suka hati, maka kami go to the next place ! Yeah !
Aku tatau apa motipp kami bertenggek kat tepi jambatan nieh but ramai je yang lepak kat situ so ok laa an. Jambatan nieh lagi lawa bila malam but aku kan anak kesayangan mama. Kau gila nak balik malam. Kang ada yang kena kunci soh tidur luar. I tak sanggup youu.
Haa. Baru nampak muka Fat tuh. Happy tak Fat.? Haha
Even jumpa kejap, takat makan and sembang gosip je pun but happy ok datang gather camnieh. Lain kali kita jumpa lagi, ajak ramai ramai ok !
nota kechik chumel : To kawan kawan poli aku yang lain, sila laa jeles. Haha. Aku memang kejam !
Till then,
Bubbye !
No comments:
Post a Comment